11 Apr 2013

Dulu Najib Takut Bubar Parlimen, Kini Takut Umum Calon BN


Lembu-lembu BN ini pun bengong untuk meneruskan kerja
tunggu pengumuman calon BN
..

Banyak pihak yang menaruh harapan dan teruja untuk mengetahui senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana diuar-uarkan media, menjadi hampa apabila ia tidak menjadi kenyataan semalam.

Antiklimaks, begitu kesimpulan yang boleh digambarkan terhadap harapan mereka untuk mengetahui siapa yang akan ditampilkan BN sebagai calon-calonnya untuk pilihan para pengundi pada 5 Mei nanti.

Bagi pihak berkepentingan, terutamanya bakal-bakal calon, penantian penuh debaran mereka nampaknya akan hanya berakhir dalam beberapa hari lagi.

".... belum selesai. Akan diumumkan beberapa hari lagi," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kepada pemberita selepas program perjumpaan Pengerusi BN Bersama Jentera Pilihan Raya Parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Najib, yang juga Penerusi BN berkata proses memuktamadkan senarai akhir calon parti itu masih belum selesai kerana pelbagai faktor perlu diambil kira dan dipertimbangkan dengan teliti sebab BN hendak mengukuhkan peluangnya untuk menang pada PRU-13.

Seorang individu yang mengaku namanya antara yang disebut-sebut akan menjadi calon berkata beliau sangat berharap Perdana Menteri akan membuat pengumuman itu hari ini namun akan tetap bersabar sehingga mendapat kepastian mengenai perkara itu.

Penulis dan rakan-rakan sekerja yang juga pengundi berharap Najib akan segera membuat pengumuman itu untuk mengetahui calon-calon BN di kawasan masing-masing kerana ia sekali gus dapat melenyapkan khabar angin yang bertiup kencang berhubung nama-nama yang akan menjadi calon di kawasan pilihan raya masing-masing.

Pada perjumpaan hari ini, Perdana Menteri menjelaskan kepada jentera pilihan raya BN bahawa penentuan kerusi dan calon parti itu adalah proses yang kompleks kerana pelbagai faktor perlu diambil kira.

BN, kata Najib tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu sambil meminta anggota BN memahami hakikat bahawa objektif pilihan raya kali ini bukan semata-mata terpilih menjadi calon, sebaliknya membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri. - Bernama

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apalah yg takut sangat ni ??? kalah menang adat pertandingan...x bersedia utk kalah...mengadap Agong semula mohon pilihanraya ditangguhkan atau diharamkan..

Tanpa Nama berkata...

org tggi iman...takut nk jd pmimpin dn x tawar diri....ada puak bgaduh nk jd pmimpin

Pakcu Rantau Panjang. berkata...

Pakcu senyum sendirian bila baca blog tuan dan lihat foto lembu yang dok bawah khemah dacing tu...agak-agak siapa jadi lembu dan siapa yang dilembukan ?

Dalam perjuangan politik masing-masing mempunyai strategi dan tektik masing-masing. Jadi usah mudah bercakap nanti habuk pun tarak.

Pakcu nak cakap satu saja ..Pakcu bukan Nujum Pak Belalang tapi PAS Kelantan dah tak sedap duduk macam PRU 12 dulu apa lagi.Ramai yang celek mata dah. Kawasan Gua MUsang dan Machang dah panas punggung weh.....dan ada waris PAS dari PKR kena cabut lari dan ada juga orang PAS sendiri nak masuk calon bebas.

Betul tidak kita tunggu PRU 13 nanti..so siapa yang penakut sebenarnya ?

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya Lembu Lembu yang tidak ber sekolah , jauh dari matang sebaik nya di aqiqah kan.

Ketahuilah pemimpin yang benggap tahap lebih rendah dari Lembu hanya layak untuk tinggal di pekan , bukan nya bandaraya.

Tanpa Nama berkata...

To Pakcu Rantau Panjang...kwek kwek kwek...bla bla bla...membebel ka ko sorg2 pakcu...hahahaha...hati tgh gabra la tu...XD...

Tanpa Nama berkata...

lembu ni,

Tanpa Nama berkata...

to pakcu rantau panjang...yang jadi lembu tu pakcu...dan yg diperlembukan...pakcu jugak...kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

tah tah pakcu ni papagomo ala ala lembu nfc gitu kottt, ngaku jelah

Tanpa Nama berkata...

Najib tak payah susah-susah nak umumkan calun-calun BN.Yang ada dalam khemah,dalam gambar diatas,sudah cukup untuk tubuhkan kabinet.

kg senduk bukit gantang berkata...

pakcu baguslah kalau kamu dah celik mata.... melihat rasuah2 pemerintahan sekarang bermaharaja lela.... jgn dipandang sangat perebutan kerusi parlimen atau adun.... bagi kami sesiapa yg perintah kawasan kami memilih mereka yg boleh menjaga rakyat.... bukan memilih yg jaga temolok sendiri.... tak nafikan negara kita masih aman... tapi pakcu tahukah berapa byk hutang luar negara malaysia dan berapa byk pemerintah rompak wang rakyat... pakcu bykkan membaca dan selalu2 lah hadir kuliah,,,, ustaz2 pun ada ilmu dunia dan ilmu akhirat.... insyaallah sama2 lah kita menuntut ilmu pd yg berilmu.... ilmu kearah kebaikan.... bukan ilmu kehancuran