8 Jun 2013

Hantu Altantuya Terus Buru Najib: Delegasi Mongolia Tuntut Jawapan Kematiannya


Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya

Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.

Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.

"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya.

Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?" ~mk

Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya. Sesuatu kesalahan yang walau macamana sekalipun cuba diselindungi dan ditutup, kebenaran tetap akan muncul.

Akan tetap ada mereka yang menuntut supaya keebenaran dan keadilan ditegakkan dan akan tetap ada mereka yang berani bersuara mendedahkan kebenaran itu.

Ingat, sebesar dan sehebat mana pun kuasa yang anda ada, ia samasekali tidak akan mampu melenyapkan kebenaran dan keadilan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hantu altantuya akan cekek dan bunuh najib ngan rosmoh. keh keh keh.

Tanpa Nama berkata...

dengan adanya talian terus ke Bukit Aman boleh repot mengapa polis dituduh membunuh Altantunya mesti ada sebabnya tolong jawab bukit Aman,kalau tidak ,2 yang tertuduh mesti mendedahkan mengapa dia membunuh,siapa mastermindnya,bagusnya juga idea PM mengadakan direct line ke Bukit Aman ni aman Malaysia.Tahniah PM.

Tanpa Nama berkata...

ingat kuasa ALLAH tidak tergugat, walaupun ada yg mengaku berkuasa dgn memenangi pilihanraya, ingat pilihanraya ALLAH TIADA MAKHLUK TERKECUALI. memang hadir nya kebenaran kebathilan akan terhumban. tunggu lah....Benar lah wahai GB,