4 Okt 2013

[VIDEO] Pakatan Kecam Ketirisan Berulang Tapi Tiada Tindakan


Pakatan Rakyat mencadangkan satu Jawatankuasa Majlis Tindakan diwujudkan bagi memastikan segala ketirisan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara diambil tindakan tegas.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jawatankuasa itu perlu dianggotai oleh Timbalan Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan Ketua Audit Negara.

Ini berikutan setiap kali laporan dibentangkan, masih terdapat ketirisan yang berlaku dan insiden ini tidak pernah diambil tindakan tegas.

“Ia bagi membincangkan bentuk tindakan yang perlu diambil bagi mereka yang didapati menyeleweng.

“Kita lihat laporan audit merekodkan terlalu banyak ketirisan berlaku terutamanya dalam isu-isu pembelian aset sepertimana tahun-tahun lepas. Tapi tidak ada satu pun tindakan tegas diambil walaupun perkara itu dilaporkan,” kata Ahli Parlimen Bagan itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali melihat isu ketirisan menjadi kelaziman di dalam agensi kerajaan yang dipandang remeh tanpa penguatkuasaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak turut kesal apabila laporan diserahkan pada saat akhir perbahasan agar Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak dapat membahasnya pada sidang kali ini.

“Kita akan perincikan perkara ini dan bahaskan pada sesi Parlimen yang akan datang,” katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut bersetuju dengan cadangan tersebut dan melihat ia langkah terbaik untuk menangani insiden yang selalu berulang.

“Laporan ini menunjukkan ketirisan akibat dari salah guna kuasa dalam urus tadbir kerajaan, sentiasa berulang setiap tahun.

“Ini mengesahkan kerajaan tidak pernah ambil iktibar daripada apa yang berlaku serta tidak memandang berat cadangan Ketua Audit,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tegas beliau, sepatutnya kerajaan mengenalpasti apakah bentuk mekanisma untuk mengelak perkara yang sama tidak berulang. “Kelemahan ketara kerajaan adalah langsung tidak mengambil perhatian terhadap laporan audit.

“Hanya sekadar memenuhi peraturan undang-undang yang setiap kementerian perlu diaudit, tindakan tiada dan tahun depan benda yang sama diulangi,” katanya, lapor Harakah Daily. -KD


Laporan Audit: PR gesa PAC adakan sidang khas


Pakatan Rakyat menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengadakan persidangan khas bagi membincangkan penyelewengan dan ketirisan sepertimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di lobi Parlimen berkata perkara ini amat penting dan perlu menjadi keutamaan agar mereka yang terlibat dikenakan tindakan dan tidak berulang lagi.

"Kita dikejutkan dengan Laporan Ketua Audit mengatakan berlaku ketirisan sehingga kehilangan wang rakyat berbilion ringgit, ini bukan satu perkara yang baru dan apa yang kita tahu ia sentiasa berulang setiap tahun.

"Atas sebab itu, Pakatan Rakyat menggesa PAC mengadakan persidangan khas membincangkan perkara ini dan perlu pastikan satu tindakan diambil kepada mereka yang terlibat.

"Saya harap ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat yang terlibat dalam PAC dapat mengesa agar persidangan diadakan segera," katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Anwar yang kecewa apabila ketirisan ini berlaku ketika rakyat dibelenggu dengan kenaikkan harga barang serta kesempitan hidup.

"Saat rakyat dibelenggu dengan kesempitan hidup akibat barang naik harga, mereka yang berkuasa begitu senang mengambil wang rakyat.

"Perkara ini bukan satu yang boleh dipandang mudah, setiap yang bersalah perlu dikenakan tindakan," sambung beliau lagi.
-HD





3 ulasan:

Awanama berkata...

siang mlm bekerja, cukup bulan gaji yg diterima dipotong BEnd dlm bentuk cukai. tp akhirnya dibazirkan. baik reduce kan cukai, lebihannya blh juga tampung kos sara hidup yg tinggi masa nih..

Awanama berkata...

Dalam ekonomi kalau beli banyak harga pun lagi murah tapi di Malaysia terbalik lagi banyak lagi mahal berganda ganda. Itu lah teori BE END untuk kekal kuasa dan menipu, merasuh dan fitnah. Lepas itu bagi anakbini makan dan serang parti Islam. Kalau betul jantan dakwa mereka yang menyeleweng dalam report audit baru ini.Tentu saja tak berani kerna mereka pun ada saham menipu sebab itu mereka sengaja perlu bajet tambahan yang tak relavan tiap tiap tahun.Kita tak nampak tapi Allah maha Mengetahui lagi maha Adil.

Awanama berkata...

Tak perlu nak tubuh apa-apa jawatankuasa atau siasatan - Buat satu peraturan dlm bentuk undang-undang: Kementtian yg dilaporkan Ketua Odit Negara, melesapkan, membazirkan dan menghilangkan asset negara melebihi 1 juta nilainya, menterinya wajar letak jawatan.Senang, tegas dan adil.