5 Nov 2013

[VIDEO] Ucapan Sulung Ustaz Azam Setelah Bergelar YB


Yan - Kemenangan PAS di PRK Sungai Limau perlu dijadikan asas untuk merampas semula Kedah yanh terlepas ke tangan BN semasa pilihanraya umum yang lalu, demikian dinyatakan oleh Ustaz Mohd Azam Abd Samat di dalam ucapan sulungnya sebaik saja keputusan kemenangannya diumumkan.

Beliau telah berucap di hadapan beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat yang telah berkumpul semenjak dari awal keputusan PRK Sungai Limau hendak diumumkan malam tadi.

Mohd Azam berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan berkesan.

Menurut Mohd Azam, kemenangannya juga merupakan kejayaan kepada rakyat yang mahu PAS kekal mewakili mereka di DUN Sungai Limau, mstar dipetik.

"Ini merupakan satu kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk memartabatkan hak rakyat.

"InsyaAllah saya akan melaksanakan amanah ini dengan berkesan dan beri kebajikan kepada rakyat di Sungai Limau," katanya kepada pemberita selepas diisytiharkan menang pada Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau pada Isnin malam.

Sementara itu Sinar Harian melaporkan lebih 5,000 penyokong termasuk pemimpin parti Pas pelbagai peringkat berkumpul di pusat penjumlahan undi yang berlangsung di SMA Yan, di sini, malam tadi.

Kehadiran mereka yang ternyata gembira sekali gus meraikan kemenangan calon Pas, Mohd Azam yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK Dun Sungai Limau.

Sejurus keputusan diumumkan kira-kira jam 9 malam oleh Pengurus Pilihan Raya Negeri, penyokong yang hadir melaungkan kalimah takbir "Allahuakhbar".

Menerusi saingan satu lawan satu itu menyaksikan Mohd Azam menang ke atas calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi.

Mohd Azam mendapat 12,069 undi manakala Ahmad Sohaimi memperoleh 10,985 undi.

Mengulas lanjut mengenai kemenangannya, Mohd Azam mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan jentera parti itu yang bekerja keras membantu kemenangannya itu.

"Terima kasih kepada pengundi yang beri kepercayaan kepada saya untuk memimpin mereka.

"Terima kasih juga kepada seluruh jentera yang bekerja kuat sejak dua minggu lalu," katanya.


3 ulasan:

kampong lad berkata...

setelah bergelar WAKIL RAKYAT!

Marzuki Mohd berkata...

kemenangan menunjukkan PAS dihati Rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Walau pun jika menang dengan satu undi ia tetap kemenangan kerana lawan telah belanja berjuta juta bagi umpan tapi syabas Allah Hu Akbar kita berjaya.Di besut tempoh hari kerana rasuah dan penipuan kita kalah dan perbelanjaan di besut hampir 1/2 billion,walaupun rakyat tahu pemerintah negeri buat kerja banyak dah runtoh.