11 Jun 2013

Harun Taib Tidak Faham Politik — Mohd Sayuti Omar


Kata Harun Taib beliau tidak setuju kalau himpunan diadakan untuk melakukan revolusi, sebaliknya dia setuju kalau himpunan secara aman dengan mengadakan ceramah. Kerana ujarnya cara itu pernah dibuat oleh Pas.

Kenyataan beliau ini seperti dia menarik balik kenyataannya sebelum ini yang tidak setuju dengan himpunan politik seperti Black505 bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak ada dan jahat. Justifikasinya untuk menarik kenyataan itu ialah kerana parti (Pas) bersetuju dengan himpunan Black505.

Semalam mesyuarat jawatankuasa Pas membuat keputusan semua ahli Pas diarah menghadiri himpunan Black505 pada 15 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Harun juga mengakui pendapat beliau sebelum ini yang melarang himpunan Black505 adalah pendapat peribadi. Walaupun Ketua Urusan Dewan Ulama' ini akur dengan kehendak parti tetapi alasan diberikan untuk membolehkan himpunan diadakan masih mengelirukan, ertinya bukan persetujuan 100 peratus.

Dia bersetuju kalau himpunan itu bukan untuk melakukan revolusi? Apakah Harun Taib ini faham atau tidak dengan politik? Atau beliau bercakap dari atas bendul rumahnya dan mengikut perasanya sendiri saja? Apakah politik yang beliau faham dan apaklah politik yang beliau tidak faham?

Siapa yang mentafsirkan kepadanya himpunan Black505 itu untuk menggerakan revolusi? Apakah dia juga faham dengan perkataan dan pengertian revolusi? Harun telah meletakkan dirinya dalam keadaan yang berat. Dia berfikir sesuatu yang orang tidak berfikir dan menganggap orang berfikir seperti dia fikir. Saya rasa Harun mendapat maklumat mengenai himpunan itu bukan dari partinya tetapi dari akhbar Utusan Malaysia dan wartawan yang sering menghubunginya.

Telatah atau cara Harun berfikir lari jauh. Ibarat berpakat hendak mengusung rumah, tetapi dia berfikir orang ramai diajak untuk meruntuhkan bukit dan mengusung batu bawa balik ke rumah. Pemahaman Harun dalam soal ini terlalu jauh sebenarnya dan menyekasakan dirinya sendiri. Percanggahan fahaman ini juga meroakkan reputasi beliau dan dewan yang beliau ketuai itu. Elok berhenti sajalah.

Baik juga rasanya kalau Harun Taib dimasukkan semula ke dalam madrasah politik yang realistik iani politik berasaskan fakta semasa bukannya politik berasaskan hukum agama. Pemikiran dan pemahaman seperti Harun inilah yang mencemarkan demokrasi dan merosakkan strategi politik Pas dan rakannya sebagai sebuah gerakan massa.

Orang seperti Harun sebenarnya tidak layak untuk mengulas mengenai politik. Ia bukan memberi kebaikan sebaliknya keburukan kerana ada pendapat dan kenyataanya kontra dengan keputusan parti. Ahli Pas pula jangan mudah menerima pandangan politik dari seseorang yang mendapat pendidikan tinggi dari institusi terkenal, atau digelar ulama tanpa diadaptasikan dengan politik semasa berdasarkan realiti.

Untuk pengetahuan Harun, Pakatan Rakyat masih menerima konsep dan prinsip demokrasi. Belum ada tanda-tanda untuk mereka melaikukan aksi revolusi merampas kuasa secara kekerasa atau pun meruntuhkan institusi raja. Cara Harun mentafsir sesuatu tidak ubah seperti dia metafsirkan keadaan dirinya yang hanya demam tetapi dirasakan sudah mengalami sakit jantung. Maka ubah yang diambil adalah untuk jatung sedangkan dia hanya demam saja. Sampai ke bila pun Harun tidak akan sembuh dan rasional.

Saya melihat orang macam Harun Taib ini bukan lagi membantu menggalakkan perjuangan Pas tetapi banyak menyusah dan membantutkan usaha pihak lain. Seelokknya menjelang muktamar ini Harun berundur sajalah. -msomelayu

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wa rasa. ini halun sama itu karpal n tungku azih itu elok buka parti balu 3 olang loh. nanti bole cakap bodo punya ayat maa. halun bole cakap macamane mau meniaga roti alab, karpal bole cakap macamane mau kasi saman driver teksi n itu azih bole jadi juri selbriti masterchef maa. itu parti mesti ramai olang from tampoi n tg lambutan mau ikut loh..ad betut ka...haiyya idup pun susah, mau mati lagi susah.

Tanpa Nama berkata...

Tonggong sangatlah orang PAS kalau masih kekalkan si auk ni dan yang sama perangai dengan dia. Hasan Ali dan Nasa nasib baik dah keluar PAS, kalau tak amat memeningkan keadaan. Bukan susah nak kenal pasti penyusah parti contohnya Din Ayam, Nik Abduh dan 2-3 kerat lagi, cold storage aje mereka2 dan jangan memandai-mandai keluar statement di luar Harakah. Selesai masaalah.

Tanpa Nama berkata...

SETUJU.....

Tanpa Nama berkata...

saya mengharapkan orang-orang PAS termasuk penyokong PAS supaya menghormati ulamak. Apakah kerana kebencian korang pada BN menyebabkan korang sewenang-wenang nya menghukum ulamak. Apakah martabat ulamak begitu rendah dalam PAS sehingga pandangan ulamak tidak perlu diambil kira.

Tanpa Nama berkata...

Setuju!!! kalau yang benggong, patut berhenti jer lah. kalau tidak nanti semua penyokong PAS orang kata "penyokong benggong", betul tak?

Tanpa Nama berkata...

Ust Harun Taib sebut istilah KALAU. Tolong faham istilah KALAU.

Ust Harun Taib (UHT) tidak setuju KALAU perhimpunan 505 adalah satu tindakan revolusi. Kalau ianya tidak, ayuh kita semua menyokong perhimpunan ini.

Dimana salah UHT jika beliau tidak mahu revolusi secara jalanan. Tolong hormat. Jangan jadi bodoh dan menyokong tulisan bodoh dari seorang yg bodoh tetapi berlagak mcm tidak bodoh iaitu sayuti al bodohi.

Adakah wajib menyokong perhimpunan ini sehingga kalau seseorang tidak menyokongnya menjadi dosa besar. UHT akur dgn keputusan PAS Pusat. Inilah cara seorang ahli PAS genuine. Beliau tidak setuju secara peribadi, tetapi wala dgn keputusan mesyuarat majlis pimpinan PAS utk menyokong perhimpunan ini.

Penyokong sayuti al bodohi kena sedar diri. Memang UHT tidak maksum. Tetapi anda lihat diri anda dulu. Berapa ribu hadis yg kamu hafal. Quran 30 juzu ada dlm dada ka? Berapa kitab arab dan melayu dah habis disyarahkan. Tahajjud berapa kali buat dlm seminggu?

TOLONG Hormat dgn ulama dan org soleh. Kalau nak menegur pun, biar kena dgn adab. Jangan KURANG AJAR mcm sayuti al bodohi.

Maaf saya guna bahasa kasar. Adakala paku 4 inci perlu dlm tarbiyyah.

Andre Irwan berkata...

Kepada Anon June 12, 2013 at 4:31 AM,
Kalaulah anda seorang yang berhemah, sudah tentu anda akan menggunakan nama dalam berhujah. Ini pakai anon, tahu apa tu anon, anu la tu. Anu yang keluar najis.
Aku tidak menafikan bahawa ulamak harus dihormati. Persoalannya ialah ulamak mana yang harus kita hormati? La ni di Malaysia dah ramai "ulamak" dah jadi "ular dalam semak". Kalau kita anggap UHT tu sebagai seorang ulamak, sudah pasti pertuturannya yang mana mantiknya mesti seiring dengan hukum alam dan hukum agama. Kalau selalu dok kata pendapat tu peribadi dan terlupa bahawa yang berhujah tu dianggap ulamak, sudah pasti ianya akan mengelirukan orang ramai.
Islam ajar kita menghormati orang lain termasuk orang bukan Islam. Kita harus sedar bahawa siapa yang harus kita hormati?????? Jangan pakai hentam ikut dan aja. Bila dah terkasar bahasa, bermakna kita ni pun ..... INGAT: BERBICARA DENGAN OTAK YANG WARAS.

sb dehlawi berkata...

Ada ulama pas yang tidak mesra dengan gabungan pakatan rakyat kumpulan ini sentiasa mengeluarkan pandangan bercanggah dengan pr. Tindakan mereka boleh dilihat melalui kenyataan akhbar utusan atau bh. Bila pr bising mulalah cari alasan bahawa pandangan itu hanaya pandangan peribadi. Tindakan mereka ini seperti dirancang bagi menggugat pr. Malah ada aku dengar cerita ada seorang ahli majlis syuara membuat cerita kononnya anwar menelefon 5 pemimpin pas supaya masuk pkr. Inilah agenda segelintir puak ulama yang terlalu dungu dalam perjuangan pas. Mereka ni sentiasa menjadi mata dan telinga bagi pihak bn. Kalau puak ini tidak dikawal maka tidak mustahil pru akan datang pas akan kehilangan penyokong bukan islam dan kalah teruk pada pru akan datang

abubenadam berkata...

Amat setuju dengan pandangan Anon 4.08pm,7.43am dan 9.45 am. Nak hormat dengan ulamak tu kenalah tengok ulamak macam mana.Kalau ulamak nak jadikan PAS sebagai PAS Ayam' tak perlu hormatlah.Ulamak yang hubul dunia gila nak jadi YB pun tak perlu hormat.Ulamak yang otaknya orang lain kuasai dan lidahnya orang lain pengaruhi pun tak wajar jadi pemimpin.Ahli-ahli PAS wajar buka minda dan mata jangan wala membabi-buta.Dulu ada 28 YB PAS diParlimen sekarang tinggal 23 dan Kedah pun dah ghuyub.Kalau tunggul-tunggul mati ni masih dipuja -puja dalam PAS pada PRU akan datang PAS akan jadi macam MCA aje.Komen ni tak ada kena-mengena dengan MSO tapi dari ahli PAS yang sudah sadar dan punya minda terbuka.Yang masih nak wala membabi buta , teruskan .

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn anon 4.31
depa yg dok caci ulama, klu tnya hukum tajwid pun xtau. rukunbsembahyang lg xtau. boleh blah laa... haprak punya orang...

Tanpa Nama berkata...

PAS tak boleh menang sebab adab ahli dan penyokong mcm hangpa. Tak reti nak wala pd pimpinan. Baru kenai ISLAM nak tunjuk pandai. Nak berjuang ISLAM konun... tiga jenis najis pun tak kenai nak kata kat ulama.

apa laa yg hangpa bodoh sangat. bayangkan bapak hangpa yg berjuang lawan umno dari hangpa belum lahir sampai dah besaq panjang. kemudian bapa hangpa kata, "aku tak sokong himpunan ini secara personel. hangpa nak pi sokong... pi laaa, aku takmau"

adakah hangpa suka dan hangpa sendiri nak maki org tua hangpa mcm kat atas. tentu hangpa suka org lain maki bapak hangpa mcm tu. dasar kurang ajaq punya budak. itulah yg akan dikatakan oleh bapak hangpa. betui tak?