1 Nov 2013

[GAMBAR & VIDEO] Flat Kerinchi Terbakar, Derma Kilat Dilancar


Kebakaran & Hujan Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lebuhraya Persekutuan

KUALA LUMPUR: Kebakaran di flat PKNS menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang laluan kedua-dua arah di Lebuhraya Persekutuan dekat Kerinchi pada Khamis.

Kesesakan itu bermula berikutan kejadian ribut di Lembah Klang dan keadaan bertambah teruk apabila pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang.

Kebakaran itu menyebabkan enam unit kediaman di bahagian atas flat di Kampung Kerinchi tersebut musnah. Difahamkan kebakaran bermula dari dapur.

Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran itu.

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, 11 jentera bomba dari balai Pantai, Hang Tuah, Sri Hartamas, Gombak Selatan, Seputeh dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima maklumat pada 4.40 petang. -mstar


Flat Kerinchi terbakar, MP Lembah Pantai lancar derma kilat


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar melancarkan tabung derma kilat bagi membantu mangsa kebakaran di Flat PKNS 17, Kampung Kerinchi.Kerinchi

“Flat PKNS 17 tingkat alami kebakaran. Makluman untuk penghuni dan penduduk setempat. Innalillah.

“Saya sedang berusaha untuk mengutip derma untuk membantu keluarga-keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Flat PKNS 17 Tingkat petang tadi.

“Sumbangan boleh dibuat melalui Akaun Ahli Parlimen Lembah Pantai,” tulis Nurul Izzah di laman facebook.

Derma boleh dibuat melalui transaksi di Maybank (Bangsar Baru) di akaun bernombor 564128345008 atas nama ”Ahli Parlimen Lembah Pantai”

Penderma turut diminta menghantarkan gambar resit transaksi kepada pejabat@nurulizzah.com untuk pengesahan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang tadi, kebakaran memusnahkan kira-kira enam unit rumah




Tiada ulasan: