21 Ogo 2013

UMNO Hilang Kewarasan, Kitar Semula Pemimpin Rasuah & Bermasalah


Fuziah: Lantikan Shahrizat bazirkan wang rakyat

Tidak rasional dan tiada kewajaran melantik semula Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada kedudukan penasihat khas kepada Perdana Menteri dalam isu berkaitan wanita sedangkan kredibiliti beliau terpalit dengan skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) membabitkan suami dan keluarganya, kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Fuziah menambah, pelantikan Shahrizat ini tiada tambah nilainya di dalam agenda wanita. Ini kerana beliau sendiri gagal memartabat dan membawa nama baik wanita sewaktu memegang portfolio sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2009 yang akhirnya meletakkan jawatan pada April 2012 selepas ahli keluarganya terlibat dengan kontroversi NFC.

Bercakap kepada TVSelangor, Fuziah berkata, jika benar Shahrizat dilantik, beliau akan kembali ke jawatan yang pernah disandangnya suatu ketika dahulu dan wang rakyat akan dibazirkan sekali lagi untuk membayar gaji beliau sebagai seorang menteri.

“Sharizat bukan sahaja mempunyai latar belakang berkaitan skandal lembu NFC, beliau juga adalah seorang menteri yang meletakkan jawatan.

“Jadi tidak wajar beliau dilantik kepada kedudukan penasihat khas Perdana Menteri dalam hal ehwal wanita. Pelantikan ini juga hanya membazir wang pembayar cukai dan rakyat.

“Yang saya lihat hanya akan menghabiskan duit rakyat untuk membayar gaji seseorang yang tidak layak untuk memegang jawatan ini, ” katanya.

Fuziah turut berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, perlu berpendirian teguh untuk memerangi rasuah dan sebaiknya membatalkan hasrat pelantikan tersebut.

Tambah beliau, tiada keperluan melantik Shahrizat sebagai penasihat khas sedangkan lebih ramai lagi wakil wanita yang selayaknya dilantik ke jawatan itu.

“Seorang pemimpin seperti Shahrizat adalah umpama berada dihujung karier politiknya dan rakyat tidak akan rugi membayar gaji beliau sebagai menteri.

“Tak perlu lantik Shahrizat. Ramai lagi calon wanita yang layak dan Najib juga mempunyai penasihat berkaitan wanita di dalam Kementerian Wanita dan Keluarga yang di pegang oleh Rohani Karim,” ujar Fuziah

Shahrizat juga pernah dilantik senator selepas kalah dalam PRU 12 lalu di Parlimen Lembah Pantai kepada Nurul Izzah Anwar.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial pada 2008.

Beliau juga dijangka akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan Umno yang dijadualkan pada 12 Oktober depan.


Umno ketandusan pemimpin, ‘kitar’ semula individu rasuah


Umno semakin ketandusan pemimpin bersih dan berkaliber untuk diketengahkan sehingga terpaksa mengitar semula pemimpin yang sudah disabitkan dengan kesalahan rasuah dan salahlaku.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, berkata ramai pemimpin Umno yang ‘bersih’ sukar untuk naik disebabkan tidak mempunyai kekuatan kewangan dalam persaingan dalam politik wang yang sudah menjadi darah daging dalam Umno.

Beliau berkata, hasrat Tan Sri Mohd Isa Samad yang menawarkan diri untuk Naib Presiden dalam pemilihan Umno merupakan bukti bahawa parti itu tidak mampu menawarkan pemimpin yang lebih bersih.

“Bukan mudah untuk mana-mana individu menaiki tangga dalam tampuk kuasa Umno kerana mungkin dia tidak mempunyai kekuatan kewangan dan kedudukan,” kata beliau ketika dihubungi TVSelangor.

Beliau berkata apabila individu yang rasuah ini menang dalam pemilihan Umno maka mereka ini akan memegang jawatan penting dalam kerajaan dan ia akan memberikan kesan buruk kepada negara.

“Ramai pemimpin kerajaan yang datang dari laluan ini akan lebih bermasalah dengan korupsi dan jenayah.

“Ini akan mendedahkan negara dan rakyat kita kepada kesengsaraan, rakyat yang akhirnya akan rugi dengan apa yang berlaku dalam Umno,” kata beliau.

Sebelum ini, Mohd Isa pernah memenangi jawatan itu bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi iaitu mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Namun Lembaga Disiplin Umno melucutkan jawatan beliau kerana didapati terlibat politik wang.

Sebelum itu pada pemilihan tahun 2000 beliau bertanding jawatan Naib Presiden tetapi tewas.

Kemasukan Isa dijangka akan menghangatkan lagi persaingan jawatan yang kini disandang oleh Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Penyandangnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan akan mempertahankan jawatan tersebut. Selain itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Mohd Ali Rustam turut dikatakan berhasrat untuk merebut jawatan itu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tanda2 kiamat semakin hampir. mereka yg tiada kelayakan diberikan amanah utk memimpin..

Tanpa Nama berkata...

Proksi mamak kutty kena ada memantau.Spesis parasit memperkuda perumah yang tidak serik dijajah,takut berubah,menyalak bila selamat dan diupah.Ugama dikebelakangkan,dunia diperebutkan.Kemusnahan bagai api dalam sekam.Wargasing makin mencekam dan mengancam.Adakah wujud tokoh penggerak sejati yang dapat menyelamatkan Malaysiaku.Cepatlah bertindak,barah makin parah.

Tanpa Nama berkata...

Melantik Shahrizat sebagai penasihatnya PM adalah satu tindakan yang akan mendatangkan kesan yang amat negatif terhadap UMNO dan kepimpinan BN. Dah tak ade orng lain ke?

Tanpa Nama berkata...

UMNO haramjadah memang terkenal dng kitaran semula menteri2 yg tak boleh dipakai, rasuah. menyeleweng, kaki betina dll (banyak sgt nak sebut di sini)...Rais Yatim, Shahrizat NFC, Isa Samad...tapi apa nak buat..dah memang rasuah, kroni, penyelewengan terpisah tiada dng UMNO haramjadah..sinonim dng UMNO...hancussss Malaysia ni dng puak2 species mcm ni!! Tapi orang melayu UMNO haramjadah kata..tak pa asalkan orang melayu memerintah!!Si Luncai terjun dng labu-labunya...Biarkan!Biarkan!

Tanpa Nama berkata...

Hakikatnya UMNO tidak punya ramai pemimpin yang boleh dipanggil "pemimpin".Yang ada semua ada masaalah dan kalau pilih yang lain takut makan diri.Lihat Isa Samad nak tanding Naib Presiden - semua muka teruk.Jadi terpaksa yang punya mudart kecil berbanding mudarat besar.