22 Ogo 2013

Ketua Wanita Bermasalah Ini Liabiliti Kepada UMNO, Perlu Lepaskan Jawatan


Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaran melepaskan jawatannya pada pemilihan parti akan datang kerana dianggap sebagai liabiliti kepada Umno.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan berkata, kontroversi melibatkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu boleh menjadi penghalang kepada hasrat Umno untuk melaksanakan proses transformasi.

“Apatah lagi, dengan desakan pembangkang yang menuntut ketulusan dalam Umno. Namun, kontroversi Shahrizat telah mengheret parti ke kancah pertandingan peribadi dan menjadikan beliau sebagai liabiliti kepada parti.

“Jika benar Shahrizat sayangkan Umno, beliau akan melakukan sesuatu yang baik untuk parti (melepaskan jawatan). Kita tidak tahu sama ada pencabarnya boleh menjadi sebaik beliau, tetapi Shahrizat patut tahu bila hendak berundur,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Baru-baru ini, Shahrizat mengulangi pendiriannya untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya sejak pemilihan 2009.

Pendirian itu, katanya, selaras dengan perlembagaan baru Umno yang membenarkan ahlinya bertanding bagi sebarang jawatan.

Dalam pada itu, Jayum berkata, setakat ini tiada calon yang dilihat layak mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden Umno.

“Dengan pelbagai agenda transformasi negara yang dilaksanakan Najib, beliau berada di landasan yang betul. Mereka yang ingin mencabar Najib perlu mengemukakan idea yang lebih baik daripada beliau. -SH

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maaf cakap, sebijik mcm lembu...

Tanpa Nama berkata...

Lembu brjambul.

Tanpa Nama berkata...

Ada dakwaan mengatakan gaji CEO TH Real Estate yang diuruskan oleh Azeez Rahim naik dari RM30ribu kepada RM70 sedangkan syarikat TH Real Estate tu zero revenue !!! Apa Azeez Rahim buat ni ?? Macam ni ka Pengerusi Tabung Hajai , patut wang yang dibazirkan tu boleh disalurkan pada tempat lain yang lebih memerlukan . Tolak Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji. http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/08/azeez-rahim-tak-layak-jadi-pengerusi_22.html

Tanpa Nama berkata...

sedarlah yg rakyat m'sia masih ramai yg berpendapatan rendah, miskin.