29 Ogo 2013

UMNO BN Mahu Sekat Air Ke Pulau Pinang Kerana Kalah PRU13


Sekat air ke P Pinang hukuman pada rakyat kerana tak pilih BN

PCadangan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah agar Kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang sebagai politik sempit yang menindas rakyat.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali berkata, kenyataan dangkal Ahmad Bashah dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam turut mencerminkan rupa sebenar pemimpin Umno BN.

“Mereka tergamak menghukum rakyat hanya disebabkan kepentingan politik sempit, walhal Ahmad Bashah harus faham, penduduk Pulau Pinang dan Kedah mempunyai hak yang sama terhadap bekalan air Sungai Muda.

“Malah tidak pernah sepanjang sejarah penubuhan Malaysia sejak merdeka, hak milik dan soal pembekalan sumber air ini menjadi pertikaian,” katanya dalam kenyataan.

Tegasnya, tindakan itu menunjukkan Umno BN cuba menghukum penduduk Pulau Pinang kerana tidak memilih parti itu dalam pilihan raya umum lalu. “Justeru, demi kepentingan dan kebajikan rakyat kedua-dua negeri, saya mendesak Ahmad Bashah menarik balik kenyataannya yang dangkal dan tidak berperikemanusiaan itu”. -KD


Cadangan BN sekat air sungai Kedah ke Pulau Pinang kejam, seperti Israel tindas Palestin


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan cadangan Barisan Nasional (BN) Kedah untuk menyekat air sungai utama di negeri itu yang mengalir ke Pulau Pinang sebagai kejam, tidak masuk akal dan tidak mempunyai justifikasi undang-undang.

Beliau berkata, idea untuk menghalang sungai yang secara semula jadi terbentuk dan digunakan oleh lebih daripada satu juta rakyat Pulau Pinang, termasuk orang Melayu, adalah ‘kejam’, tidak beretika, tidak bermoral dan juga melanggari semangat Malaysia.

“Ini satu idea kejam yang hanya boleh dilakukan Israel kepada rakyat Palestin,” katanya dalam sidang media di pejabat Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Komtar, semalam.

ADUN BN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Mohd Hanipah dalam sidang DUN Kedah seperi tertera dalam akhbar Sinar Harian baru-baru ini mengugut bahawa laluan air di Pulau Pinang harus disekat jika kerajaan Pulau Pinang tidak mahu berunding dengan Kedah untuk menyelesaikan permasalahan air itu.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menegaskan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir agar isu tersebut dapat diselesaikan, namun sehingga kini masih belum mendapat pengesahan surat supaya pertemuan itu dapat dilaksanakan.

Menurut Guan Eng, beliau telah memperkatakan berkenaan isu itu kepada Mukhriz kira-kira sebulan yang lalu dalam pertemuan di satu majlis dan Mukhriz juga sudah diberitahu bahawa surat akan dihantar untuk perbincangan lanjut.

Kerajaan PR Pulau Pinang juga telah menjelaskan bahawa negeri itu mengeluarkan air dari sungai semula jadi yang mengalir dalam sempadan sendiri dan tindakan mendesak pembayaran sama sekali tidak berasas.

Di bawah norma-norma antarabangsa dan konsep ‘hak riparian’, satu prinsip antarabangsa, pemilik tanah atau negara layak mendapat manfaat daripada aliran semulajadi sumber air dalam wilayah mereka, tidak kira di mana mereka berasal.

Guan Eng menegaskan bahawa Pulau Pinang mempunyai semua dokumen yang diperlukan untuk membuktikan bahawa air itu diambil di sebelah sempadan.

“Lima puluh tahun yang lalu perkara ini tidak pernah menjadi isu. Ia tidak masuk akal sama sekali. Pulau Pinang juga merupakan sebahagian daripada Malaysia. Malah air dari negara-negara lain juga tidak pernah dihalang,” ujarnya.

Beliau turut menjawap tuduhan Ketua UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkenaan surcaj yang dikenakan terhadap pengguna-pengguna air di Pulau Pinang.

“Hanya 28 peratus daripada pengguna domestik (isi rumah) yang menggunakan air secara berlebihan akan terjejas.

“Surcaj tidak akan dikenakan ke atas pengguna yang menggunakan kurang daripada 100,000 liter setiap dua bulan.

“Surcaj itu adalah cara yang paling proaktif untuk mencegah pembaziran air oleh isi rumah. Kadar dikenakan adalah tambahan 48 sen bagi setiap 1,000 liter yang digunakan selepas 100,000 liter pertama,” ujarnya.
– Roketkini


ULASAN GB

UMNO tidak serik-serik dengan kesalahan dan kesilapan menggunakan isu air untuk "menjatuhkan" kerajaan PR.

Sebelum PRU13, isu air menjadi isu utama yang dimainkan UMNO di negeri Selangor di dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan PR di negeri itu. Apa kesudahannya? UMNO yang ditimpa musibah besar di negeri itu. Dengan Najib sendiri sebagai kapten untuk merampas Selangor dari PR, tiba-tiba keputusan PRU13, BN cuma mendapat 12 daripada 56 kerusi di negeri itu. BN Selangor turut kehilangan 10 kerusi yang disandangnya sebelum itu iaitu Paya Jaras, Templer, Morib, Dusun Tua, Sabak, Tanjung Sepat, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa dan Sungai Pelek.

Kini sekali lagi, UMNO cuba menggunakan "air sebagai senjata" untuk menekan kerajaan PR di Pulau Pinang. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Air itu adalah pemberian Allah swt untuk sekalian manusia di mukabumi dan sesiapa juga yang cuba merampas hak Allah untuk berlaku kejam dan zalim ke atas pihak lain pasti akan dihuykum pula olehNya.

11 ulasan:

cucunda berkata...

Tokwan aku pernah berpesan; sekolah tak tinggi tak apa, mengaji tak pandai tak apa TETAPI jangan sampai orang panggil kita Bodoh !

Awanama berkata...

Bee end menang kat kedah pun sebab terpengaruh rm500 je dan sedikit masalah dalam pr. Bukan sebab pemimpin mereka cerdik atau terpuji. Pru sekali lagi pr menang balik la. Itu pun jika masalah dikalangan pr diselesaikan. x caya tunggulah tahun mendatang dengan idea2 bernas pemimpin bee end nie. Lagi banyak dorang keluarkan idea, lagi baguz.

Awanama berkata...

tak per ler.....nak layan org bodoh..kita buat dgn cara dialah.....dia nak pulau pinang bayar duit air...yg melalui tanah negeri pulau pinang.....jadi pulau pinang boleh minta sewa tempat dimana air itu mengalirlah......hooiii...sekarang nie semuanyer kene bayar.....kencing pun kene bayar hooooiii...maklumlah hidup dibawah pemerintahan kapitalis penyamun UNO/BN.......yg bodoh dan bahalol......

Awanama berkata...

Itu la dia umnoooo.

BaDiN berkata...

Ada orang melayu mahu tiru perbuatan org bukan melayu dalam tindakannya.Org bukan melayu ni Bergelar Yahudi dan tinggal negara Haram Israel.Yahudi melayu berjiwa umno mahu memperaktikkan perbuatan jahat Yahudi Israel di Negara Ini.

Awanama berkata...

Baru duduk timbalan menteri BN da sombong.Memang tak serik.Pastikan Pulau Pinang ditangan PR..

Awanama berkata...

perjanjian ini sah laku untok selamanya selagi ada bulan, bintang dan matahari

Elok sangat kalau OMNO nak memandai mandai kerana selama ini tiada trek rekod yang menunjokkan OMNO tu pandey

Dah la bekal air ke #$@^%&$ lepastu kena beli balik pulak dengan harga berlipatganda. Ada nampak ceredik ka?

Kubu kuat lubok AMNO ngok.

Ni angin nak menunjok nunjok konon pandai memerentah tanah ayer. Pandey apa lagu tu

Ceredik tan boleh menumpang
Bodoh tak makan di hajo - OMNGOK

Awanama berkata...

dulu BN tentang kerajaan Pakatan Kedah tuntut bayaran air

Awanama berkata...

Samalah dgn kes royalti minyak di Terengganu. BN berkurun lamanya mmrintah Trg dan menikmati wang royalti tsbt. Sebaik PAS tawan Trg pada 1999-2004, royalti ditarik dan menjadi wang ihsan. Kini timbul kes air di P.Pinang pula. Gila meroyan ke mereka ni,tak habis2 cari pasal nak susahkan orang. Manusia ke dajal ni?

Awanama berkata...

Aku sokong BN tp tak sangka seruan bodoh dari timb menteri yg keluar statement bangang.Pemimpin2 umno gunala kepala otak sikit jgn kebodohan kamu jd beban kpd kami yg sokong BN.

Awanama berkata...

Mengapa tak sekat air ke Singapura? Yang ada diTemasik tu bukan rakyat Malaysia tapi yang tinggal diPulau Pinang tu rakyat Malaysia.Ini satu komen yang paling bodoh.Dulu yang perintah Pulau Pinang tu Geraka,Ketua Menterinya Cina jugak,tak pun UMNO sibuk,