27 Sep 2013

SUARAM Selar Kerajaan: Pindaan Tanda Polis Gagal Tangani Jenayah

NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyelar tindakan kerajaan yang memperkenalkan peruntukan baru yang memberi kuasa membuat penahanan tanpa bicara dalam pindaan Akta Pencegahan Jenayah.

Pengarah NGO tersebut Dr Kua Kia Soong berkata, tiada negara demokratik dan bertamadun dalam dunia yang menyelesaikan jenayah mereka dengan menggunakan kaedah penahanan tanpa bicara.

Katanya, peruntukan baru yang memberi kuasa untuk penahanan selama dua tahun itu merupakan petunjuk jelas bahawa pasukan polis mengakui mereka tidak cekap dalam mencegah jenayah.

"Pindaan akta pencegahan jenayah ini adalah pengakuan terbesar kegagalan dan ketidakcekapan polis.

"Tiada negara dalam dunia bertamadun dadalam dunia yang demokratik yang kerajaannya menggunakan penahanan tanpa bicara untuk menyelesaikan kadar jenayah," kata Kua pada sidang media pagi ini.

Katanya, kerajaan juga sebelum ini tidak memberi alasan yang meyakinkan apabila mengaitkan mengenai peningkatan kadar jenayah dengan pemansuhan Ordinan Darurat.

"Ia alasan yang sangat dangkal dan tidak kukuh," katanya pagi tadi selepas pelancaran Laporan Hak Asasi Malaysia Suaram 2012: Hak Sivil dan Politik di Kuala Lumpur.

Kerajaan semalam membentangkan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) yang membenarkan kerajaan mengenakan semula tahanan tanpa bicara untuk tempoh dua tahun pada satu-satu masa.

Ia antara lainnya mencadangkan peruntukan baru, Seksyen 7(B) berhubung pembentukan lembaga pencegahan jenayah dengan tiga anggota, yang diketuai oleh hakim daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Cadangan tersebut memberi kuasa kepada lembaga berkenaan untuk menahan individu yang didaftarkan bawah akta itu.

Penahanan boleh ditambah tetapi tidak lebih dua tahun pada satu-satu masa.

Satu lagi peruntukan baru, Seksyen 15(A) menghalang semakan kehakiman terhadap keputusan atau tindakan lembaga tersebut, kecuali dalam perkara-perkara melibatkan prosedur. -mk

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selagi rasuah dalam polis tak di bendung, selagi itu lah jenayah tak dapat hapus.Negara kaya,import pekerja asing lebih 3 juta 54 phssaymtapi masih takut mengunakan undang Allah ia itu hudud. Puak pemerintah tahu jika hudud, mereka lah yang paling ramai di dakwa kerana tak amanah, jadi mereka sanggup mengunakan hukum hukum ciptaan manusia agar dapat elak.Allah maha kaya, di dunia kau tipu lah, jawablah depan Allah kemudian hari.

Tanpa Nama berkata...

Di America ada CIA dan FBI masing masing tak tahu sesama agency, jadi penjawat awam takut. DiMalaysia baik polis dan biro cegah rasuah semua di bawah jabatan perdana menteri jadi senang lah jerung jerung rasuah lepas diri.Apa pasal bermatian untuk menang dalam PRU 13 walaupun dunia tahu mereka menipu, jawabnya nak menutup pekong rasuah mereka agar tak pecah.Saya cadangkan dalam polis mesti ada banyak wakil pembangkang agar menjadi pemerhati agar semua perkerjaan nya tulus dan tidak ada campurtangan pihak pemerintah baru lah Malaysia selamat.25