21 Mei 2013

[GAMBAR & VIDEO] Terengganu Darul-Runtuh, Bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas Runtuh


Tiada hujan dan tiada ribut yang melanda, tiba-tiba Masjid Kampung Binjai Kertas yang terletak di Jalan Manir ke Kuala Berang yang siap dibina pada tahun 2007 telah runtuh sebahagian bumbungnya, seusai jamaah menunaikan solat Isya' pada Isnin malam 20 Mei.

Menurut saksi kejadian, dua keping atap masjid tersebut telah luruh, sekali sejurus selesai para jamaah menunaikan solat maghrib dan sekali lagi ketika waktu hampir solat Isya', sebelum ia runtuh sepenuhnya.

"selepas solat sunat Isya' tu, ada jatuh seali (lagi) gummm.....jatuh, selepas (kira-kira) dalam masa empat saat atau lima saat saat, brummmmm.......selalu, sekejap saja dalam masa (lebih kurang) dua.....tiga minit habis (runtuh semuanya),

"bahagian beranda.......kira-kira bukan ruang solat......bahagian luar yang tak ada 'carpet' (permaidani),"jelasnya yang tidak mahu dikenali.

Katanya, nasib baik kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian runtuh tersebut kerana katanya, ada dua orang ahli jamaah masjid yang keluar dari masjid beberapa ketika sebelum ia runtuh.

Manakala, kata beliau, ada seorang tua yang hampir-hampir ditimpa runtuhan itu apabila kejadian runtuh itu berlaku ketika beliau sampai di pintu masjid dan berundur semula semula apabila bumbung tersebut runtuh keseluruhannya. [Lihat Video]

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid ketika ditemui berkata, beliau sangat terkejut apabila mendengar kejadian runtuh itu.

Beliau yang bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat khabar melahirkan rasa sangat dukacitanya kerana kejadian itu berlaku di tempat awam, lebih-lebih lagi melibat masjid yang menjadi tempat ibadat kepada orang Islam.

"saya rasa sangat terkejut dan sangat dukacita.......... atas apa yang berlaku ini kerana ia melibatkan tempat kepetingan awam, lebih-lebih lagi (ia) melibatkan tempat ibadat orang Islam,

"sepatutnya tepat ini diberi keutamaan supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku,"ujarnya.

Beliau yang juga calon PAS bagi kawasan tersebut dalam pilihanraya umum kali ke-13 baru-baru ini berkata, kejadian seperti itu boleh mengakibat kehilangan nyawa orang ramai.

Walau bagaimana pun, beliau mengucapkan syukur kepada Allah kerana tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan yang berlaku pada kejadian tersebut.

Oleh itu, beliau menggesa supaya kejadian tersebut disiasat secara telus dan pihak yang bertanggungjawab mestilah dibawa ke muka pengadilan kerana katanya, tidak ada sesiapa yang didakwa dalam banyak kejadian seumpama itu, yang telah berlaku sebelum ini.

"saya berharap supaya kejadian ini disiasat dengan telus dan pihak yang bertanggungjawab samada (terlibat dengan) kecuaian, rasuah atau penyelewengan perlu dibawa ke muka pengadilan,

"kerana (sehingga) hari ini sudah banyak kejadian runtuh di negeri Terengganu tetapi tidak ada tindakan tegas diambil,"katanya.

Justeru, beliau berharap kejadian runtuh yang berlaku di Masjid Kampung Binjai Kertas itu adalah kejadian runtuh yang terakhir dan satu pengajaran mestilah diberi kepada mereka yang terlibat dengan kejadian itu.

Menurut satu kertas laporan senarai projek dalam pembinaan dalam daerah hulu Terengganu pada 17 Februari, 2008 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu, pembinaan Masjid Kampung Binjai Kertas itu dijangka siap pada Mac 2008 dengan menelan belanja sebanyak RM1.4 juta. -Buletinonline








7 ulasan:

Amuraria berkata...

bila penyangak memerintah kroni buat duit ! khazanah negara & rakyat lingkop ! terima kasih pada spesis 'nfc' yang melantik parti sekutu apco perintah !

puspawangi berkata...

THANIAH TERENGGANU!!!

orangpencen berkata...

dato seri al ahmadi al-runtuhi, tak nampak ke lagi kesannya bila manusia mula sombong sampai tak ingat Allah. kuasa di dunia ini hanya pinjaman, bila bila boleh Allah tarik balik. perintah la negeri mengikut ugama dan bukannya mengikut nafsu.

liamsihaisa berkata...

keruntuhan bangunan di terengganu bermula dengan robohnya masjid bujal satu ketika dulu. adakah ia satu kebetulan atau natijah dari meruntuhkan rumah allah

مهمد شفاريز berkata...

Beribu ribu tania....terengganu berjaya...(lagu mic)

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah jin-jin Besut nak menyusahkan Kerajaan MB binatang Zoo sana sini, dahlah sibuk dengan memelihara berbagai Gajah Putih, kamu jin-jin tak habis2 bikin taik roboh-rebah.

Tanya JKR, Bencana Alam tak semestinya kerana hujan atau ribut, tsunami atau gempa bumi. Dalam kitab teknikabel JKR, Bencana Alam ialah sesuatu kejadian runtuh disebabkan oleh jin, mambang, hantu atau syaitan kerana memang tiada sebarang kesilapan manusia akan ditemui. Kalau adapun bukan calang2 manusia, makhluk asing. Cuba google perkataan sama erti dengan Runtuh, kamu akan dapat Stadium Sultan Mizan.

Tanpa Nama berkata...

mesjid Kristal bila nak rutoh?
Kalu rutoh molek gok, sebab situ orang dok wat jemaat
Orang wat bazey je