14 Nov 2013

Laporan Palsu: NST Minta Maaf & Bersetuju Bayar RM120,000 Kepada Empat NGO


Laporan 'gugat kestabilan': NST akan mohon maaf

Hari ini dianggap sebagai kejayaan untuk kewartawanan yang bertanggungjawab apabila harian arus perdana New Straits Times (NST) terpaksa tunduk kepada tuntutan empat NGO untuk meminta maaf kerana menyiarkan laporan palsu.

Permohonan maaf itu sebahagian daripada syarat ditetapkan oleh gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH 2.0, kumpulan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan badan penyelidik Merdeka Centre, untuk menggugurkan pertuduhan mereka.

NST juga bersetuju membayar RM120,000 kepada empat pihak itu, untuk laporan lebih setahun lalu yang mendakwa badan-badan itu terlibat dalam rancangan menggugat kestabilan kerajaan BN.


"Kerosakan telah berlaku pada masa itu... Saya harap perkara ini tidak menjadi tabiat NST untuk menulis laporan palsu dan kemudian minta maaf selepas itu," kata pengerusi bersama BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Permohonan maaf bukan penghujungnya. Kami mahu melihat kewartawanan yang bertanggungjawab."

NST bersetuju menyiarkan permohonan maaf pada halaman 3 akhbar itu dalam tempoh 14 hari, kecuali Sabtu.

Ia juga akan menarik balik laporan itu dalam portal atas taliannya dan menyiarkan permohonan maaf yang sama.

Hakim Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong bersetuju menarik balik saman itu selepas bertemu dengan peguam kedua-dua pihak.

Laporan NST di muka depan pada 21 September tahun lalu menuduh BERSIH dan NGO lain merancang konspirasi untuk menggugat kestabilan kerajaan BN. -mk

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lain kali kalau buat artikel berita please guna otak yakni anugerah allah s.w.t yang paling bernilai sekali. Bukannya guna lutut sepertimana u buat.

Walaupun bagaimanapun if u rasa duit banyak sangat, so buat lagi artikel guna lutut. Boleh rakyat saman nst sampai bankrap.

Tanpa Nama berkata...

Lain kali kalau buat artikel berita please guna otak yakni anugerah allah s.w.t yang paling bernilai sekali. Bukannya guna lutut sepertimana u buat.

Walaupun bagaimanapun if u rasa duit banyak sangat, so buat lagi artikel guna lutut. Boleh rakyat saman nst sampai bankrap.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Aku kecewa dgn kpimpinan ngara ini kerana mngajar rkyt untuk brbuat prkara bodoh.
Knapa wartawan mreka yg mmiliki akademik yg baik tdk mmpunyai nilai dan etika yg tinggi dlm laporannya?
Kesian,kita d pimpin oleh kepimpinan yg punya akal yg rendah dan rosak..