30 Ogo 2013

Bukti Nyata Filem TANDA PUTERA Tidak bermutu, Perhabis Wang Rakyat

Klik untuk imej yang lebih jelas

Adegan-adegan di atas melucukan, sekaligus membuktikan bahawa pengarah flem berkenaan tidak berhati-hati, gopoh, tidak profesyenal dan sewajarnya tidak layak untuk ditayangkan kepada umum.

Ia amat menjatuhkan martabat perfileman Melayu, dan sepatutnya tidak mempunyai sebarang merit untuk dibenarkan menggunakan wang rakyat di dalam penghasilan filem berkenaan.

Difahamkan filem Tanda Putera itu dihasilkan dengan kos RM4 juta dan merupakan filem terbitan Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Perbadanan Kemajuan Multimedia.

Ertinya wang rakyat sudah dibazirkan untuk penghasilan sebuah filem yang rendah mutunya, tidak layak untuk ditayangkan di mana-mana pawagam, cuma digembar-gemburkan sesetengah pemimpin politik UMNO untuk kepentingan partinya.

12 ulasan:

EB berkata...

rupanya proton iswara tu kereta antik yer...hohoho

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya apa yang wujud dalam filem itu bukan persoalan utama. Tema sebenar adalah rasa terima kasih sesuatu kaum kepada warga Malaysia. Kata tak perkauman. Kalau tempat teratas dikuasai MEREKA org Melayu dibawah pasti akan dianiaya seperti saya.

Tanpa Nama berkata...

Niat perfileman itu sendiri tidak jujur , maka hasil kerja pasti gaya si bahalol. Buat habis beras aje !

Tanpa Nama berkata...

Cara pembikinan filem ini seolah-olah Hang Tuah bertempur dengan Hang Jebat menggunakan M16. Lojik lagi filem Bukit Kepong pelakun Polis pakai seluar pendik warna kuning. Itu pun puas dikerah semua anggota polis dipaksa menontun Bukit Kepong.

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah tidak menepati fakta. Benda yang tak patut ada pun boleh ada dalam filem ini. Kalau kita tinggal di US mungkin i boleh caya dengan smoke detector dan aircond. Tapi Malaysia tahun 1969 mana ada duit nak beli benda ini dan teknologi ini belum lagi sampai di Malaysia. CCTV lagi tak masuk akal sebab US pun belum ada CCTV pada tahun 1969 sebab video tape dan pemain video tape pun belum ada dan teknologi video tape dan pemain video tape hanya ada pada zaman pertengahan 80an itupun Malaysia belum lagi mampu nak milikinya pada tahun 80an. Video tape dan Pemain video tape hanya ada di kebanyakkan rumah di M'sia pada awal 90an.

Ini adalah salah satu malapetaka kepada industri perfileman Malaysia. Maka tak hairan kalau ketinggalan jauh kebelakang berbanding dengan negara luar.

Tanpa Nama berkata...

Filem sampah, layak d tandaskan.

Tanpa Nama berkata...

mungkin kajiannya terlalu singkat.@ tangkap muat..

Andre Irwan berkata...

Kepada anon august 30, 2.06 pm.
Kau masih dok di zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn kah? Kalau UMNO zaman tu memang jaga Melayu kita. Tapi UMNO yang ada pada hari ialah UMNO BARU ciptaan Mahathir Mohamed Iskandar Kutty. Sampai hari ini, aku masih terfikir-fikir, betulkah "Melayu" memang "bangsa" yang bodoh dan bangangkah? Untuk mengenal pasti keturunan seseorang pun tak mampu dikuasai depa tu. Ingat betul-betul, India muslim bukan Melayu. Melayu bukan India Muslim. Begitu juga Melayu bukan Islam dan Islam bukan Islam.
Penat mengajar "Melayu" yang bangang ni???? Dah lah kena tipu, asyik dok bangga dan bagi tahu kat yang depa tu bangga yang depa kena tipu. Hairan bin Ajaib. Sebiji macam pembikinan filem Tanda Putera. Kualiti rendah tapi berisfat fitnah.
Satu lagi, "Melayu" suka makan darah daging saudara depakah? Kan "Melayu" suka dengan fitnah-fitnah ni?

Tanpa Nama berkata...

Pengarah layak buat cerita katun je.buang duit rakyat.

mae berkata...

Lebih baik tak buat langsung supaya orang lain tak nampak kebodohan dan kemalasan kita. Itu pegangan sesetengah orang disini.

Tanpa Nama berkata...

Yang sangat menganiaya dan memudaratkan Melayu adalah pemimpin Melayu yang masih mempunyai kuasa:
1.Bahasa jawi dihapuskan kesannya generasi baru menjauhi agama,satu dari identiti Melayu hilang.
2.Mahkamah Syariah bukan mahkamah pilihan dan dipandang rendah.
3.Melayu majoriti Kelantan dan Terengganu dianaktirikan.
4.Melayu yang tidak bermoral,melaku kesalahan masih bebas,berada diposisi memimpin.
5.Banyak mana tanah rezab Melayu di khianati oleh pemimpin Melayu.
6.Fitnah memfitnah antara Melayu menjadi makanan harian tanpa rasa takut dan bersalah.
Jika kaum lain naik dan menekan masih nak salahkan rakyat Melayu yang kononnya tak menyokong atau tahu berterimakasih.GILA ke atau bodoh tak mahu berfikir?

Tanpa Nama berkata...

Pengarah film ni semasa bertugas diRTM taklah begitu hebat malah tak produktif pun.Bukan tau sangat sejarah dan memang tak cermat dalam kerja.