4 Ogo 2013

"Death Is Cheap" - Nazri & KPN Bertelagah Isu Tajuk Akhbar Singapura


Nazri Aziz bimbang jenayah tembak jejas sektor pelancongan

KUALA KANGSAR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bahawa tajuk berita akhbar Singapura, The New Paper ‘Welcome to Malaysia where… Death is Cheap and Staying Alive Costly,’ adalah suatu tajuk berita yang adil.

Ini bukan suatu yang memburukkan kita, kerana Singapura juga pakejkan pelancong mereka dengan selatan Johor seperti Legoland dan Hello Kitty. Kalau mereka kata jangan datang ke Johor, pelancong pun tidak akan pergi ke Singapura.

“Kalau mereka sengaja kata Malaysia bahaya, ia juga akan menjejaskan pelancongan negara mereka,” kata beliau.

Tajuk berita itu, yang dipaparkan pada 31 Julai, antara lain bermaksud di Malaysia nilai nyawa manusia murah dan kos untuk terus hidup dengan selamat pula tinggi dengan tajuk kecil dan gambar warga Singapura berstatus pemastautin etap yang cedera ditembak kini berbelanja $3,200 sebulan untuk pengawal peribadi.

Pada masa yang sama, Mohamed Nazri Abdul Aziz juga meluahkan kebimbangan mengenai kejadian jenayah tembak yang berleluasa kebelakangan ini akan menjejaskan kehadiran pelancong.

Katanya walaupun setakat Jun lepas kedatangan pelancong meningkat sembilan peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, penyebaran berita mengenai kes jenayah tembak mampu memberi kesan langsung kepada ketibaan pelawat ke negara ini.

“Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, kementerian akan terus memainkan peranan secara agresif dalam mempromosikan dan meyakinkan pelancong bahawa keadaan adalah terkawal,” kata beliau.

Mengenai langkah Jabatan Imigresen memendekkan tempoh visa semasa ketibaan (VOA) untuk rakyat dari negara tertentu kepada 14 hari, Mohamed Nazri berkata usaha itu diambil demi keselamatan negara.

Beliau berkata tempoh yang singkat itu memudahkan pergerakan rakyat asing di negara ini dikesan berbanding dengan tempoh 90 hari.

Jumaat lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata tempoh bagi VOA dipendekkan kepada 14 hari berbanding 90 hari untuk rakyat dari negara tertentu yang sering kali menjadikan Malaysia sebagai negara transit untuk menetap secara haram di Australia. -Bernama


Khalid: Akhbar ‘The New Paper’ berniat jahat


KUALA LUMPUR: — Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar Singapura, The New Paper, mengenai kejadian jenayah di Malaysia baru-baru ini, berniat jahat.

Sebaliknya, Khalid menegur akhbar tersebut agar mengawasi hal ehwal jenayah di dalam negara sendiri daripada membuat satu spekulasi yang tidak benar mengenai jenayah di Malaysia.

“Ia adalah satu kenyataan jahat…eloklah dia jaga rumah sendiri daripada menjaga rumah orang,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform di sini hari ini.

Akhbar The New Paper pada 31 Julai, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk ‘Selamat datang ke Malaysia di mana…kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal’ yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).

Artikel tersebut menerima maklum balas negatif daripada pelbagai pihak yang menyatakan ia tidak beretika dan menggesa agar akhbar harian itu memohon maaf kepada Malaysia kerana menghina. -Bernama


9 ulasan:

anti pilih kasih berkata...

PDRM dan MENTERI2 LENBU dgn bangga NEGARA KITA SELAMAT..JENAYAH TURUN...
NKRA TERCAPAI...RAKYAT IANGAN BIMBANG
Selama ini PDRM hanya jaga kebajikan
B angkai N egara saja TAPI jd GILAA berhadapan himpunan aman pembangkang.
sejarah di sg tongkang batu pahat kami masih ingat bila PDRM lancarkan PERANG pada rakyat 2010 tika DSAI ingin berceranah diTAPAK PERSENDIRIAN
KAMI tidak akan maafkan===

Awanama berkata...

Hello memanglah beritanya tidak bagus kepada Malaysia, sekurang - kurangnya diaorang laporkan dengan bukti dan fakta yang jelasnya bukan macam utusex, tv3 dan RTM serta seangkatnnya yang beritanya 90% adalah AUTA semuanya.

Awanama berkata...

Begitulah hakikatnya,bila terkena kritik bukan main melenting lagi. Kelemahan sendiri tak nak mengaku. Yang dia utamakan memprojek diri sendiri supaya nampak hebat di mata penguasa atasannya. Nasib kamulah rakyat M'sia.

Awanama berkata...

Tak tumbuh ,tak melata..
Tak sungguh, orang tak kata...

Undang2 ada, penguatkuasaan takde..
Yang ada kuasa pulak, tak buat kerja...
Org luar komplen marah....
Tapi mmg betul ape....

Awanama berkata...

Klau dia niat jht pon. Mmg btl pe malaysia da kurang slmt skrg. Xpikir ke khlalid weyhh. Mikir guno otok la weyhh

Awanama berkata...

Ini semua kerana sifat angkuh dan hipokrit yg ditunjukkan oleh menteri KDN dan UMNO. Mereka angkuh dan sombong dengan Allah!! Apa yg dilakukan oleh si Zahid ini..?? Ada apa2 statement yg mangkuk ni buat?! Polis hanya cerita balik kejadian yg berlaku...tak payah nak cerita..semua dah tahu mcm mana dia berlaku..apa yg rakyat nak ialah tindakan!! Memang betul apa yg Singapura cakapkan...mereka sangat selamat dari jenayah kerana polis mereka sangat professional!!Malu sangat kita kepada Indonesia dan Singapura..!! Tapi saya tahu melayu UMNO tak malu kerana biar negara hancur asalkan UMNO melayu memerintah!!!

Awanama berkata...

Pada hakikatnya, TV3 sendiri melaporkan kepada kita bahawa jenayah di dlm negara amat membimbangkan. 999 memaparkan kisah sebenar jenayah di dlm negara. Daripada keseluruhan kes yg ditayangkan, jika anda perhatikan...
1. Berapa banyak kah jenayah.
2. Berapa banyak kah tangkapan.
Kesimpulannya... lebih banyak penjenayah tidak tertangkap..dan mereka tiada rasa takut terhadap undang2.
Kes seperti di Lahat Datu tidak mustahil boleh terjadi di Semenanjung, jika persempadanan negara & kebanjiran pendatang asing tidak dibendung.
Terbaru... kebanjiran warga Afrika semakin ramai...
Selama ini, apakah langkah yg telah dibuat oleh pemimpin kita...

Awanama berkata...

Menjaga 'rumah orang' adalah sikap yang dituntut dalam amalan hidup berjiran. Jika tiada sikap prihatin ini akan menyebabkan perkara yang buruk menular ke rumah sendiri. Teguran tidak semestinya ditafsir sebagai berniat jahat bahkan sebagai ingatan sesama negara berjiran. Membendungnya daripada merebak adalah lebih baik dari bersikap berdiam diri dengan hanya menjadi penonton & bertepuk tangan dengan apa yang terjadi kepada negara jiran. Orang yang ditegur hendaklah bermuhasabah diri & berlapang dada dan menerimanya sebagai peluang memperbaiki apa-apa kelemahan/kekurangan yang ada.

Awanama berkata...

Katanya walaupun setakat Jun lepas kedatangan pelancong meningkat sembilan peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, penyebaran berita mengenai kes jenayah tembak mampu memberi kesan langsung kepada ketibaan pelawat ke negara ini.

“Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, kementerian akan terus memainkan peranan secara agresif dalam mempromosikan dan meyakinkan pelancong bahawa keadaan adalah terkawal,” kata beliau.

cuma yakinkan orang? kan lg bgus kalau kawal jenayah tu. turunkan kadar jenayah yg sebenar bukan berdasarkan nombor jew