29 Okt 2013

[VIDEO] Baru Orang Tahu Ayah Jamil Khir Seorang Ahli PAS Yang Komited


Tak apalah, Jamil kata saya tak betul - Mahfuz

JERAI: Datuk Mahfuz Omar tidak mahu memanjangkan isu mendoakan PAS menang di Sungai Limau oleh bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir kerana beliau cukup mengenali siapa Baharom Ramli, 77.

Mahfuz ketika diajukan soalan oleh wartawan dalam sidang media hari ini, berkata beliau tidak mahu mengheret perbalahan di kalangan ahli keluarga Jamil.

"Tak apalah, biarlah. Saya tak mahulah mengheret perbalahan keluarga mereka," katanya ringkas.

Menurut Mahfuz, sewaktu lawatan beliau tempoh hari Jamil Khir tiada di rumah.

"Dia bukan hadir pun masa bapa dia tadah tangan berdoa itu," katanya di Markas Induk PAS PRK N20 Sungai Limau.

Tegas Mahfuz, beliau amat mengenali Baharom yang telah lama bergiat dalam PAS malah dia mengaku telah membayar yuran ahli pada bulan lima lepas.

"Tak apalah Datuk Jamil kata saya tak betul tak apa, tapi saya faham bapa dia sebab saya lama dengan bapa dia. Bapa dia itu jiwanya PAS, original PAS," kata Mahfuz lagi.

Namun, beliau berharap perbezaan politik dalam keluarga Jamil Khir tidak menjadi isu besar buat Jamil sepanjang kempen pilihan raya kecil Sungai Limau berlangsung.

Semalam, Jamil Khir mendakwa bapanya hanya sekadar mengaminkan doa yang dibaca PAS sewaktu mereka menziarahi bapanya di rumah mereka di Kampung Sedaka, Yan.

Dakwanya lagi, bapanya kini tertekan secara moral apabila ziarah itu dijadikan modal kempen PAS dalam kempen pilihan raya yang sedang berlangsung. -HD

ULASAN GB

Jamil Khir mendakwa kononnya bapanya kini tertekan secara moral apabila ziarah itu dijadikan modal kempen PAS.

Daripada paparan video di bawah ini kelihatan bapanya Baharom Ramli begitu riang dan ceria bersama rombongan calon PAS.

Jadi yang tertekan sebenarnya ialah Jamil Khir sendiri setelah orangramai mengetahui ayahnya ialah seorang ahli PAS yang komited. Atau apakah beliau yang telah memberi tekanan terhadap bapanya dengan menyoal soalan-soalan yang berhubungkait penerimaan kedatangan calon PAS tersebut?

Program ziarah itu adalah program biasa dan ternyata yang membesarkan dan mempolitikkan itu tersebut tidak lain Jamil Khir sendiri yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biarpun berbeza fahaman politik. Jangan jadi perbezaan fahaman politik sebagai alasan melawan cakap ibubapa.

Kalau ada dikalangan umno mahupun pas melawan cakap ibubapa hanya kerana perbezaan politik. Please tell me boleh i sumbangkan penampar kpd manusia derhaka ni.

Tanpa Nama berkata...

Fahaman politik hak masing2.jangan jdkan perbezaan fahaman politik utk membenci dan memutuskan hubungan silatulrahim

Tanpa Nama berkata...

Jgn risaulah Dato Jamil Khir. Orang tua yg beradab sopan sentiasa menghormati & mengembirakan tetamu. Itu biasalah. Tentang dia nak pangkah siapa tak dak sapa tau. Jawatan Menteri tak goyah eehh.