14 Ogo 2013

MCA Buat Laporan Polis Ke Atas Papa Gomo

Gara-gara kenyataan melampau, Exco Pemuda MCA, Chong Sin Woon bersama rakannya membuat laporan polis terhadap penulis blog, Papa Gomo di Balai Polis Dang Wangi atas tuduhan sengaja mencetuskan sentimen perkauman.

Ketua Pemuda Biro Pendidikan Pemuda MCA itu, berkata tindakan Papa Gomo memanggil masyarakat Cina sebagai 'Pendatang" yang diletakkan di laman Facebook penulis blog itu disifatkan melampau.

"Kita mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Papa Gomo dan mendakwa beliau mengikut Akta Hasutan. Malah bukan kepada dia saja tetapi siapa pun yang sengaja mancetuskan ketegangan kaum di negara ini harus disiasat,"katanya seperti dilaporkan akhbar China Press, hari ini.

Chong berkata, jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap isu yang membabitkan sensiviti kaum, dan membiarkan pihak tidak bertanggugjawab terus menyebarkan fitnah maka ia tidak mendatangkan kebaikan kepada keharmonian negara ini.

Meskipun identiti Papa Gomo ini masih terus menjadi misteri namun, beliau berharap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat melakukan siasatan dan mendedahkan hal ini.

Katanya, isu membabitkan perkauman semakin tegang apabila berakhirnya Pilihan Raya Umum lalu ekoran dari keputusan majoriti kaum Cina yang beralih kepada Pakatan Rakyat.

Ia menyebabkan parti Melayu, Umno menuduh masyarat Cina sebagai pembelot.

Dalam masa sama, Chong juga menegaskan pelaksanaan perlu diambil ke atas mereka yang mencabar undang-undang negara ini.

Katanya, setakat ini pihaknya sudah mengumpul bukti untuk dikemukakan ke mahkamah bagi negeri Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Selain dari menggelarkan kaum Cina sebagai pendatang, Papa Gomo turut didakwa menulis kenyataan seperti "Kita Melayu patut bersatu menentang Cina", "Cina harus balik ke negara China" dalam laman Facebooknya. -TMI

ULASAN GB

Kita sama-sama tungu dan lihat samada kali ini polis sedia menangkap dan menyiasat papagomo.

Walaupun banyak aduan mengenai papagomo telah dilaporkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, nampaknya pihak polis tidak lansung mengambil tindakan ke atas papagomo. Kali ini, pemimpin dari MCA, sekutu Barisan Nasional sendiri membuat laporan polis. Masih berdiam dirikah pihak polis ke atas blogger UMNO ini yang ternyata mengeluarkan kenyataan rasis dan hasutan ini?

3 ulasan:

Awanama berkata...

Azeez Rahim patut disingkirkan atau dia sendiri letak jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji . Tanda-tanda sakauan bermula apabila gaji dinaikkan bagi anak syarikat Tabung Haji yang tak buat untung dekat Arab Saudi iaitu TH Real Estate Company (TH RE) yang telah ditubuhkan pada 2009. Pasti pihak media ingin tahu mengapa TH Real Estate Company yang masih tidak mampu memberi sebarang pendapatan (zero revenue) perlu menghabiskan SR2.5 juta setahun untuk kos gaji dan elaun pekerja yang hanya 5 orang sahaja (1 CEO, 2 orang pekerja Malaysia dan 2 pekerja Arab)? Pihak media pasti ingin tahu benarkah gaji CEO TH Real Estate telah dinaikkan dari RM30k sebulan ke RM70k sebulan? Takkan nak diam je kott??? Jangan dibiar lama2 , duit rakyat tuuu

Awanama berkata...

Isma aka Arus baru dalam websitenya juga menggelar bukan Melayu Bangsa Pendatang....dah jadi entiti perkauman sempit nampakya. http://www.ismaweb.net/v4/2013/08/bangsa-melayu-hilang-tempat-bergantung/

Andre Irwan berkata...

Depa berlakon aja. Dua-dua pun puak munafikun, mana boleh caya? Depa buat, depa selesai dan depalah HERO.