14 Jul 2013

Lagi Ramai ADUN BN Mati Lagi Baik, Lagi Banyak Rumah Percuma!


TPM: Rumah 'durian runtuh' untuk penduduk Kuala Besut

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengambil kesempatan berkempen pada hari kedua pilihan raya kecil DUN Kuala Besut apabila merasmi majlis pecah tanah untuk pembinaan Pangsapuri Mampu Milik 4 Tingkat di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.

Pangsapuri yang bernilai RM 10.35 juta itu mempunyai 72 unit rumah tiga bilik.

Perumahan itu disediakan khususnya kepada penduduk di Pengkalan Atap, Besut yang dilanda di air pasang besar menyebabkan hakisan pantai dan membahayakan keselamatan mereka memandangkan ombaknya melepasi atap rumah.

Muhyiddin dalam ucapan perasmian itu menganggap pembinaan yang dibuat oleh kerajaan Terengganu sebagai 'durian runtuh' apabila memetik ucapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebelum itu yang menyatakan pangsapuri itu "mungkin diberi percuma", memandangkan mangsa tidak berkemampuan untuk memiliki dan membayarnya.

"Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh MB tadi. Mungkin nak bagi percuma kot.

"Ini agak istimewa, kumpulan yang terpaksa dipindahkan dari tepi laut dilambung ombak besar dan berlaku hakisan... Ini satu durian runtuh dan kita perlu mengucap syukur kepada Allah SWT.

"Ini inisiatif yang dilaksanakan. Dasar kita tidak membeza-bezakan orang miskin. Kita tidak abaikan orang susah, yang tidak terbela. Itu bukan dasar BN.

"Kalau ada pihak atau kumpulan tertentu kata dasar BN tidak selaras dengan kita nak cabar kerana, (dasar) perumahan adalah tuntutan agama, kerja amal dan diiktiraf oleh Islam," katanya.

Menurutnya lagi, soal kebajikan rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak bercanggah dengan Islam, malah Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempertikaikan kerja-kerja amal yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Sebelum itu, Ahmad Said dalam ucapannnya berkata kerajaan negeri memutuskan untuk memindahkan penduduk ke kawasan tersebut yang merupakan tanah kerajaan, malah, rakan-rakan mereka yang tidak mempunyai rumah juga akan ditempatkan di kawasan ini.

"Mereka ini miskin, kita tidak jual kepada mereka. Tuan-tuan boleh faham maksud ayat itu. Mereka mungkin tinggal percuma di rumah ini," katanya

Menurutnya lagi, 500 unit rumah lagi akan dibina di Kuala Besut dan menafikan majlis itu dibuat kerana pilihan raya kecil itu, sebalik ia telah dijadual lebih awal sewaktu bekas ADUN dan exco Datuk A Rahman Mokhtar masih hidup. -mk

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebab nk prk..mcm mcm janji ditabur...pi la buat janji kat tmpt adun bn dah menang sekarang ni..tabur lah janji kat sana...x payah tunggu adun bn mampos...adakah mampu bn laksanakan? hanya janji manis wahai pengundi2 kuala besut....

Tanpa Nama berkata...

72 unit saja mana cukup untuk penduduk Kuala Besut ? Kalau 1 ADUN mati dapat 72 unit, maka ADUN BN kena mati lebih banyak lagi supaya lebih ramai penduduk Kuala Besut boleh mendapat rumah free.

Tanpa Nama berkata...

Rumah yg dibeli keluar duit pun terbengkalai, inikan pulak rumah free sesen tak bayar? Reban ayam pun belum tentu UMNO nak bagi free. Napelah org2 melayu ni tak serik2 kena tipu berkali2 tapi masih caya kat UMNO.

Tanpa Nama berkata...

huh.. pecah tanah aje la... sure x siap projek nih. bila BN dh menang nanti tentu terbengkalai punye...

Tanpa Nama berkata...

Stadium yg menelan belanja ratusan juta pun boleh runtuh, inikan pulak flat yg dijanjikan percuma tak bayar sesen pun. Sesiapa yg dah jemu hidup kat dunia ni terimalah tawaran dari UMNO rumah flat percuma. Peringatan kpd sesiapa yg terpilih menerima flat free tersebut, sebelum berpindah diingatkan utk menempah kain kafan utk seisi kuarga supaya senang bila flat runtuh.

Tanpa Nama berkata...

Rumah free ke. Kalau dibina pun 5 tahun lagi Baru siap. Masa tu yg brjanji entah kemana. yang menunggu mati dulu. musim praya reban ayam pun boleh janji jadi mahligai.

BaDiN berkata...

Inilah nasib melayu sentiasa dipermainkan bangsanya sendiri.Janji Pru lepas belum lagi ditunaikan inikan pulak janji baru.Melayu sentiasa terlayu asik diperbodohkan dulu,kini dan selamanya.Nasib baik tak semua melayu termasuk dalam katagori bodoh,bangang dan sebagainya.Melayu Islam yang harus dimenangkan bukannya melayu sekular.Daulatkan Islam ,Melayu pasti selamat dan Melayu menang, Islam belum tentu selmat.
Wahai bangsaku sedarlah, kamu sentiasa diperbodohkan oleh bangsamu sendiri yang bergelar Umno.Janganlah jadi Katak Di Bawah Tempurung.
Dahulu idris pernah janji airport di Hulu Terengganu,Tapi hingga kini ianya masih tak kelihatan.Wahai warga Kuala Besut kamu adalah warga yang cerdik dan janganlah kecerdikan kamu diperbodohkan oleh Umno dan sekutunya.Ayuh 24hb ini Menangkan melayu Pas dan jangan sekali kali menangkan Melayu Umno.

Tanpa Nama berkata...

UMNO memang terkenal dengan kerja last minute maka hasilnya pun last minute juga, semuanya serba kekurangan dan lebih teruk lagi tidak menjadi langsung.

Tanpa Nama berkata...

Pangsapuri mampu milik @ kos rendah di Kuala Besut pada harga RM143,750.00 seunit? Makna bertambahlah lagi jutawan kroni umnu. Itu pun kira untung kalau kontrak diberi kepada orang Trengganu.