23 Sep 2013

Rakaman Sidang Parlimen Sebentar Tadi -updated


Sidang Dewan Rakyat sessi kedua bermula pagi ini. Berikut ialah rakaman Pertanyaan Jawab Lisan - ehsan TVMPPAS. Dewan Rakyat 23 September 2013 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 23 Sept 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pencapaian program-program transformasi yang dilaksanakan Kerajaan sehingga kini dan menjelaskan:-
(a) pihak atau kumpulan yang mendapat faedah mengikut urutan; dan
(b) bagaimana usaha-usaha dilakukan bagi memastikan semua pihak memahami usaha baik ini.


2. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status jenayah, khususnya kes tembakan, mengapa bilangan polis yang terlibat dalam siasatan jenayah tidak ditambah
kepada 50% anggota PDRM supaya dapat serta-merta membendung jenayah dan bilakah kekurangan anggota polis dapat diatasi seperti di Pulau Pinang yang mempunyai 5,700 anggota polis tetapi masih kurang 600 orang.

3. Tuan Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa berlaku kenaikan harga minyak. Apakah bentuk tindakan bagi meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah.

4. Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah mekanisme untuk kos pemulihan alam sekitar sepenuhnya bagi memastikan pihak yang bersalah membayar kembali untuk jenayah yang mereka lakukan memandangkan penalti yang sedia ada adalah amat kecil berbanding dengan keuntungan yang diperoleh.

5. Dato' Ar. Wan Mohammad Khairil Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pekerja berstatus kontrak dan status sementara di sektor awam pada masa ini. Apakah perancangan Kerajaan dalam memastikan kebajikan pekerja berstatus kontrak ini terjaga dan penyerapan kumpulan ini ke status tetap.



6. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mendidik masyarakat berhubung dengan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Salafiyah, Asha`irah, Maturidiyah, Wahhabiyah dan lain-lain, ke arah memelihara keharmonian masyarakat Islam di negara ini.

7. Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh manakah kejayaan pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dan berapakah jumlah penjimatan yang diperoleh oleh Kerajaan.

8. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai telah ditangkap di bawah Ops Cantas setakat 16 September 2013 mengikut bangsa, jantina dan negeri. Daripada jumlah itu, berapa ramai yang telah dibebaskan, dibebas dengan ikat jamin polis, direman dan dituduh di mahkamah.

9. Dato' Sri Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan strategi untuk menggalakkan transformasi Industri Kecil dan Sederhana ke industri pertumbuhan tinggi (high growth industry) dan meningkatkan daya saing melalui pemberian geran perniagaan, contohnya melalui SME Corp.

10. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan peranan yang dimainkan oleh International Youth Centre terhadap pembangunan belia di Malaysia dan kos penyelenggaraan bangunannya setiap tahun.

11. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula kadar bantuan JKM yang sedia ada memandangkan bantuan tersebut dilihat tidak memadai dengan keadaan kos hidup yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

12. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kedudukan jejantas sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dari segi bilangan lama dan baru, kos pembinaan dan penyenggaraan, jejantas bermasalah tidak berfungsi, jumlah notis kompaun yang dikutip kerana tidak menggunakan jejantas, projekprojek baharu dan permohonan untuk jejantas yang ditolak.

Soalan MP PAS yang disenaraikan
16. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam menangani banyak permasalahan yang berlaku di negara ini, termasuk kejadian jenayah, adakah Kerajaan bercadang untuk mengambil ajaran agama Islam sebagai penyelesaiannya termasuklah perlaksanaan hukum hudud.

26. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes dan kos petisyen pilihan raya yang ditolak sejak Pilihan Raya Umum 1959 hingga kini. Nyatakan apakah usaha dan jaminan Kerajaan bahawa mahkamah pilihan raya bebas daripada campur tangan politik.

38. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mendedahkan hasil kajian penyalahgunaan dadah di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia.

41. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan statistik golongan muda di Terengganu yang terlibat dalam bidang keusahawanan.

49. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah bantuan seperti BR1M akan diberikan kepada golongan berpendapatan pertengahan yang terkesan dengan peraturan memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman rumah dan kenderaan dan kini berdepan dengan kenaikan harga petrol dan harga barangan keperluan lain.

64. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah statistik ibu tunggal di Malaysia mengikut negeri serta apakah pencapaian program khas untuk membangunkan ekonomi dan jati diri keluarga di kalangan ibu tunggal seluruh negara.

82. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam mengatasi masalah kebanjiran kereta sewa dari Thailand (Roadthu) yang semakin berleluasa masuk beroperasi dalam negara kita yang menjejaskan pendapatan pemandu kereta sewa tempatan.

88. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan perancangan semasa dan akan datang bagi pembangunan kawasan Kuala Nerus.

95. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) adakah pihak Kementerian mempunyai hasrat untuk membina kemudahan baru bagi menaik taraf kuasa reaktor nuklear penyelidikan di tapak sedia ada Agensi Nuklear Malaysia, Bangi; dan
(b) apakah prasyarat dan jarak selamat bagi pembangunan awam sekitar reaktor nuklear penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia, Bangi.

117. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan peratus dan jumlah agihan peruntukan setiap tahun bagi bahagian belia dan bahagian sukan dari tahun 2010-2012.

119. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) impak kepada tariff dan pengguna elektrik yang mengguna 300 kWh ke bawah terhadap penyelarasan harga gas asli yang dijual oleh PETRONAS kepada TNB;dan
(b) langkah-langkah meminimakan impak kepada pengguna awam atau persediaan supaya pengguna awam dapat menerima impak penyelarasan.

127. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah wang yang dilabur melalui syarikat kaitan Kerajaan ValueCap Ventures Bhd dan nyatakan jumlah keuntungan bagi tiap-tiap tahun operasi sejak ianya ditubuh.

131. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jenayah tembak yang semakin berleluasa sekarang.

138. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan mengkaji laporan 8 Mei 2013 "Resource Governance Index" (R.G.I.) oleh Revenue Watch Institute sebuah NGO antarabangsa yang mempromosikan keberkesanan, keterbukaan dan akauntabiliti pengurusan sumber asli yang meletakkan Malaysia di tempat 34 dari 58 negara dengan markah

46 dari 100 dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memperolehi prestasi yang lebih baik.

144. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah perkembangan pembangunan Universiti Malaysia Kelantan (Pengkalan Chepa, Padang Tembak, Bachok dan Jeli). Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan dan berapakah yang diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya pembangunan universiti ini.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2013

3. Menteri Kewangan * Rang Undang- Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 5/2013) Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

2. (D.R. 6/2013) Rang Undang-undang Profesion Undangundang (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. (D.R. 7/2013) Rang Undang- Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 [ Menteri Kewangan ]

MP PKR Padang Serai Bahas RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 on 23/9/2013



MP PAS Kota Bharu Bahas RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 on 23/9/2013



Perbahasan RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 (1))



Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (4)



Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (3)

Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Dewan Rakyat 23 Sept 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (1)



Akan dikemaskinikan

2 ulasan:

BaDiN berkata...

Sukacita diharapkan Tuan GB dapat paparkan Webtv Pas di sini supaya saya dan semua boleh mengikuti secara Live sidang parlimen.

Tanpa Nama berkata...

kenapa kerusi mp pr nampak kosong. depa dok pi sembang kat kantin ke?