5 Jun 2013

Apa Binatangnya "Red Bean Army" Itu?


Tuduhan “Red Beans Army’ dibiayai DAP terbukti bohong

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star didakwa menyiarkan berita yang tidak berasas mengenai 3,000 tentera siber “Red Beans Army” kononnya dibiayai DAP, bukannya berdasarkan fakta dan kebenaran yang sepatutnya menjadi pegangan wartawan akhbar berkenaan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, bagaimana mereka yang kononnya bergelar wartawan boleh bersekongkol mencipta penipuan mengenai 3,000 tentera siber “Red Beans Army” dibiayai DAP yang hanya wujud dalam imaginasi liar mereka.

Katanya, pembohongan mengenai Red Beans Army yang kononnya dibiayai DAP hanya sebahagian daripada jalan cerita yang lebih besar sejak Januari lalu untuk memburuk-burukkan DAP dengan pembohongan dan penipuan serta paling menyedihkan apabila terdapat bekas ahli dan pemimpin DAP yang bersedia untuk bertindak begitu hina dengan berbohong dan menipu untuk meneruskan agenda UMNO/BN.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, siasatan awal mendapati satu konspirasi yang dibiayai UMNO telah dilancarkan tiga bulan sebelum pembubaran Parlimen, 3 April lalu untuk memburuk-burukkan DAP, termasuk dongeng 3,000 tentera siber “Red Bean Army”.

“Mereka mendakwa DAP kononnya dengan bajet setinggi RM100 juta sehingga RM1 bilion sepanjang enam tahun lalu membiayai tentera siber “Red Beans Army” bertujuan membunuh karakter pemimpin UMNO/BN di ruang siber.

“Penyebar utama pembohongan “Red Bean Army” adalah media cetak milik UMNO/BN, termasuk Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star, baik sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum ke-13, pada 5 Mei lalu.

“Pembohongan dan penipuan mereka tidak menjejaskan DAP kerana tiada siapa yang mempercayai mereka – jika tidak sudah tentu DAP gagal memenangi 38 kerusi Parlimen dan 95 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRU ke-13 lalu,” katanya.

Menurut Kit Siang bagi menjustifikasikan pelaburan UMNO/BN ke atas mereka, mereka yang ingkar terhadap DAP itu meneruskan kempen penipuan mereka terhadap pemimpin DAP.

Katanya, sehingga kini, kepimpinan DAP mengabaikan mereka kerana tidak releven dan sekiranya mereka terus dengan pembohongan dan penipuan terhadap pemimpin DAP, maka mereka hendaklah bersedia untuk didedahkan kedurjanaan mereka. -Roketkini

Ulasan GB

Memetik tulis Ahmad Lutfi Othman di dalam FBnya:

Tuduhan 3,000 tentera siber Red Bean Army yang dikatakan didanai oleh DAP, apatah lagi dengan bajet sehingga RM1 bilion memang melucukan, anehnya Timbalan Ketua Polis Negara pun boleh memberi komentar dengan nada serius. Saya sendiri tak faham bagaimana rakan-rakan media bekerja di Utusan dll, yang memanipulasi isu ini semahunya.

Sebenarnya, Umno ini sering buat tuduhan kepada lawan politiknya berdasarkan apa yang sebenarnya dia lakukan ... Semuanya hanya ada pada imiginasi dia sahaja. Sampai bila dia nak dapat sokongan dan simpati berdasarkan siri pembohongan dan pendustaan?

7 ulasan:

Carlos Santiago berkata...

ada group page ke red bean ni. aku tak pernah dengar pun. tiba2 je macai umporno keluarkan group ni. silap2 umporno sendiri yg biayai.

Awanama berkata...

Salam. Di antara blogger yang menjadikan DAP sasaran mereka tetapi dengan 'pencerahan' yang sofistikated ialah Helen Ang di www.helenang.wordpress.com.

mendewa berkata...

Tak perlulah UMNO buang masa dengan "Red Bean Army" ini yang sememangnya di luar kepercayaan ramai.

Lebih baik fokuskan kepada Naib Ketua Pemuda PAS (MP Pasir Mas) yang sekarang ini sedang cuba membina populariti dengan 'menghentam' PR pasca PRU13. Berikan tempat yang seluasnya untuk lihat orang PAS beragenda UG menghentam PR. Mungkin sedang berkira-kira untuk bertanding Ketua Pemuda.

Amuraria berkata...

jangan hairan berita hairan ,utusan meloya ,new satan times & yang sepecacai dengannya ! ABU jangan lupa ! !

Awanama berkata...

Kumpulan Kacang Merah untuk ABC aka AisKacang

Andre Irwan berkata...

Aku memang setuju dengan Ahmad Lutfi. Puak setan yang dikenali memang dok bagi tau kat orang lain apa yang pernah dan sedang depa lakukan. Yang bezanya ialah pelakon utamanya dialih kepada DAP. Walaubagaimanapun, usah susah hati sebab "sahabat" setan yang dikenali akan mempercayainya terutama "Melayu" yang amat bodoh sekali. Dah kena tipu sekali, dua kali, tiga kali, .... berkali-kali sehingga jatuh tahap fasikun.

Awanama berkata...

hahaha ada rating pulak BERGUNAKAH YA, BIASA JER, TIDAK .. INI LAWAK LAH LAST LAST MINIT TAK ADA IDEA BUAT INI.. APA SALAH CINA SOKONG ANWAR DENGAN PAS?