9 Jul 2013

[VIDEO] Akta Hasutan: Rakyat Kena Tipu Bulat-bulat Oleh Najib


Akta Hasutan: Najib didesak nyata pendirian

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak konsisten untuk memansuhkan Akta Hasutan.

“Sejak tahun lalu Najib menyatakan usahanya untuk memansuhkan akta ini digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional,” kata Nurul Izzah dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN.

Katanya, Najib dilihat bercanggah dengan pendirian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyelar pihak yang mahu akta tersebut dimansuhkan.

Zahid baru-baru ini berkata, pemansuhan Akta Hasutan menyebabkan agama Islam, kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan hak keistimewaan oang Melayu dicabar.

“Akta ini hanya senjata politik dan bukan alat untuk pelihara hak rakyat Malaysia. Jelas sekali Akta Hasutan akan menghakis legitimasi demokrasi kerajaan,” katanya.

Nurul Izzah berkata, undang-undang sedia ada mencukupi antaranya Seksyen 505 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mampu menangani isu yang menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Tambahnya, Akta Hasutan yang diwujudkan penjajah British pada 1948 mempunyai peruntukan yang menyekat hak perlembagaan dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Malah, laras, terma dan liputan bahasa yang digunapakai terlalu luas dan berpotensi disalahguna pemerintah.

“Kerajaan sewajarnya mengambil kira ‘kehendak rakyat majoriti’ dan ‘kehendak politik’ untuk memulihkan demokrasi. Bukannya mengambil akta anti demokratik,” ujarnya. -KD


Subramaniam: Mansuh Akta Hasutan cadangan Najib, Kabinet belum putuskan


Pemansuhan Akta Hasutan hanya cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Kesihatan tetapi belum diputuskan Kabinet, kata Datuk Seri S Subramaniam.

"Perdana Menteri ada hak untuk membuat keputusan kerana beliau pemimpin negara. (Tetapi) kita belum putuskan lagi. Kenyataan Perdana Menteri akan dibincang dan keputusan terbaik akan dibuat Kabinet.

"Jika akta itu menyekat kebebasan bersuara, kita perlu semak kembali," kata Ahli Parlimen Segamat itu ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Najib perlu membentang Akta Keharmonian Negara ke Kabinet dan menyuarakan pendapatnya jika mahu melaksanakan undang-undang berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ditemui di Parlimen pula, berkata akta itu penting bagi mengekang 187 kumpulan gangster di negara ini .

Shahidan berkata, kumpulan gangster itu mengupah peguam mewakili mereka jika dihadapkan ke mahkamah dan akta berkenaan perlu bagi mengekang gejala berkenaan.

"Mereka bebas ke sana-sini, malah ada peguam mewakili mereka. Adakah kita mahu mereka bebas seperti itu?" katanya kepada The Malaysian Insider.

Najib membuat pengumuman untuk memansuh Akta Hasutan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional, pada Julai 2012.

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya akta itu dimansuh tanpa memikirkan impak negatifnya.

Atas desakan pihak tertentu sebelum ini, katanya, kerajaan memansuh Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu menyifatkan pemansuhan undang-undang tertentu sebelum ini dilihat menjurus kepada peningkatan kadar jenayah.

Pemimpin pembangkang sebelum ini membangkitkan isu berhubung pemansuhan Akta Hasutan dan menggesa Najib menunaikan janjinya.
-TMI



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seorang cakap tak boleh mansuh sebab keistimewaan orang BERAGAMA MELAYU (puak UMNO) tergugat. Satu lagi cakap untuk kekang ganster.

Kekang Gangster???? Kalau lindungi gangster baru betul sebab gangster puak UMNO yang dah banyak kacau kesejahteraan rakyat diaorang tak kena tangkap oleh polis tapi pihak PR selalu kena tangkap atas akta ini.

So kesimpulan akta hasutan hanya akan memberi perlindungan kepada puak UMNO beragama Melayu supaya hak keistimewaan diaorang terjaga. So please tak payahlah cakap berbelit - belitlah wahai UMNO kami dah tahu dah niatmu yang sebenarnya.

anti telanjang berkata...

bukan tipu bulat2 tetapi ditipu dgn
TELANJANG BULAT NAJIB dan para konco2

Andre Irwan berkata...

Bila Zahid berkata,"pemansuhan Akta Hasutan menyebabkan agama Islam, kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan hak keistimewaan oang Melayu dicabar." Satu kenyataan yang amat bodoh dan dangkal.
1. Agama Islam tak perlu dilindungi dengan akta ni sebab Islam tu agama Allah swt dan memang dah sentiasa dilindung oleh Allah swt. Allah swt tak perlu perlindungan dari manusia terutama manusia durjana macam UMNO ni. Depa bukan melindungi tetapi merosakkan agama Islam itu sendiri.
2. Bahasa Melayu ... perlu tak dilindungi oleh akta ini sedangkan UMNO yang menganak-tirikan bahasa Melayu dengan memperkenalkan dasar PPSMI dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Dasar ini menyebabkan anak-anak Melayu terutama di luar bandar menjadi cempera.
3. Kedudukan Raja-raja Melayu ... no comment. Lebih baik aku berbincang pasal Raja-Raja lain seperti Raja Gopal, Raja Subramaniam, .. kan lebih baik. Kalau tidak, nanti mangkuk seperti Brahem Katak akan melenting. Satu soalan saja, siapa yang menghilangan imuniti Raja-raja Melayu ni? Bukan UMNO zaman Tok Det yang menghapuskannya? Waktu tu akta ni tidak digunakah untuk menahan Tok Det? Dasar munafikun.
4. Hak istimewa orang Melayu ... nak buat macam mana, ramai orang Melayu yang tak cerdik bila berbicara logik. Selalu lebih kepada sentimen saja. Hak istimewa ni untuk Melayu yang mana satu? ... Tepuk dada tanya iman, kata tok imam masjid aku.
Secara kesimpulan, bila puak munafikun @ UMNO ni bercakap, Melayu yang dimaksudkan ialah UMNO sahaja (termasuklah mamak melayu) dan bukan Melayu yang dok di luar UMNO termasuk PERKASA (kah kah kah ... itu yang Brahem Katak mengamuk tapi bagi aku, depa berlakon aje). Insaflah Melayu, pesan nabi agung kita bahawa manusia yang bijak tidak akan masuk lubang yang sama pada kali yang kedua.

Rachelle berkata...

This is fantastic!