17 Apr 2013

TERKINI: Maaf Bukan Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, Tetapi ....


Laporan GB sebelum ini menyatakan Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh menyertai PAS rupanya tidak benar.

Walaupun terkaan GB mengenai "ciri" hirarki tertinggi di parlimen seperti yang disebut oleh Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub itu benar iaitu bekas Speaker Dewan Negara, tetapi orangnya tersilap.

Hasil siasatan GB, rupa-rupanya laporan akhbar yang menyatakan orang berkenaan adalah bekas MB dari utara itu adalah tidak betul.

Dan setelah membuat beberapa penyelidikan lanjut, sebenarnya orang yang dimaksudkan itu ialah Tan Sri Adam Kadir.

Beliau merupakan presiden pertama Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (Pakku) yang ditubuhkan pada Mac 2010. Beliau merupakan bekas Yang Dipertua Dewan Negara (13 Jun 1995 - 30 November 1996) .

Adam Kadir menerima ijazah Undang-Undang Perdagangan dan Korporat dari Universiti London.

Beliau pernah dilantik sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam Kumpulan Pernas, Ahli Dewan Rakyat, Setiausaha Parlimen dan sebelum itu sebagai pegawai di Bank Negara dan akhirnya mencapai kemuncak sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

Beliau juga menjadi ahli Jawatankuasa Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

GB lebih yakin jawapan kali ini adalah betul.

Apa-apa hal pun kita tunggu nanti 22 April ini untuk pengesahan penyertaannya ke dalam PAS seperti yang disebutkan sebelum ini:
Kedua-dua Tan Sri ini akan menyerahkan borang keahlian pada 22 April depan secara serentak, dua hari selepas penamaan calon. Menurutnya, satu sidang media khas akan diadakan memandangkan kedua-dua Tan Sri tersebut akan turut turun padang membantu PR dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). “Kami menerima dengan tangan terbuka. Penyerahan borang akan diserahkan di sini (di pejabat Pas Pusat). “Tetapi, pengumuman besar-besaran akan dibuat di Shah Alam (Selangor) pada sebelah malamnya, iaitu semasa ceramah Pas di sana,” katanya kepada Sinar Harian di pejabat Pas Pusat, di sini, semalam.

Kepada semua GB meminta maaf di atas kesilapan tersebut yang berpunca dari kesilapan laporan akhbar terbabit dan maaf juga kepada Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.

Kepada Tan Sri Muhammad Taib dan Tan Sri Adam Kadir, kami menga-alukan penyertan Tan Sri-Tan Sri berdua bersama-sama rakyat di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebenar di pengakhiran hidup kita bila sudah mendapat hidayah bAllah maka bersyukurlah bahawa Allah amat menyayangi kita, suatu tindakan berani dan ada marwah diri, PAS sebuah parti berintegriti yg mememntingkan dunia dan akhirat, setiap kerja buat kita akan di hisab..Tahniah kpd Tan Sri2, jawatan dan hebat serta se kaya mana kita adalah hak Allah.

Tanpa Nama berkata...

Semuga PAS bertambah kukuh dan meningkatkan imej Pakatan Rakyat (PR ).

Tanpa Nama berkata...

Tak mengapa memang sifat seorang manusia selalu melakukan kesilapan. Jangan jadi macam orang dari cap dacing yang anggap dirinya macam tuhan. Sampai silap pun tak mahu mengaku.

cdinkb berkata...

tentu PAS bersedia bagi pembaharuan Malaysia.