29 Nov 2013

[TERBONGKAR] Remaja Itu Pernah Diperkosa Bekas Suaminya Sebelum Kahwin


Bapa kepada pasangan kahwin muda, Saad Mustafa mendedahkan bahawa anak perempuannya, Nor Fazira Saad, 13, diperkosa oleh bekas suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, bersama dua kawan lelaki empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Saad, 44, berkata, dia membuat laporan polis pada 15 Julai 2012, namun ibu bapa Mohd Fahmi datang menemuinya selama beberapa hari merayu laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu anaknya menerima hukuman penjara.

“Saya kahwinkan dia kerana diperkosa,” katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris, The Star hari ini.

Berikutan rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan keluarga Mohd Fahmi dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya pada November 2012.

Pada bulan lalu, Nor Fazira memberitahu bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mentuanya dan memutuskan untuk meminta cerai.

Saad turut mengakui bahawa keluarga Mohd Fahmi tidak menyukai anaknya dari awal perkahwinan dan Nor Fazira selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mentuanya.

Akhbar itu melaporkan Mohd Fahmi menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira selepas mereka sah diijabkabulkan.

“Saya menceraikan Nor Fazira kerana bekas isteri saya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki lain dari Kuala Ketil.

“Nor Fazira juga biadab terhadap keluarga dan tidak pernah memasak serta selalu keluar rumah sekiranya tidak berpuas hati,” katanya.

Mohd Fahmi menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan.

Katanya, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk. -TMI


Remaja 13 Tahun Dicerai Talak Tiga


KULIM: Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.
-astro awani


6 ulasan:

Awanama berkata...

Adalah sesuatu yang amat payah (hampir mustahil) bagi seorang bapa untuk membuka keaiban anak perempuannya sendiri. Sukar dipercayai beliau sanggup menikahkan anaknya yg telalu muda ketika itu. Rentetan penceritaannya nampak lebih diterima akal demi untuk kebaikan anak perempuannya dan pasangan. Dari cerita pihak suami pula jelas menunjukkan kegagalan suami berperanan sebagai pemimpin keluarga, malah meletakkan kesalahan pd isteri. Nampak seperti melepaskan anjing tersepit.
Ayuh en. Saad, usahakan sesuatu untuk membatalkan penarikan laporan polis itu dan ambil tindakan pd pihak berkenaan. Ini adalah untuk memberi pengajaran kpd pihak yg menganiaya anakmu itu.
drp bapa prihatin

Awanama berkata...

Kalau betul terus laporan polis ...

Awanama berkata...

entah kenapa aku tergerak hatiku untuk mempercayai kata-kata en, Saad. wallahualam

Awanama berkata...

sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.....

Che Yom55 berkata...

Wak setuju benarrr agar laporan polis dibuat semula dan biar polis bertindak, biar budak lelaki tu beri keterangan kepada polis... nampak cakap pandai jer !

Obat Herpes berkata...

terimakasih infonya... bagus.