16 Jun 2013

Ustaz Azhar Idrus: Petisyen BN Kelakar


Kuala terengganu – Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar.

Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung ‘Haram jatuhkan kerajaan Islam’ yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran.

“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam.

Tidak boleh,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Meraikan Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), di Padang Hiliran, semalam.

Memberitahu petisyen BN itu disedari melalui laman sosial Facebooknya, Azhar berkata, sekiranya kenyataan dibuat cenderung mempengaruhi rakyat tidak menjatuhkan kerajaan Kelantan, mungkin BN boleh mempertimbangkan untuk menjadikan beliau sebagai alasan.

“Kalau (kaitkan) benda itu saya rasa bukan. Itu dalam al-Quran. Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata ‘jangan jatuhkan kerajaan Kelantan’ tetapi (saya) tidak kata begitu. (Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam,” katanya.

Mengulas lanjut, Azhar yang turut dikenali dengan akronimnya UAI sekali lagi menegaskan, apa-apa sahaja perkara yang berbentuk Islamik tidak patut dihalang dan haram sama sekali menjatuhkannya. -SH

4 ulasan:

bijak kancil berkata...

dulu kini dn selamanya ketuanya setan
krna lebih BAIK berkawan setan DARI
malaikat...jd pengikutnya terus diperbodohlembukan dan terus TOLAK DN
HINA ISLAM tp pada masa sama brbangga
kamilah JUARA TILAWAH,ISRA NIKRAJ DN
MAULIDRASUL,,,,disebaliknya SYIRIK pd
ALLAH dgn BERARAK BERHALA semasa
hari WESAK/THAIPUSAM

Amuraria berkata...

kaum abu jahil kot komen kat UAI ! loyar buruk parti sekutu apco arus jahiliah putar & seleweng fakta dari kitab Allah SWT ,LAHANAT SUNGGUH MEREKA! ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Apakah hukumnya merobohkan surau.

Tanpa Nama berkata...

Alahai OMNO, ambe kesian sunggoh kepada pengikut pengikut ajaran OMNO ni, kerana terlalu lama diperbodohkan oleh para pemimpin mereka, akhirnya zohirlah KEBODOHAN mereka itu.

Sumua oran kalu ada tahu ini Malaysia NAGARA ISELAM - siapa oran tarak caya kalu bole kasi tanyia sama mantang piem Tong Dogtor Mahataik, ini oran la dulu sudah cakap itu maciam kalu.

‘Haram jatuhkan kerajaan Islam’ Ustaz Azhar Idrus

Sapatotnya juak juak OMNO berterima kasih kapada Ustaz Azhar kerana perkataan itu memihak dan memperkukoh kerajaan dan Negara Islam Malaysia, tetapi juak juak OMNO nak saman pulak gara gara kalah mengundi. Alahai OMNO buat malu kampeni.

Sekiranya benar UAI akan dipanggil untok proses perbicaraan, maka Tong Dogtor WAJIB hadir sebagay saksi yang Negara ini ialah NEGARA ISLAM, kerana dia yang mengishtihar begitu suatu masa dulu. Tapi orang Melayu OMNO mudah lupa - nyanyok kot

Ni kawe nok ghoyat soo,
Oghe Nayu OMNU Kelate wakpo tok ghoyak cawange OMNU di Kelate banyok hok dok daftaa, nyo jadi HAREY, mogo demo tuh petubohe harey pah lagu mano nok gi mohkamoh, gatek pong weyjoh
Tu tok kiro hok demo buwi upoh ustad sepok keretah pondok geting wok tubik petuwo jatoh KAPEY wi undi ko PAS. Dio nyo bilo dok jadi ahli mejeleh petuwo, pandaa pandaa dok wi petuwo ko oghe. Buoh ni pat demo haloh ngundi, rakyat tok sey ko OMNU banyok wat KARU

Oghe samey dio nok samey
oghey samey ado "PRIMA FACIE"
Dio samey tok thau kepalo eko
Mulo haloh ngundi, pah tu haloh samey. Pah mu nok dudok mano?