24 Mei 2013

PR : Rakyat Jangan Tunduk Pada Umno-BN, Terus Perjuangkan Hak Berhimpun, Bersuara


Pakatan Rakyat hari ini mengutuk penahanan tiga aktivis dan pemimpin mereka yang mengkritik Kerajaan Persekutuan dan mempersoalkan keputusan pilihanraya ke-13, sambil menyifatkan tindakan itu adalah petanda buruk pentadbiran baru Umno-BN.

Mereka berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya meneliti bantahan terhadap keputusan PRU 13 dan mengambil langkah untuk memperbaiki kepincangan sistem pilihanraya.

Najib juga dikatakan harus terbuka terhadap saranan bagi mengadakan pilihanraya semula di dalam kerusi-kerusi di mana terbukti berlaku penipuan seperti pembelian undi dan kemasukkan pengundi hantu.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata penahanan tersebut bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri yang sebelum ini mahukan pendamaian nasional bagi menenangkan emosi

“Ini adalah petanda buruk bagi rejim baru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar,” katanya di dalam satu kenyataan media.

Hari ini, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengerusi Asalkan Bukan Umno, Haris Ibrahim dan aktivis Pas Tamrin Ghafar telah ditahan dibawah Akta Hasutan 1948.

Ketiga-tiga pemimpin itu ditahan selepas aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim didakwa di mahkamah hari ini atas dakwaan di bawah Akta yang sama.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali pula menyeru agar rakyat berdiri teguh dan tidak gentar untuk terus memperjuangkan hak mereka untuk berhimpun secara aman.

“Hak-hak ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan tindakan polis menahan aktivis-aktivis tersebut adalah satu usaha untuk menakut-nakutkan rakyat.

“Mereka cuba menakutkan kita. Kita mesti terus memperjuangkan hak dan maruah kita.”

Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu pula berkata kerajaan yang berkuasa sewajarnya bertindak lebih telus dalam menjawab persoalan rakyat dan bukannya menggunakan kuasa untuk menutup suara rakyat.

“Mereka sepatutnya menumpukan kepada penjelasan hal kepincangan yang berlaku dalam pilihanraya. Tentang pendedahan yang dibuat oleh orang ramai.

“Sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai segala kuasa menunjukkkan kuasa menghadapi rakyat itu sebenarnya kerajaan yang yang berada dalam keadaan yang panik,” katanya.

Manakala presiden Parti Socialis Malaysia Dr Nasir Hashim berpendapat penahanan tersebut dikhuatiri mencetuskan lagi kemarahan rakyat.

“Kalaulah mereka tahan lebih ramai lagi pucuk pimpinan mereka juga sudah sedia untuk lebih kejam lagi,” kata Dr Nasir yang tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi pemimpin Pakatan yang akan ditahan dalam masa akan datang.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BUAT APA NAK CERTA NAJIB.NAK CERTA NAJIB PATUT ITU DAN INI.TAK BOLEH NAJIB PEMBUNUH ALTANTUYA,PENGKHIANAT NEGARA DENGAN MENGARAHKAN SPR MENIPU RAKYAT JELATA.JUAL NEGAARA.MENANTU KAKI PENIPU.DAN BELBAGAI LAGI.SAMA SAMA LAH KITA DOAKAN MOGA MOGA BINATANG CEPAT GILA BABI AMIN

Tanpa Nama berkata...

Hala tuju Negara selepas PRU13 kelihatan sedang menuju kepada bentuk Negara Apathied seperti Afrika Selatan sebelum di tumpaskan oleh Presiden Nelson Mandela

TEMBOK PERPADUAN YANG DIBINA 56 DAHULU KINI TELAH ROBOH DIROBOHKAN OLEH UMNO SENDIRI HANYA SEMATA-MATA MENGIKUT KEMAHUAN REJIM MAHATHIR YANG MENIPU BANGSA MELAYU SEMATA-MATA BAGI MEREKA MENGEKALKAN KUASA DAN LEGASINYA

Jika ingin keadaan demikian tidak berlaku kita semua rakyat terpaksa bangkit laaa