6 Ogo 2013

Ahli Parlimen Seputeh Jadi Mangsa Fitnah Macai UMNO


Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menafikan telah mengeluarkan kenyataan wang zakat yang dikutip di negeri itu perlu diagihkan kepada kaum Cina.

Fitnah itu difahamkan telah disebarkan oleh seseorang di internet.

Beliau yang juga ahli Parlimen Seputeh menulis di laman mikro Twitternya, perkara tersebut tidak benar dan mendakwa ada orang kurang waras telah menyebarkan fitnah terhadapnya.

“Ada orang gila buat fitnah dalam internet bahawa saya minta duit zakat diberi kepadaorang Cina.

“Ada orang fitnah dalam bulan Ramadan,” tulisnya.


Antara satu salinan “print screen” Facebook yang disebarkan menyatakan Teresa, hasil pilihan orang Melayu telah mengeluarkan kenyataan bahawa duit zakat orang Islam yang dikutip di negeri Selangor seharusnya diagihkan dan diserahkan juga kepada kaum itu yang juga membayar cukai.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online juga mendapati beberapa blog turut menyiarkan kenyataan Teresa itu yang berjudul “Cina pun mahu duit Zakat”. -SH

10 ulasan:

Awanama berkata...

Terasa malu dgn perangai org yg d katakan berakidah tauhid sanggup buat fitnah d bulan yg mulia ini...fitnah kpd org bkn islam plk tu...kalu umno berkarat pun kena jaga akhlah tu

Awanama berkata...

Well ia tak perlu dijadikan isu pun sebab ianya still boleh diagihkan dalam bentuk pembangunan dan infrastruktur sebab wang zakat boleh digunakan dalam pembangunan sesebuah negara menggantikan cukai. of cause semua orang menikmatinya hasil zakat tersebut termasuk juga yang bukan Islam.

Awanama berkata...

Kepada tukang fitnah, cina Muslim amacam pula?? You said kaum Cina maka semua cina tak boleh agih wang zakatlah. So Cina Muslim yakni Saudara baru kita kau nak letak di mana sebab diaorang adalah 10 golongan wajib diagihkan zakat, BODOH.

Nirwana berkata...

Zakat cuma untuk org berugama melayu ke? Bulan pose pun nak fitnah..

Awanama berkata...

Biasalah...strategi terkini tentera parti syaitan dikenali.....yg giler kuasa...jadi fitnah menjadi senjata mereka.....tak kira dibulan yg mulia nie.....

Awanama berkata...

UMNO ini hidup atas dasar fitnah. Kalau tidak memfitnahkan orang lain, entah mana nak cari penyokong ?

Tapi, penyokong yang mudah terperdaya dengan fitnah UMNO ini sudah tentu orang-orang yang bodoh atau pun rencat otak.

Andre Irwan berkata...

Kalau dilihat cara penulisannya pun dah tahu makhluk ni tidak siuman dan tidak beragama. Kan dia kata Melayu yang pilih Teresa dan tiba-tiba kaitkannya dengan orang Islam pulak. Kalau Melayu Bukan Islam pun tak boleh terima zakat, abang atau kak ooiiiii.
Dalam bulan baik ni pun masih teruskan fitnah. Dah tentu tak puasa hari ni kot atau terlupa niat nak puasa atau .... Melayu mana ada puasa?????? Yang puasa ni hanya orang Islam aje.

Awanama berkata...

Kalau ada orang melayu yang mengatakan dia Islam, merembat duit zakat apacam kita nak panggil apa?

Awanama berkata...

Saya harap YB Teresa bersabar. Orang Islam memahami perkara ini. Kami langsung tidak mempercayainya. YB Teresa org baik, takkan buat macam tu. Saya percaya YB Teresa.

oranqtua berkata...

Cai cai umno memang selamanya bodoh. Dah tu pulak mengaku islam tapi.jahil murakap.
Kata ulamak islam dari 1000 orang islam.yang mati, hanya sorang saja yng masuk syurga. Dan kalau tanya cai cai umno dia akan jawab " yg sorang.masuk syurga sayalah"....huhuhu..sebab tu cai cai umno tak pernah takut buat dan sebarkan fitnah yang selalunya tahap bodoh gaban...