4 Dis 2013

Ibu Rayu Mahkamah Supaya Sumbatkan Anaknya Ke Penjara

Lantaran kecewa dengan anaknya sendiri yang mengugut untuk membunuhnya, ibu merayu kepada Mahkamah Majistret semalam agar anaknya dipenjarakan selama setahun.

"Buatlah apa pun kepada anak saya. Penjara setahun pun tak apa," kata Jarah Mohamed berkata sewaktu memberi keterangan terhadap anaknya di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Terdahulu, Mohd Fairul Rahimi, 28, yang bekerja sebagai pemandu kepada sebuah syarikat katering, mengaku bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Nik Habri yang menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya, bermula semalam.

 Mohd Fairul dituduh mengugut Jarah di rumah mereka di Kampung Jambu, Jalan Panji pada pukul 1 petang pada 25 November.

Sebelum itu, Nik Habri telah mengarahkan Jarah yang muncul di mahkamah untuk memberi keterangan mengenai kes itu.

 "Kita bercakap tentang ini banyak kali. Dia terus mengulangi kesalahan yang sama, mengugut untuk membunuh adik-beradik dan saya, tetapi kali ini adalah yang paling teruk, " katanya.

 Menurut fail kes, tertuduh menunjukkan pisau dan mengugut untuk membunuhnya. Ini mendorong Jariah untuk membuat laporan polis.  

Nik Habri juga mengingatkan Fairul tidak mengulangi tindakannya dan tidak membuat sebarang masalah kepada keluarganya.  

Timbalan Pendakwa Mohd Ashraf Abd Hamid mengaku bahawa Fairul didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan , tertuduh boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara, atau denda, atau kedua-duanya.  

Mohd Fairul telah dihantar ke penjara Pangkalan Chepa.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan tindakan ibu Fairul. Kalau anak saya jadi begini, jangan harap saya akan membelanya. Eloklah dapat hukuman setimpal.

Tanpa Nama berkata...

Jangan tolak faktor mungkin ibu salah mendidik anak,zaman skrang ada ibu-bapa yg tak ambil berat tentang pendidikan dan kelakuan anak mereka! Bila anak sudah besar dan jadi gengster, baru nak takut ! Fikir2 Lah.

Tanpa Nama berkata...

Ada juga manusia yg kurang ajar dgn ibunya. I nak ingatkan sikit syurga dibawah tapak kaki ibu since u ni adalah lelaki (kalau perempuan yg dah berkhawin, dibawa tapak kaki suami bukan lagi ibu).

Insaflah sikit u dah derhaka kpd ibumu dan mohonlah ampun dengan dia sebelum dipanggil utk bersara oleh kerajaan allah s.w.t. Kalau sudah bersara ke dlm kubur u nak mohon ampun dah tak berguna dah.

Ingat di dunia ini tiada seorg ibu yg tidak sygkan anaknya.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Tidk bnyk ibubapa mhu mlihat anaknya atau anak2nya gagal dlm khidupan ini.
Jgn slhkan 100% ibubapa jika anak tdk mhu mngikut nasihat kerana zaman ini persekitaran kita terlalu bnyk mslah sosial jadi sbgai anak muda mreka ingin mncuba sesuatu yg baru biarpun mreka tdk mmikirkan risikonya..

Tanpa Nama berkata...

Teringat kata2 Ustaz Azhar Idrus dalam salah satu kuliyah beliau, kekadang anak2 jadi begini disebabkan oleh kealpaan ibu bapa mendidik anak mereka. Terlalu lupa untuk menerapkan anak2 mereka dgn agama, hanya mementingkan dunia sahaja. Akhirnya, bila anak dah jd gini umpama nasi jadi bubur.

Wallahualam....

Tanpa Nama berkata...

bagi aku...dua-dua ada salah..salah mak bapak dan salah budak jugak..
mungkin mak bapak alpa dan lalai dalam tanggungjawab ke atas anak.

tapi anak juga bersalah kerana x mahu belajar, lalai dan alpa ke atas tanggungjawab dia kepada mak bapak.

si anak ini - adalah anak anjing yg biol lagi tolol..! dah tahu susah mak bapak ko...ko buat cam org kaya buat apa? ko minta tolong kek kak mah la..siap cium tangan dia pasti dia ajak ko join geng senaman buntut tu..musti ko happy punya!!

ahmad salleh berkata...

Pada umur 28 tahun bagi lelaki masih belum akil baligh lagi. Umur akil baligh bagi lelaki ialah 828 tahun. Dengan itu, lelaki yang belum akil baligh tersebut dikira tidak berdosa dan tidak membuat kesalahan pun. Arahan supaya dipenjarakan itu adalah merupakan satu usaha melentur buluh dari rebung.