9 Ogo 2013

‘Cina Mahu Zakat’ Satu Hasutan Berbahaya


Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, kelmarin terhadap blogger pro-Barisan Nasional (BN) yang memfitnah dengan tuduhan tanpa asas mahu agar wang kutipan zakat ‘diberi kepada orang Cina’.

“Saya menolak sekeras-kerasnya hasutan yang menimbulkan kebencian itu, saya juga tidak pernah terfikir supaya wang zakat diberi kepada orang Cina (yang bukan Islam),” tegas beliau.

Pada satu sidang media, Pengerusi DAP Selangor itu menegaskan bahawa artikel ‘Cina pun mahu duit zakat – Teresa Kok’ yang disiarkan dalam blog, bnbesut.blogspot.com adalah hasutan daripada ‘orang gila’ dan boleh menimbulkan kebencian orang Islam terhadapnya.

“Ia telah disiarkan di laman sosial secara meluas. Ini adalah jenayah penipuan dan hasutan. Polis perlu menyiasatnya,” katanya

Menurut Teresa, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap penulis blog itu yang masih belum dikenal pasti.

Teresa menjelaskan, laporan itu amat penting kerana ia adalah tindakan pencegahan daripada ‘dihambat’ polis sambil merujuk kepada insiden 2008 berhubung isu ‘Azan’.

Pada 2008, Teresa Kok pernah menjadi sasaran apabila beliau difitnah pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan dalam satu artikelnya bertajuk “Azan, Jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya” yang disiarkan pada 10 September 2008.

Akibatnya, dua hari selepas tulisan itu disiarkan, Teresa Kok ditahan mengikut ISA pada 12 September 2008 selama tujuh hari. Rentetan fitnah yang berbahaya itu, Teresa telah memfailkan saman terhadap Zaini dan Utusan Malaysia pada 9 Oktober 2008 dan perbicaraannya masih belum selesai.

Pada Konvensyen Media Sosial 1Malaysia tahun lalu, Zaini dilaporkan media mengeluarkan kenyataan bahawa sesuatu fakta itu boleh diputar (spin).

“Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan)…Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta itu memihak kepada kita, itu okay”, kata Zaini

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lagi, DAP acap kali menjadi sasaran fitnah pihak lawan apabila parti itu dilihat semakin diterima masyarakat Melayu di bandar dan meluaskan pengaruhnya ke kawasan luar bandar dengan pelbagai dakwaan fitnah berbaur perkauman, sentimen keagamaan dan sebagainya.

Hakikatnya, DAP adalah sebuah parti yang jelas dalam perlembagaannya berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan, kedaulatan Raja-raja Melayu serta sistem demokrasi berparlimen.-Roketkini

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah polis akan siasat dan dakwah pihak yang terlibat ?

Mengapa sehingga polis masih membisukan diri ? Mana semangat polis dalam kes Bak Kut Teh ?

Tanpa Nama berkata...

biasalah pecacai UMNO/BN nie....yg lepas tu semangat Bak Kut Teh.....yg ini semangat Ba kul Sampahlah.....multiple standard punyer law......

Andre Irwan berkata...

Inilah spesis yang menjatuhkan martabat dan menghina Islam. Apa yang Islam larang, depa cukup malakukannya. Ini serupa dengan cakap orang Cina iaitu "Lang bo ti Lang, Kui bo ti Kui" yang membawa maksud, "Ini orang bukan orang, Hantu pun bukan Hantu." Bagi Cina, hantu pun ada yang baik. Jadi spesis yang ni dah tentu IBLIS yang haramjadah.

Tanpa Nama berkata...

Undang undang di Malaysia utk akta hasutan hanya utk PR sahaja.papagomo yg jelas mau sembelih cina pun bebas lepas dan Teressa Kok yg difitnah pun dgn pantas diambil tindakan,apa lagi yg diharapkan dr pihak brkuasa.cakap pihak berkuasa jelas berunsur kaum munafikun tegar.

Tanpa Nama berkata...

cina islam boleh terima zakat, tak salah. melayu islam yg munafik boleh masuk neraka. Paling celaka adalah orang munafik yg suka melaga lagakan umat manusia atas muka bumi, yg sedih tu melayu islam munafik yg buat kerja kerja celaka macam ini.

Tanpa Nama berkata...

Apa isunya ini??? Perkara ini tak patut dijadikan isu pun sebab orang bukan Islam tetap dapat menikmati hasil zakat dalam bentuk pembangunan kerana zakat boleh digantikan dengan cukai.

Lagi itu Blogger BN awak nak cuba melawan perintah Allah S.W.T. kah??? Allah memerintah kita untuk agihkan zakat kepada saudara baru kita termasuk orang cina muslim. Memandangkan you said kaum cina maka cina muslim yakni saudara baru kita juga tidak bolehlah.

Inikah you cakap membela agama Islam kononnya padahal Allah S.W.T. perintah agihkan zakat kepada saudara baru kita termasuk orang cina muslim pun you nak pertikaikan. BELA AGAMA ISLAM KEPALA HOTAK KAULAH UMNO.

batu api berkata...

Cina nak zakat...?...boleh dan tiada masalah!

Tapi cina yang kaya raya yang ada harta cukup nisab dan haul, pon mesti bayar zakat jugak.....

Bukan susah sangat pon....