8 Okt 2013

Harga Tepung & Gula, Pakatan Bidas "Flip-flop" Menteri

Kenyataan bercanggah daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek, berhubung kenaikan harga barangan asas seperti gula dan tepung dibidas keras Parti Keadilan Rakyat.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meminta menteri Umno-BN itu supaya tidak berdolak-dalik dan jujur memberitahu rakyat perkara sebenar.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Utusan Malaysia 20 September lepas yang melaporkan Hasan meminta rakyat Malaysia tidak mempercayai berita bahawa Kerajaan UMNO-BN akan memperluaskan pengurangan subsidi kepada tepung dan gula.


Tidak lama kemudian, pada 6 Oktober semalam, Hasan dilaporkan oleh New Straits Times bahawa kenaikan harga gula dan tepung berkemungkinan naik ekoran daripada usaha pemotongan subsidi Kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Justeru saya ingin bertanya kepada Hasan, adakah subsidi tepung dan gula akan dikurangkan atau tidak?” soal beliau.

Nik Nazmi, yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor juga meminta Kerajaan Pusat supaya menjelaskan mengapa subsidi untuk korporat tidak dikurangkan untuk menangani isu ekonomi yang diwar-warkan.

“Pakatan tidak menolak pengurangan subsidi secara total. Namun yang dipertikaikan sehingga hari ini ialah mengapa subsidi untuk rakyat sering dikurangkan terlebih dahulu berbanding subsidi korporat?” kata beliau.

Pemimpin muda PKR itu juga berkata rasionali subsidi sepatutnya dilaksanakan serentak dengan usaha mengekang aliran keluar wang haram dan rasuah yang semakin parah dan mengakibatkan negara mengalami masalah ekonomi.

“Kerajaan sering memberi alasan defisit fiskal untuk mengurangkan subsidi kepada rakyat. Namun yang nyatanya Kerajaan berhadapan defisit keyakinan,” tegas beliau. -selangorku/GB

Harga gula dan tepung naik untuk kesejahteraan rakyat, kata menteri

Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar).

Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu menunggu pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober ini dan kenaikan harga dua barangan asas itu akan dilakukan bergantung kepada hasil kajian yang sedang dijalankan.

"Kita akan melihat pelbagai faktor sebelum sebarang keputusan diambil termasuk fiskal serta kedudukan mata wang negara biarpun keputusan diambil mungkin tidak popular namun ia terpaksa dibuat bagi menjaga kestabilan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat," katanya dipetik daripada Berita Harian Online.

Tiga hari lalu Hasan dilaporkan oleh akhbar New Straits Times (NST) membayangkan kenaikan harga gula dan tepung bakal berlaku.

Kenyataan tersebut bertentangan dengan jaminan yang dibuat Hasan pada pertengahan September lalu apabila mendakwa pengeluar gula dan tepung memberi jaminan harga kedua-dua bahan asas itu tidak akan dinaikkan.


“Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana mereka diberi jaminan bekalan bahan adalah cukup untuk keperluan mereka,” kata Hassan seperti dilaporkan Utusan Malaysia pada 13 September.

Selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) pada 5 Mei lalu, kenaikan harga bagi barangan dan berlaku seperti harga bahan bakar RON95 dan rokok.

Kerajaan juga dikatakan bakal menaikkan tarif elektrik dan berkemungkinan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2014.
-TMI

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Som, rice,xPas dan malaun macai UMNO lain akan kata bagus sekali cara pemerintahan flip flop UMNO haramjadah....tak pa asalkan orang melayu memerintah dan bukan cina!

Tanpa Nama berkata...

Menipu rakyat adalah perangai rasmi menteri BN.

Tanpa Nama berkata...

sekor lagi menteri celaka bn

Tanpa Nama berkata...

Kesejahteraan rakyat korokmu....goblok pya BN

Tanpa Nama berkata...

Apa nak kata, melayu dah kena kencing orang BE END. Gaji tak naik harga barang melambong.Kilang kilang kroni kroni banyak saham, jadi untung banyak mereka dapat,rakyat bawahan tertekan.Mana untung tol tol, jangan kroni saja dapat.Jika mengkayakan kroni, ini lah jadi nya yang dibawah merana. Bagaimana pinjam berbillion tapi bekas bekas menteri pun banyak jadi billionaire dengan rasuah.Takut lah siksaan Allah, jika menipu amanah. kau