1 Mei 2013

[VIDEO] 36,000 Pengundi Ragu Diterbangkan Dari Sabah ke Selangor


Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk membawa pengundi ragu ke Selangor melalui pengangkutan udara secara besar-besaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hujung minggu ini.

Dalam satu sidang media, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendedahkan beberapa senarai penerbangan berstatus ‘charter flights’ Malaysia Airlines (MAS) yang akan berlepas daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.

PR percaya rancangan penerbangan khas ini akan membawa lebih 36,000 pengundi yang statusnya diragui sebagai talian hayat terakhir Umno-BN untuk merampas Selangor dan kekal berkuasa di Putrajaya.

Pengundi-pengundi tersebut termasuk mereka yang yang lahir dan bermastautin di luar Selangor tetapi berdaftar sebagai pengundi Selangor dan pengundi yang bukan warganegara Malaysia.

“Kita juga percaya terdapat pihak tertentu yang mengawasi dan mengubah beberapa penerbangan khas itu daripada terus dikesan pihak kita.

“Sebagai contoh, pada 28 April, kita telah memantau di KLIA setelah menerima maklumat penerbangan tempahan khas MH 8601 akan mendarat pada pukul 6 pagi namun penantian sehingga jam 11.

30 pagi tidak mendapati sebarang pendaratan.

“Pemberi maklumat dalaman kemudian memberitahu bahawa jadual penerbangan itu telah ditunda kepada tarikh lain iaitu pada 1 Mei nanti,” jelas Jaafar.

Dalam pada itu, beliau berkata pasukan risikan PR akan terus memantau lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi serta Lapangan Terbang Subang di Subang.

Mereka kini juga sedang dalam pemerhatian untuk mengenal pasti tempat kediaman penumpang-penumpang penerbangan ini.

Selain itu, PR turut melahirkan kebimbangan dengan operasi membawa pulang anggota tentera Semenanjung daripada operasi keselamatan di Lahad Datu yang kini sudah memasuki hari ke-empat di KLIA.

“Ini jarang berlaku lebih-lebih lagi dalam jumlah yang besar dan kita bimbang jika operasi ini turut digunakan untuk mengangkut pengundi bukan warganegara untuk dijadikan pengundi kerana ini merupakan cara yang paling lancar dan mudah,” tambah Jaafar.

Sehubungan itu, PR meminta kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan tiada masa tambahan mengundi dibenarkan pada 5 Mei nanti.

SPR juga digesa untuk menggunakan daftar pemilih yang sudah diwartakan dan diberikan kepada parti-parti politik, bukan daftar yang lain.

“Kita sudah berbincang dengan SPR dan mereka telah berjanji untuk mengekalkan apa yang telah dipersetujui ini dan kita harapkan agar SPR tidak mungkiri perkara-perkara ini,” tegas Jaafar. -HD


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kena jaga2 jga kt airport Ipoh, Senai, Kuantan dll..mcm2 strategi daorg blh gunakan. Semua tempat kena ada perisik.

Tanpa Nama berkata...

tak apalah diaorang main tipu.....ingat ALAH SWT tak nampak ka......INSYAALLAH...kalau PR menang PRU 13.....mau dok tangkap dan bicara BOS SPR dulu.....baru dia tahu langit tinggi rendah...ni bagitau dia ALLAH lebih berkuasa dari segala tiap sesuatu....buat kerja tak ingat ALLAH.....kalau PR menang tahu la nasib hang macam mana....dia dapat title DATUK UMNO yang bagi...ingat pangkat DATUK boleh bawak pi kubuq kut.....sedaq la sikit...kalau tak sempat nak bertaubat baru hang tau di sana nanti.....

Tanpa Nama berkata...

Be End oh Be End, anda boleh buat apa saja usaha untuk membolehkan anda terus bernafas, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang dan tiada siapa yang dapat menentang kuasaNya.

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa orang kita juga perlu memantau dilokasi-lokasi sumber seperti lapangan terbang Kota Kinabalu, Sandakan dll. dan maklumkan segera agar maklumat dapat disebarkan seberape segera petugas2 di Semenanjung. Insyaallah dengan bantuan Allah tak mustahil perkara ini dapat diatasi dan seterusnya membawa kejayaan kepadaPR. Takbir...

Tanpa Nama berkata...

Lagi satu nak tambah,jadual pendaratan kapalterbang melalui screen blh d padamkan oleh KLIA,LCCT dan airport2 yg lain.nak cover line bro.semoga pemantauan yg berterusan d lakukan.d

Tanpa Nama berkata...

Rakam jer pakai kamera kat setiap pintu msk ngundi..bukti

Tanpa Nama berkata...

Pantau juga kat TUDM airport

Tanpa Nama berkata...

Marilah kita sama-sama berdoa
Ya ALLAH, Engkau HANCURKANLAH, Engkau LAKNATLAH SPR dan kuncu-kuncunya kerana mereka ini telah mengkhianati amanah rakyat dlm PRU13. (X3)

Mattamam berkata...

Ya Allah,hancurkanlah tipu helah mereka ini dgn kuasa mu..ya Aziz ya Jabbar ya Muntaqim

Tanpa Nama berkata...

kena keluar modal sikit pantau (monitor) siang dan malam semua lokasi, pada PRU dulu ramai yg kita pantau dan (detact)

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah Allah akan bantu mereka yang berjihad kejalannya..