2 Nov 2013

Bapa Ahmad Shabery Pun Orang PAS

Seorang wartawan veteran, Subky Latif mendakwa bukan sahaja ayah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir orang PAS, malah ayah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery pun orang PAS.

Dalam tulisannya yang berjudul “Syukur Pak Baharom ahli PAS Sungai Limau” dalam www.harakahdaily.net , Subky menulis, “ Haji Cheek di Kemaman adalah keluarga PAS yang komited, anaknya Ahmad Shaberey Cheek jadi orang Umno yang lantang menentang parti ayahnya”.

Tulisnya lagi, sebenarnya tidak secara mutlak anak orang PAS mesti jadi PAS. Yang menentukan seseorang itu jadi PAS atau Umno ialah Allah. Nabi SAW tidak dapat memberi hidayat kepada bapa saudaranya Abu Talib, Allah saja yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Subky menulis, iika tidak kerana PRKl Sungai Limau tidak ramai yang tahu bahawa Jamil Khir adalah anak seorang ahli PAS Sungai Limau dan pernah jadi ahli jawatankuasa parti itu di kawasan Parlimen Jerai satu masa dulu.

Sehingga mulai Mei lalu, mengikut Dato Mahfuz Omar, PJ PAS Kedah, Pak Baharum telah menjelaskan yuran keahliannya.

“Pak Baharum bukan alang-alang ayah. Dia boleh berbangga kerana dapat mendidik anak hingga ke Universiti Azhar, Mesir dan bila-bila pun anaknya dengan pengajian itu layak dimartabatkan sebagai ulama. Bukan sekadar bapa bangga atas pencapaian anak, bahkan masyarakat seluruhnya bangga akan pencapaian anak seperti itu,” tulis Subky.

Beliau menambah, bukan semua orang dapat menghantar anak mengaji di Mesir, tetapi Pak Baharum adalah antara yang berjaya menghantar anak ke situ.

“Tetapi sebagai mana-mana bapa dan ibu dalam PAS mahu anak-anaknya bersama mereka dalam partinya, Pak Baharum tak dapat anaknya Jamil Khir untuk bersamanya. Anaknya dengan ilmu dan pencapaiannya ada pilihan lain,” tulisnya lagi,

Beliau menyambung, bukan Pak Baharum saja orang PAS yang anaknya tidak jadi ahli PAS.

“Dua Pesuruhjaya PAS Pahang tahun 50-an dan awal 60-an dulu anaknya jadi pemimpin Umno. Pertama Datuk Abu Samah, anaknya Datuk Hamzah jadi orang kuat Umno dan menteri. Kedua Datuk Mohd Yasin, anaknya Tan Sri Kamarul Arifin jadi peguam Umno,” tulisnya lagi. -FMT


Syukur Pak Baharum ahli PAS Sg Limau


Jika tidak kerana Pilihan Raya Kecil Sungai Limau tidak ramai yang tahu bahawa Brig. Dato Jamil Khir adalah anak seorang ahli PAS Sungai Limau dan pernah jadi ahli jawatankuasa parti itu di kawasan Parlimen Jerai satu masa dulu..

Sehingga mulai Mei lalu, mengikut Dato Mahfuz Omar, PJ PAS Kedah, Pak Baharum telah menjelaskan yuran keahliannya.

Atas rasa kesyukuran, maka calon PAS Mohd Azam Abd. Samat bersama PJ Mahfuz mengadakan kunjungan hormat kepada pengundi veteran itu bagi meraikannya dan supaya dia tidak terasa dipinggirkan PAS disebabkan anaknya jadi orang besar Umno dan menteri.

Pak Baharum bukan alang-alang ayah. Dia boleh berbangga kerana dapat menduduk anak hingga ke Universiti Azhar, Mesir dan bila-bila pun anaknya dengan pengajian itu layak dimartabatkan sebagai ulama. Bukan sekadar bapa bangga atas pencapaian anak, bahkan masyarakat seluruhnya bangga akan pencapaian anak seperti itu.

Bukan semua orang dapat menghantar anak mengaji di Mesir, tetapi Pak Baharum adalah antara yang berjaya menghantar anak ke situ. Syabas!

Tetapi sebagai mana-mana bapa dan ibu dalam PAS mahu anak-anaknya bersama mereka dalam partinya, Pak Baharum tak dapat anaknya Jamil Khir untuk bersamanya. Anaknya dengan ilmu dan pencapaiannya ada pilihan lain.

Bukan Pak Baharum saja orang PAS yang anaknya tidak jadi ahli PAS. Dua Pesuruhjaya PAS Pahang tahun 50-an dan awal 60-an dulu anaknya jadi pemimpin Umno. Pertama Dato Abu Samad, anaknya Dato Hamzah jadi orang kuat Umno dan menteri. Kedua Dato Mohd Yasin, anaknya Tan Sri Kamarul Arifin jadi peguam Umno.

Haji Cheek di Kemaman adalah keluarga PAS yang komited, anaknya Ahmad Shaberey Cheek jadi orang Umno yang lantang menentang parti ayahnya.

Sebenarnya tidak secara mutlak anak orang PAS mesti jadi PAS. Yang menentukan seseorang itu jadi PAS atau Umno ialah Allah. Nabi SAW tidak dapat memberi hidayat kepada bapa saudaranya Abu Talib, Allah saja yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Ramai orang lulus Mesir dan Madinah Allah tidak pilih jadi orang PAS. Pak Hamzah orang Umno tegar Kuala Kedah, anaknya Amiruddin tidak mengaji di institusi pengajian tinggi Islam sebaliknya menuntut ilmu kejuruteraan tetapi Allah pilih jadi orang PAS dan sekarang menjadi Pengarah Operasi PRK Pas Sungai Limau.

Bukan salah Pak Baharum anaknya jadi Umno dan bukan salah ibu mengandung Jamil Khir jadi Umno tetapi ia adalah pilihan anak yang pendidikannya lebih tinggi dari ibu dan bapa.

Tiadalah pula PAS kesal atas perkembangan itu kerana bukan pula sedikit anak orang Umno menjadi pejuang tegar PAS.

Kunjungan calon PAS ke atas ayah Jamil Khir tidak bertujuan untuk memalu dan mengelirukan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu tetapi bagi mengukuhkan semangat dan pendirian ahlinya supaya moga-moga istiqamah dengan jamaah Islam.

Terutama dalam masa pilihan raya, supaya seboleh-bolehnya tidak menukar undinya kepada calon parti yang dilawannya selama ini.

Kunjungan dibuat semasa kempen, maka tidak terlepas ia dari tuduhan berpolitik dan mengambil apa jua kesempatan berpolitik. Kalau calon PAS berpolitik dengan kunjungan itu apa salahnya kerana dia mengamalkan politik Islam. Tiada itu yang politik dan yang bukan politik. Yang ada masa politik dan ada masa tidak politik ialah politik dunia pegangan orang sekular seperti Umno dan MIC. -
-HD


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Shabery Cheek ni dulu pun PAS, naqib usrah di UM, Husam Musa antara ahli usrah di UM. Sanak saudara Shabery ramai ahli PAS komited, nak tau pergi je kt Kemaman/Kemasik tu. Dia join UMNO lps merajuk dgn PAS (antara faktor), mgkn ada sesetengah pimpinan PAS yg tahu hal ni dan prkara ni brlaku pd golongan profesional dlm PAS skrg ni. Ringkasnya bila ada sesetengah pimpinan PAS yg tidak beri peluang dan memandang sinis kpd golongan profesional PAS, maka tak mustahil situasi dan jalan cerita shabery cheek ini berulang. So manfaatkan segala kepakaran yang ada dlm pimpinan ni utk memperkasakan parti.

al-Fatihah buat abangnya (Ashaary Cheek) yang meninggal tahun lepas.