30 Okt 2013

Cabul Menantu: Ketua KIMMA Dihadapkan Ke Mahkamah

Tampin – Ketua Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Tampin dihadapkan ke Mahkamah Majistret, dekat sini, atas tuduhan mencabul kehormatan menantunya di sebuah rumah di tanah rancangan Jelai, dekat sini, 22 September lalu.

Gambar: Abdul Kasim (kanan) selepas membayar ikat jamin di Mahkamah Majistret, semalam.

Tertuduh, Abdul Kasim Akb Maiden, 52, mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan atas tuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul menantunya berusia 20-an kira-kira 8.30 pagi di rumah tertuduh dengan memeluk mangsa dari belakang dan mencium leher kanan dan kiri mangsa.

Majistret Mahyun Yusof menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Raya, Inspektor Mohd Eswady Mat Lajis menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi kesalahan tertuduh, bagaimanapun dikurangkan selepas tertuduh membuat rayuan susulan mempunyai banyak tanggungan.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripadanya. -SH

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

NAMA KETURUNAN PARIA NI JANGAN LE PERCAYA .KALAU JADI KETUA HANCUR NEGARA DIBUATNYA

Waris berkata...

Ni mesti kurang ambil gula... pasal tu hyper... hehe

Tanpa Nama berkata...

abe jib doh kate kalu makey gulo kureng pasti kuat seks...

Tanpa Nama berkata...

Tak taulah lepas ni berapa banyak kes cabul dan rogol sebab orang jantan dah mula kurangkan pengambilan gula atas nasehat Najib.