18 Dis 2013

Ahli PAS Turut Terhina, Akan Berdoa Pastikan Zahid Hamidi Terima Hukuman

Syiah: Peguam Mohd Sabu beri tempoh 3 hari kepada Zahid

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menyerahkan kepada panel peguam PAS untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan Syiah.

Beliau berkata, barisan peguam akan memfailkan saman ke atas Zahid sahaja yang juga Naib Presiden Umno, kerana pencetus fitnah ke atas dirinya.

"Saya hari ini menyerahkan kepada panel peguam untuk mengambil tindahan ke atas Zahid berhubung ucapan beliau pada Perhimpunan Agung Umno yang mengaitkan saya sebagai pemimpin Syiah.

"Peguam hanya akan bertindak ke atas Zahid sahaja kerana beliau merupakan pencetus fitnah tersebut, yang bagi saya didasari niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan integriti saya," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi. (

Beliau mengambil keputusan untuk tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan Syiah sehinggalah perkara tersebut dibawa ke mahkamah.

Mohamad juga meminta agar panel peguam meneliti ucapan Zahid pada perhimpunan tersebut yang mana wujud penyalahgunaan kuasa sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Beliau dalam ucapanya menyatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan ke atas saya.

"Saya yakin ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa kerana semua tahu Jakim bukan terletak di bawah bidang kuasa KDN, maka atas dasar apakan KDN boleh dengan secara arbitrari memberi kuasa kepada Jakim untuk bertindak," katanya.

Beliau juga akan membuat satu laporan polis terhadap Zahid atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berharap pihak polis dapat menjalankan tanggungjawab seadil yang mungkin.

Sementara itu, Peguam Mohamed Hanipa Maidin memberitahu pihaknya akan menghantar notis kepada Zahid seberapa segara untuk menarik balik dan memohon maaf dalam masa tiga hari.

Katanya, notis tersebut hanya ditujukan kepada Zahid dan tidak melibatkan KDN.

"Notis kita hanya tertumpu kepada Zahid saja bukan melibatkan KDN, sebab bagi kita Zahid merupakan pencetus kepada fitnah tersebut," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Beliau tidak mengulas tentang bukti yang dikemukakan oleh KDN dan berharap jika Zahid mahu membuktikannya perlu dibawa ke mahkamah.

"Zahid telah memfitnah dan kita harap beliau dapat buktikan apa yang beliau katakan Mat Sabu sebagai pemimpin Syiah, tunjukkan bukti, Syiah itu mengancam keselamatan negara, sila buktikan apa yang telah berlaku dan Mat Sabu sesat, kita juga mahu bukti.

"Kalau ada kenyataan mengatakan bukti gred A atau B, biar mahkamah yang menentukan bukannya mereka yang membuat kenyataan.


"Kita tidak akan menyaman KDN tetapi kita ingin bertemu Zahid di mahkamah," tegas beliau.

Beliau berkata, Zahid sebagai menteri tidak boleh menggunakan kuasa untuk mengarahkan pihak tertentu kerana setiap siasatan dilakukan melalui laporan yang dibuat bukannya secara arahan terbuka dan fitnah.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Peguam Nasar Khan Mirbas Khan dan Aminuddin Zulkifli. -HD

ULASAN GB

Mat Sabu berhak untuk mengheret Zahid Hamidi ke mahkamah kerana beliau telah difitnah. Ahi-ahli PAS berhak untuk mendoakan kemenangan Mat Sabu di dalam kes ini dan agar Zahid Hamidi menerima hukuman setimpal terhadap fitnah yang dilakukannya.

Ini kerana ahli-ahli PAS yang telah memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS di muktamar yang baru lalu dan Zahid Hamidi tidak ada hak untuk mempersoalkan mengapa Mat Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden. Tetapi Zahid Hamidi di dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS.

Dengan membuat kenyataan seperti itu Zahid melakukan dua kesalahan besar. Pertama memfitnah Mat Sabuu (orang no 2 PAS) dan kedua menghina ahli PAS yang telah memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden.

Justeru itu, ahli-ahli PAS seluruh negara akan berdoa siang dan malam untuk pastikan Zahid Hamidi menerma hukuman sepertimana janji Allah:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

End of the day, si pemfitnah akan tetap terhukum juga. Tidakkah mereka melihat apa yang telah terjadi ke atas papagomo yang ditimpa kehinaan sejak masih di dunia lagi akibat suka melakukan fitnah? Bukankah janji Allah itu benar? Itu sekadar satu contoh.

Dan seperti GB sudah ulas sebelum ini :

Ini jelas menunjukkan Zahid dan pegawai KDN buta undang-undang apabila di dalam perhimpunan agong UMNO 2013 dengan angkuhnya mengarahkan JAKIM untuk menahan Mat Sabu sedangkan JAKIM tiada kuasa untuk menahan sesiapa pun. Kuasa menahan seseorang di atas kesalahan syariah terletak kepada Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri.
br>Hukum kebenaran dan keadilan menetapkan "yang memfitnah dan yang angkuh itulah nanti yang bakal terhukum!"

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku doakan semoga Allah turunkan bala keatas zahid komidi ni....

5sal berkata...

Assalam admin! Zahid komedi and the gang bukan setakat buta undang2,tapi buta hati.Yang duk bawa masuk filem dari iran sapa,aaah,Bang Mat kot?

Tanpa Nama berkata...

Dengan perwakilan UMNO yg dungu lagi bebal itu, bolehlah kau tunjuk kau punya lagak. Sekarang tunjukkanlah lagakmu dengan insan yg kau sendiri fitnahkan. Siapa juak2 UMNO yg akan membela kau kali ini. Mulut cabul akan terima akibatnya. Tembak dulu baru tanya, fitnah dulu terimalah padahnya!

Tanpa Nama berkata...

Itulah menteri yg guna otak dikepala lutut..fitnah,menjadi wirid mereka setiap hari.. Marilah kita semua berpakat berdoa kpd -Allah semoga diberi balasan kpd org yang membuat kerosakan dibumi ini, kerosakan kpd hubungan baik antara makhluk, dan kezaliman pada rakyat....

Tanpa Nama berkata...

InsyaALLAH aku akan tolong doakan zahid lingkup kena saman.......