14 Okt 2013

Kemenangan Pemimpin Terpalit Skandal Petanda Umno Hidapi Sindrom Beku, Jumud

Kemenangan pemimpin terpalit skandal dana awam dan politik wang dalam Pemilihan Umno 2013 menunjukkan ahli parti itu tidak menganggap perbuatan salahguna kuasa dan rasuah sebagai satu dosa, sebaliknya menganggapnya sebagai hak pemimpin mereka.

Menurut pengananalis politik, Dr Maszlee Malik, kemenangan pemimpin dari golongan itu sekaligus membuktikan Umno bukan sahaja masih takut hendak berubah, malah turut dilanda sindrom beku dan jumud.

“Masalahnya mereka tak anggap rasuah itu sebagai rasuah tetapi anggap sebagai hak pemimpin Umno dan mana-mana Menteri dan ini menyebabkan pemimpin terus bertindak sewenang-wenangnya.

“Mereka sudah selesa dalam keadaan ini, jadi mengapa mereka perlu berubah?” Soal pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu ketika dihubungi TV Selangor.

Dr Maszlee menambah, Umno turut berhadapan isu ketandusan pemimpin yang mampu menongkah arus yang mempunyai visi jelas dan berani bagi membawa Umno keluar dari acuan politik lapuk serta masalah rasuah.

“Pemilihan Umno ini tidak mempunyai sebarang signifikan, malah masih berada di takuk lama, tak nak berubah kerana takut berubah, ketandusan pemimpin yang mempunya visi yang jelas dan berani menongkah arus seperti pemimpin Umno dahulu sebab itu kita Umno dianggap masih menghidapi sindrom beku dan jumud,” kata beliau lagi.

Selain itu, Umno juga dikatakan gagal meletakkan wanita sebagai salah satu komponen penting bagi memperjuangkan isu kebajikkan rakyat dan wanita khususnya.

Ini berbeza dengan pendekatan parti lain yang berjaya meletakkan wanita sebagai salah seorang pemimpin tertinggi mereka sepertimana Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar sebagai Presiden dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Dalam Umno, wanita hanya disempitkan dalam Wanita Umno dan Puteri Umno sahaja, lain dalam parti politik lain yang wanitanya boleh sampai ke Naib Presiden.

“Wanita berkaliber pun kebanyakannya memilih tidak bersama Umno atau kalau bersama Umno sekadar mengikut arus yang ada,” ujar Dr Maszlee lagi. -tvselangor


Wanita Umno tidak mampu berubah


Keputusan yang berulang dalam pemilihan parti Umno di mana Shahrizat Abdul Jalil kekal menjadi Ketua Wanita Umno adalah bukti jelas bahawa Wanita Umno terus-menerus dalam state of denial – dalam keadaan menafikan apa yang dikehendaki oleh rakyat.

Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail apa yang dikehendaki rakyat supaya parti yang memerintah Malaysia itu melakukan perubahan yang berani, menggantikan kepimpinan yang terpalit dengan korupsi dan nepotisme.

Katanya, Wanita Umno adalah parti yang berpegang pada pemikiran lama dan jumud yang hanya bernilai dalam agenda tanpa perubahan, dengan para pemimpin yang ingin kekal berkuasa dulu, kini dan selamanya untuk menentukan perolehan habuan seperti NFC dan Awan Megah.

“Dengan keputusan pemilihan hari ini, Wanita Umno yang tinggal sekelumit saja harapan, telah terkubur sama sekali dari menjadi sebuah entiti yang boleh dirujuki dan diharapkan untuk menjadikan kenyataan agenda perubahan yang hakiki ke arah mencapai idealisme politik nilai yang menghasilkan keselamatan, keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat jelata khususnya wanita.

“Wanita Umno tidak boleh berubah,” tegasnya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada Shahrizat yang mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan sayap parti itu yang diadakan serentak di seluruh negara semalam.
-HD


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila pemimpin sesat lagi menyesatkan pengikut. Allah dah kata sesiapa yg hidup utk dunia tanpa mahukan kebaikan akhirat maka Allah akan berikan mereka dunia dan azab akhirat. Itulah Umno dan pengikutnya yg sesat dunia. Dah lama dah tinggalkan kepimpinan rasuah haloba dan sesat ni...

Tanpa Nama berkata...

YG BERTANDING ULAT TAIK, YANG MEMILIH ULAT BANGKAI ,SPESIS YG SAMA ,SPESIS YG SUKA PADA KEKOTORAN ,KALAU DI BERIKAN SESUATU YG BERSIH DGN WANGIAN YG HAROM PASTI AKAN DI TOLAK