29 Jul 2013

[VIDEO] Pembantaian Di Mesir: Erdogan Kecam Negara Islam Lain Yang Terus Membisu


TTurki mengajak negara-negara yang berpenduduk Islam, dengan satu suara mengutuk kezaliman tentera Mesir. Perdana Menteri Turki Reccep Tayyip Erdogan, mempersoalkan negara saudara seIslam berdiam diri berhubung dentan situasi dan insiden politik yang melanda negeri Piramid tersebut.

'Hey, kalian yang Islam! Saudara-saudara kamu sekalian di Mesir sedang dibunuh. Keadilan dan hak asasi sedang disembelih. Dengarkah kalian semua? Melihatkah kalian semua? Sedarkah kalian semua bahawa darah saudara-saudara sekalian sedang ditumpahkan? Hal yang sama turut berlaku di Syria, ratusan ribu disembelih di negara itu, anda lansung tidak bersuara! Kamu semua masih berdiam diri, sampai bila? Tetapi jangan lupa, hal yang sama bakal berlaku ke atas kamu nanti" demikian kata-kata tajam Erdogan dalam satu ucapannya berhubung situasi terkini di Mesir seperti dikutip Anadolu Agency, Ahad (28/7).

Turki kecewa terhadap banyak pihak atas insiden yang terjadi di Mesir. Termasuk pada Pertubuhan Bangsa Bangsa (PBB) dan negara yang mengaku mengamalkan demokrasi. Menurutnya, (sepatutnya) tidak ada toleransi atas tindakan tentera di Mesir.

Pihak antarabangsa menurut Ketua Partai Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) itu tidak tegas berdepan dengan situasi di Mesir. Padahal, katanya, semestinya sebagai wadah dan negara pendukung demokrasi sudah sepatutnya melihat situasi di Mesir sebagai satu tindakan brutalisme.

Turki meminta agar pihak antarabangsa campur tangan. "Kami (Turki) tidak akan diam melihat situasi Mesir sekalipun jika pihak antarabangsa ikut membiarkan," ujarnya.

Insiden berdarah kembali terjadi di beberapa wilayah kota Mesir, Jumaat (26/7) dan Sabtu (27/7) waktu tempatan. Sekurang-kurangnya 120 orang dinyatakan terbunuh dan 4.500 lainnya cedera. Mereka yang terkorban akibat serangan peluru tajam.

Seramai 700 diantaranya yang tercedera masih menjalani perawatan di pusat-pusat kesihatan. Tentera dengan sepihak membubarkan aksi demonstrasi pendukung presiden yang di gulingkan Muhammad Mursi yang berkumpul di Masjid Rabaah al-Adawiyah dan Al-Nahda Square di Kota Nashr.

Wilayah ini memang menjadi pengkalan rakyat yang mendukung Ikhwanul Muslimin dan Mursi. Erdogan menilai tentera di negara itu sebagai pihak yang bersalah. Ungkapan itu datang dari tindakan tentera yang sepatutnya melindungi rakyat. - anadolu, al-jazeera, republika


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malaysia, bersuaralah. Jgn jd negara yg tiada pendirian. Jgn buat2 bisu dan buta!

Tanpa Nama berkata...

senyap saja la..duduk atas pagar..wal hal tak salah ikot sama membela saudara kita di sana

Tanpa Nama berkata...

Takut ke dgn yahudi? Klu kata negara ini berdaulat tapi takut dgn yahudi ada daulat pun x guna... Ada pemimpin pun mcm pondan2 semuanya.. sume cume tahu nak hurung duit semata.. Barangkali nak ckp pasal demokrasi pun diaorg dah kelu sbb demokrasi kat malaysia pun diaorg dah bg mampos.. Apa punya pemimpin da negara ni.. Duit..duit..duit..

Unknown berkata...

kan malaysia negara aman dan makmur, sebab negara kita belum lagi jadi kudis pada yahudi dan amerika lagi,

Monkey Code berkata...

Adnan Harun.....kau terus tido le, Malaysia aman, biar betul...tiap2 hari ada je yang kena tembak, tengok hari ni pun ada "pengasas AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi (gambar kecil), 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan".

Yahudi dan Amerika bukan ke penasihat Umno(melayu jenis mangkok hayun pro-yahudi)...bukan baru2 ni...dah lama,semenjak merdeka lagi.Bukan lagi kudis Adnan...DAH JADI CANCER STAGE 4...TAK BOLEH DI SELAMATKAN LAGI....MELAINKAN UMNO MAMPUS.