18 Nov 2013

Nak Sertai PAS Semula: Hassan Ali Menderita "Sakit Jiwa"?


Hasan sedia sertai Pas semula

SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sedia mempertimbangkan untuk kembali menyertai Pas jika parti itu betul-betul memperjuangkan Islam, memartabatkan Melayu, menjaga kesucian institusi diraja dan Perlembagaan negara.

Menurutnya, keputusan beliau juga bergantung kepada kehendak ahli dan penyokong Pas terutamanya pimpinan tertinggi jika mahukannya kembali kepada parti itu.

“Jika keadaan mengizinkan, ertinya jika perjuangan Pas di landasan betul dengan memperjuangkan Islam, keistimewaan Melayu, institusi diraja dan menghormati peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan, saya sedia mempertimbangkannya,” katanya pada sidang media, semalam.

Ketika mengulas mengenai Muktamar Pas ke-59 yang menyaksikan pertembungan golongan ulama dan pemimpin erdogan dalam perebutan jawatan timbalan presiden beliau menegaskan, Pas perlu dipimpin golongan ulama agar perjuangannya kembali kepada matlamat penubuhan asalnya yang kini goyah disebabkan wujud golongan ‘Anwarinas’ yang didakwanya seperti anai-anai yang mahu merosakkan parti itu.

“Namun saya berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan faktor utama kerana ia lebih kepada parasit dalam Pas yang berusaha menjatuhkan perjuangan asal. Saya secara peribadi mahu golongan ulama memimpin Pas, presiden, timbalan dan naib presidennya di kalangan ulama yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat dan saya dapati pemimpin sebegitu ada dalam Pas,” katanya yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati).

Dalam pada itu, beliau berpendapat supaya Pas mengkaji semula kedudukan parti itu dalam PR kerana peranan Pas seakan-akan tidak menonjol lebih-lebih lagi selepas PRU13.

“Seterusnya ialah tentang PR itu sendiri. Terdapat resolusi dan saya yakin ia akan dibawa ke muktamar iaitu mengkaji semula kedudukan Pas dalam PR.

“Saya harap ia dapat dicerminkan dalam muktamar kali ini dan keputusannya Pas meninggalkan PR,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Abdul Samad ketika diminta mengulas kesediaan Hasan itu, beliau berkata, tiada masalah untuk Pas menerimanya semula sekiranya beliau benar-benar memahami perjuangan parti itu yang meletakkan Islam yang teratas.

“Jika dia (Hasan) kata akan pertimbangkan kembali kepada Pas jika kita perjuangkan Islam, Melayu, institusi diraja dan Perlembagaan bagi saya itu alasan yang tiada kekuatan.

“Apa yang penting, jangan letakkan Melayu, raja, dan agama setaraf kerana Islam lebih penting dari segalanya-galanya kerana kedudukan Melayu dan raja itu perlu dibela dari sudut dan kehendak Islam.

“Kalau Hasan boleh memahami ini dan meletakkan keadilan Islam sebagai yang terpenting maka kita tiada masalah tetapi jika ia diperjuangkan dalam konteks yang tidak selari dengan tuntutan Islam, itu sebabnya dia menghadapi masalah dengan Pas,” katanya.

Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi pula berkata, pendirian Hasan itu sebenarnya membawa banyak mesej antaranya mahukan Pas kembali ke jalan yang benar jika keluar berpisah daripada DAP.

Dakwanya, Pas dilihat kurang memperjuangkan Islam contohnya seperti isu kalimah ALLAH, azan dan hukum hudud.

“Pada pendapat saya, selagi Pas ada dalam kelompok DAP, parti itu sukar untuk melaksanakan perjuangannya yang dikatakan berlandaskan Islam itu,” katanya. -SH

ULASAN GB

Kata Hassan Ali dipetik:

“Namun saya berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan faktor utama kerana ia lebih kepada parasit dalam Pas yang berusaha menjatuhkan perjuangan asal. Saya secara peribadi mahu golongan ulama memimpin Pas, presiden, timbalan dan naib presidennya di kalangan ulama yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat dan saya dapati pemimpin sebegitu ada dalam Pas,” katanya yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati).

Di dalam posting sebelum ini, Hassan Ali telah menamakan "parasit" yang dimaksudkan itu ialah golongan profesyenal yang ada di dalam PAS.

Dan beliau kini menyatakan golongan parasit ini yang berusaha untuk menjatuhkan "perjuangan asal".

Saya tertarik dengan ungkapan "perjuangan asal" yang disebut olehnya. Apakah Hassan ALi tahu dan mengerti apa sebenarnya "perjuangan asal" PAS? Apakah beliau berada di kalangan mereka yang sama-sama menubuhkan PAS sehingga menyatakan "perjuangan asal" PAS itu telah dikhianati?

Benar, dakwaan beliau di atas ternyata terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’, dan yang terbukti parasit, mengikut hukum kebenaran dan keadilan yang telah berjalan, parasit yang dimaksudkan itu ialah beliau sendiri. Beliau yang telah dipecat dari parti.

Sebelum dari ini GB pernah mengulas, petikan:

Alhamdulillah, akhirnya duri dalam daging itu akhirnya dapat dikeluarkan.

Semuga ketegasan PAS kali ini memberi pengajaran kepada yang lain terutama kepada saki-baki UG yang masih ada di dalam parti yang sebelum ini kelihatan menyokong Hassan Ali.

Tak payah GB sebutkan nama mereka.

Allah berhak untuk memilih siapa saja yang layak untuk dijadikan pemimpin di dalam partiNya sekalipun bukan dari kalangan ulamak dan akan mengeluarkan sesiapa dari partiNya walaupun dia seorang ulamak ternama. Kerana perjuangan parti Islam menuntut bukan sahaja "keilmuan" tetapi yang terlebih penting ialah KEIKHLASAN!




Seorang penampal poster dan seorang blogger picisan mungkin lebih layak diangkat menjadi pemimpin jika dia lebih ikhlas di dalam perjuangan daripada seorang Ketua Pemuda ataupun Ketua Ulamak parti sekalipun tetapi angkuh dan takbur.

Hal ini pernah disabdakan oleh Rasulullah saw.

Aku wasiatkan pada kalian untuk bertakwa kepada Allah serta mendengarkan dan mentaati (pemimpin Islam), meskipun yang memimpin kalian seorang budak hitam berbangsa Habsyi. Sohih riwayat Abu Dawud dan lainnya.

Tidak timbul soal ulama atau profesyenal di dalam memilih pemimpin jika kita teliti hadith di atas.

Akui atau tidak, Hassan Ali kini sedang menderita... bukan jasad, tetapi jiwanya yang menderita. Menderita kerana sudah tidak berada di dalam jemaah PAS lagi. Jiwa Islami apabila tidak lagi menerima pengakuan sebagai ahli jemaah akan mengalami penderitaan yang parah. Mereka yang sudah terbiasa hidup di dalam lingkungan jemaah dengan aktiviti-aktiviti seperti usrah, tarbiyah dan seumpamanya akan mengerti apa yang GB cuba sampaikan ini.

Jika Hassan Ali ikhlas dan jujur di dalam perjuangannya, besar kemungkinan hari ini beliau adalah diantara pemimpin PAS Selangor yang paling kanan untuk dicalonkan sebagai MB Selangor.

Tujuan GB menulis entri ini bukan untuk menghenyak orang yang telah jatuh, tetapi ingin menarik perhatian tentang perlunya seseorang ahli jemaah untuk berlaku "ikhlas dan jujur" (sincerity & honesty) di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Namun demikianlah "sibghah" (celupan) dan perancangan Allah... Hassan Ali kini sudah menjadi sejarah...

Untuk kembali ke dalam jemaah, tidak sukar, beliau perlu membersihkan "niatnya" semula dan niat itu letaknya di dalam "hati", bukan pada PhD yang dimiliki. Hati itulah yang perlu disucikan semula. InsyaAllah!

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nyanyi ramai-ramai ! "HASAN BUDAK JAGA LEMBU (Sharizat punya), HARI-HARI DOK MERAPU, MEMANG MUKA TAK TAU MALU, NAK RUJUK PAS SIAPA YANG MAHU"

Tanpa Nama berkata...

Beritahu hassan anak Ali, tak payah nak ajar dan nak tunjuk pandai, Pemimpin PAS yg ada sekarang ramia datang dengan kecerdikan dan kepandaian yang Allah anugerah, mereka pandai menilai mana buruk dan baik. dan mereka Istiqomah..dgn perjuangan mereka tidak mengambil kesempatan di atas kelemahan WADAH YG MEREKA PERJUANGKAN. yAKIN DAN PERCAYA LAH IKHLAS KERANA ALLAH, BUKAN KERANA PANGKAT DAN WANG RINGGIT. Kalau lah dia Sabar hari ini tentu dah jadi Menteri Besar...tetapi Kebenaran tetap menolak kebathilan...tak gitu GB.

Tanpa Nama berkata...

Maaf kalau makhluk perosak ini masuk semula PAS yakinlah akan ramai cakap selamat tunggal PAS. Apakah makhluk perosak yang bernama Hassan Ali ini dapat melakukan untk kebaikan PAS?
H A awak terlalu rakus dang gila kuasa inilah jadinya.
YAKIN saya & Ahli Keluarga akan pergi keninggalkan PAS.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Bukan anwar parasit dlm pas tapi hassan ali.
Smpai kiamat saya takkan percaya dgn hassan ali..

Tanpa Nama berkata...

Sekarang PAS sudah cukup mantap dengan pemimpin pemimpin yang bicak, berwibawa dan tidak rakus gila kuasa. Pemimpas PAS bukanlah parasit saperti yang pernah dituduh olih seseorang orang tertentu. Sekarang dia nak jilat balik ludahnya nak masuk PAS. Tak payahlah diterima. Kalau dia diterima semula masuk PAS, kami tidak akan sokong PAS lagi.

Tanpa Nama berkata...

1. Masok umno la... buat apa nak masok Pas balik!!

2. Errrr...jati idop lagi lagi ker??

kahakkk ptuiiii

Tanpa Nama berkata...

jawatan exco selangor orang lain sudah isi la datok!

Tanpa Nama berkata...

latok, lalipala masuk pas, lagi maik latok bukak ploglam motivasi. lagi manyak untong maaa wa ciakap

Tanpa Nama berkata...

Sejak bila pula Hasan Jati ni prihatin dgn dasar perjuangan PAS? Biarkan saja PAS jadi lemah dgn adanya 'parasit dan anai-anai', itu lagi bagus. Kami penyokong PAS akan berpindah sokongan kpd Jati bila PAS runtuh dgn kewujudan 2 jenis agen tersebut. Persiapkan dan perkemaskan Jati sebaik2nya untuk menerima kami nanti, kemudian parti PAS hanya tinggal sejarah. Buatlah slogan spt 'Jati Ganti PAS' atau 'Jati Memperkasa Hanya Untuk Melayu', "Tiada Jati Tiadalah Beras' atau lain-lain seumpamanya. Minta Najib dapatkan kedudukan terbaik dlm mana-mana GLC untuk Hasan Jati ni! Najib tak kesian ke, kiri melepas dan kanan juga melepas.

Aliff Tan berkata...

Tolonggggggggg lah.... Rasa amarah saya meningkat naik bila membaca kenyataan Hassan Ali ni. Setelah merasa diri terbuang oleh kalangan orang umno, sekarang mahu kembali ke PAS semula. nasibnya mungkin tidak sebaik Nasha, Zul dan Brahim tetapi MOHON 1000x dari pimpinan tertinggi PAS supaya tidak lagi menerima orang ni. Mungkin ada perkra yang dia nak cari kemudian dijadikan isu untuk membuat kecoh. Rasanya, saya mungking akan menukar haluan parti sekira Hassan Ali ini kembali ke PAS... Sakit hati dengan tindakan kebudakannya itu.

Tanpa Nama berkata...

Mr. Hassan kau punya perjuangan keistimewaan hak org melayulah yg kami menyampah dengan lu. Kerana perjuangan ini jugalah org melayu dibodohkan dengan menyeru umat melayu menyembah kalimah allah mcm sembah berhala.

Selagi hak keistimewaan org melayu UMNO yg merupakan harta tinggalan bapa ayam penjajah inggeris tidak dimansuhkan atau digantikan dgn hak keistimewaan umat islam agar umat islam tidak blh dipermainkan dgn mudah, selagi itu negara kita akn sentiasa mundur ke belakang.

So if u nak berjuang benda ini i sarankan u joinlah parti syaitan dikenali kerana disana lebih sesuai bagi u dan u sangat chemistry dengan diaorg. PR tidak mengalukan org benpenyakit sakit jiwa datang kesini.

Tanpa Nama berkata...

Kami TIDAK SETUJU MAKHLUK PEROSAK INI DITERIMA KENBALI KE DALAM. PAS.

Tanpa Nama berkata...

Tak ada Hasan PHD pun PAS tetap utuh. Dia bukan aset tapi perosak. Masa trkeluar dari PAS bukan main lagi keliling dunia bersyarah kutuk PAS, kutuk DS Anwar seolah2 dia saja yg pandai, dia saja yg betul. Cara & gaya cakapnya bukan main ego lagi. Sekarang dah jadi AYAM GILA MENGRAM.

Tanpa Nama berkata...

Dah gila talak....Kau tubuh le parti sendiri.... Makhluk perosak dan hipokrit ni tak boleh dipercayai sampai mati

nyo komeng berkata...

Kalau PAS terima orang gila ni, aku tak tau lah nak kata apa.

Tanpa Nama berkata...

boleh terima hasan ali masuk pas dgn syarat dia hanya buat kerja despatch surat surat saja. tempoh penilaian kerja 3 tahun. kalau lulus naik pangkat jadi kerani dan paling tinggi jawatan yg boleh kita bagi kat dia ialah ketua kerani@CC. lagi pun dia bukannya ulamak...inilah padahnya bila nafsu dunia mengatasi iman dan semangat jamaah dan suka mendengar dan ikut cakap golongan munafik...bukan nak menghina tapi aku cukup sedih dengan fitnah yang dia buat kat pas. kalau dah rasa pas dah tak betul, letak jawatan dan keluar parti secara baik dan tak perlu buruk burukan parti..jadi orang lain pun tak lah rasa sakit hati...kalau rasa umno tu lebih baik, masuk saja parti tu dan bertanding lawan pas...apa masalahnya...yang dok kutuk kutuk tu hanya tahap macai saja...

Tanpa Nama berkata...

kalau Pas terima semula orang ini, bye bye Pas...

Andre Irwan berkata...

Awat Pas tak betul-betul memperjuangkan Islam, memartabatkan "Melayu", menjaga kesucian institusi diraja dan Perlembagaan negarakah? Kenapa tak masuk UMNO? Kan UMNO selalu kata depa yang betul-betul memperjuangkan Islam, memartabatkan Melayu, menjaga kesucian institusi diraja dan Perlembagaan negara. Jadi kesimpulannya ialah UMNO bukan parti yang betul-betul memperjuangkan Islam, memartabatkan Melayu, menjaga kesucian institusi diraja dan Perlembagaan negara. Semua yang UMNO buat tu hanya lakonan saja dan sebab inilah juga Hassan Ali tak jadi masuk UMNO.
Alasan kedua ialah Hassan Ali masuk PAS semata untuk menjadi agen UMNO untuk merosakkan dan meruntuhkan parti PAS. Jadi PAS tak perlukan Hassan Ali lagi. Lagipun PAS tetap utuh tanpa Hassan.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa hasan ali pas lbg selesa n bahagia....dah mgata pas mcm2 pahtu nak masuk blk..kawan apa lagu ni....jgn2 ada udang di sblk mee.....bahaya......jgn terima kawan mcm ni....

Tanpa Nama berkata...

Mr. Hasssan, i rasa u better go jumpa dr. Sakit jiwa dulu sebelum u join PAS semula. Sebab PAS dan PR tak akan terima org yg sudah tidak betul fikiran atau bahasa mudahnya tidak siuman.

I suggest u joinlah UMNO kerana UMNO menerima org tidak siuman lagipun kebanyakkan ahli UMNO nemang tidak siuman

Tanpa Nama berkata...

Dia rasa dia hebat. orang lain tak bolih beri ceramah macam dia. tiada orang lain yang lebih hebat dari dia. pada dia pemimpinx PAS sekarang semua kurang pandai. Jadi, dia yang kononnya hebat ni bolihlah ajar pemimpinx PAS apabila dia diterima masuk balik. kalaulah betul pemimpin PAS kurang pandai, maka terimalah balik dia dan masuklah kelas bimbingan yang akan diaturkan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Hassan ni diterima semula masuk PAS confirm aku akan tinggalkan PAS sebab aku tahu PAS akan rosak akhirnya dijual oleh budak Hassan ni..

Tanpa Nama berkata...

Alo Che Asang awak buang tebiat ke sari dua ni meracau semacan je, buat apa joint PAS, bukan ka PAS tu Ajaran Sesat? awak joint tak takut berjangkit SESAT ke?

Atau awak yang SESAT Che Asang?. Dulu kawan baik awak hat dua ekor tu pun ada meracau macam awak gak, dengar kabar salah seekor katak dah berehat kat rumah pasong, apa che Asang terlior nak berehat kat sana jugak kah?

Tanpa Nama berkata...

Dari perbualan aku dgn teman2 di kedah, memang usaha nak bawa PAS join dgn UMNO ni wujud. Mereka ada team trsendiri..

Sbb apa apa Hasan Ali beria-ia benar nak peluk PAS skrg ni? Mmg x lain dan x bukan, ada plan B dari pimpnan 'mesra UMNO' dari PAS sndiri.

Hasan Ali takkan bertepuk sebelah tangan melainkan ada tangan ghaib yang sdg menuggu balas tepukan Hasan Ali.

Kalau Mat Sabu tewas dlm pemilihan Muktamar, peluang Hasan Ali tersangat cerah.

Kalau Mat Sabu menang dlm pemilihan ini, Hasan Ali dah siap awal2 skrip utk cover.

Adik Hasan Ali berkata...

Lee Lam Thye x de nk kutuk DAP walu dh kuar parti tu. bkn islam lak tu. lain lak si Hasan ali nie..katun btl Hasan nie