21 Apr 2013

Arnoud van Doorn, Politikus Belanda Yang Anti Islam Akhirnya Memeluk Islam


Mantan anggota Parti Kebebasan, berhaluan kanan dan berfahaman anti-Islam di Belanda, Arnoud van Doorn, telah mengejutkan banyak pihak dengan pengumumannya memeluk Islam baru-baru ini.

Van Doorn yang juga merupakan rakan karib kepada pemimpin parti itu, Geert Wilders, sebelum ini pernah mengakui dia telah keluar daripada parti tersebut pada penghujung 2011.

Menurutnya, dia mahu melakukan perubahan dengan mewarwarkan keputusannya kepada dunia melalui pengucapan kalimah Syahadah yang dimuatnaik di laman Twitter miliknya.

"Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah," katanya dalam laman sosial tersebut.

Van Doorn juga mengumumkan dalam bahasa Belanda bahawa dia ketika ini 'memulakan kehidupan baharu sebagai seorang Islam.'

Dalam wawancaranya bersama Al-Jazeera.net, van Doorn mengesahkan berita mengenai tindakannya itu.

"Sesiapa yang kenal saya secara dekat boleh membuat terkaan terhadap keputusan saya. Lebih setahun saya menperdalami Islam melalui buku dan ceramah.

"Ramai yang terkejut dengan keputusan ini, terutama mereka yang tahu mengenai pendirian anti-Islam saya," katanya.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas dia menperdalami Islam tanpa paksaan.

"Kita semua pernah melakukan kesilapan. Namun, saya melihat setiap pengalaman hidup ada sebabnya yang tersendiri dan pengalaman saya sangat berkait rapat dengan keputusan saya lakukan," katanya. - AGENSI


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika bnr2 memeluk ISLAM kamu adalah saudara kami...smuga ALLAH mbri ptunjuk kpd pmimpin MELAYU BN kmbali kpd ISLAM...kami myokong pimpinan Pas yg cintakn ISLAM..dn sokong PR untuk keadilan.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!!!

Belajar dan mendalami Islam kemudian masok Islam adalah bijak kerana memgenal Islam melalui pendidikan serta Hidayah dari Allah SWT.

Ramai umat umat Islam hasil dari beranak sebsgai Islam bsnyak gagal mendalami Islam sehingga hidup menongkat langit.... Gila kan dunya sehingga mentaliti Ketam Dalam Bakul hidup dalsm diri mereka.

Hasilnya umat umat sedemikian jadi bshalol dan DUMB.

Tanpa Nama berkata...

jika umno betul2 memperjuangkan islam... menegakan hukum islam.... melaksanakan pentadbiran kerajaan mengikut islam ...nescaya tiada parti pembangkang ....

Tanpa Nama berkata...

Ia mengingatkan kita seorang sahabat Rasullulah S.A.W. yang mula - mula menentang agama Islam dengan kuat sekali. Apabila dia mempelajari dan mula memahami agama Islam dia yang mulanya penenang no.1 kepada agama Islam bertukar menjadi penentang orang Quraisy. Orangnya Saidina Umar Al - Khattab.

Alhamdulilah, Semoga sebahagian sifat Saidina Umar ada pada diri beliau dan menjadi penentang Yahudi Laknatullah pada masa akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Dia sudah kena Syaitan jadi tak dapat beza baik dengan buruk ! Dunia ini semakin dikuasai Syaitan menyebab banyak keganasan berlaku