11 Mac 2013

Bukti UMNO Memang Pandai Bersandiwara, 35 Ahli UMNO Sertai UMNO


PAS Kawasan Setiu menganggap laporan kemasukan ahli PAS ke dalam Umno adalah drama sinetron biasa disiarkan setiap kali menjelang pilihan raya umum (PRU).

Demikian ditegaskan Naib Yang Dipertuanya, Dr Azman Ibrahim yang merujuk laporan akhbar hari ini kononnya 35 ahli PAS dari Cawangan Tok Dor dalam Dun Jabi diketuai seorang bernama Ali Bakar menyertai Umno.

“Plot ceritanya sudah basi, dan skripnya sudah hilang daya tarikan. Kesian kepada yang ditipu dan tertipu,” ujarnya yang juga Pengarah MTD Jabli kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau hanya memohon mereka mengemukakan dua perkara mudah sahaja sebelum mengulas lebih lanjut.

Yang pertama, katanya mereka perlu menyatakan nombor keahlian PAS, parti sesat yang didakwa oleh Ali Bakar yang telah disertainya selama 20 tahun.

“Yang kedua, beliau ahli PAS cawangan mana lantaran agak pelik masakan di sebuah kampung seperti Tok Dor yang dikategorikan bersaiz kecil, jawatankuasa PAS Cawangan Tok Dor tak mengenali beliau malah tak pernah bersua sebelum ini.

“Hairan bukan?” ujarnya.

Jelasnya, 35 ahli PAS cawangan Tok Dor menyertai Umno bermakna akan terbubarlah cawangan tersebut sedangkan pada malam sebelumnya, beliau menghadiri satu program di UPU Tok Dor yang disifatkan berjaya.

Tambahnya, tiada angin dan ribut pun tentang kemasukan ahli PAS ke dalam Umno.

“Ramlan dan mereka yang menjadi dalang di belakang kerja bodoh ini, sila kemukakan dahulu dua perkara yang diminta tadi.

“Kegagalan bermakna kamu adalah penipu dan pemutar belit fakta yang tak boleh dipercayai,”
katanya.

Sehubungan itu, tambah beliau ini bermakna lebih tepat dinamakan majlis itu sebagai 'Majlis Ahli Umno Masuk Umno'. -HD

Ulasan GB

Memang bingai puak UMNO ni. Taktik primitif yang digunakan.

Samalah dengan media-media pencacai yang melaporkan.

Mereka ingat rakyat masih bodoh dan mudah diperbodohkan!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cemerlang, gemilang dlm temberang dulu kini dan akan selamanya. Tak ada skrip lain ka...

Tanpa Nama berkata...

UMNO - Untuk Mereka No Otak. Apalah punyai bingai, sinetron dulu kini dan selamanya, bila tiba p/raya. Carilah cerita lain , macam , ahli UMNO telah kembali ke jalan yang sebenar kerana telah sesat ,sebab selama ini berkeyakinan 'hanya UMNO sahaja boleh beri makan minum kpd rakyat malaysia'. Cukup2lah buat lawak bodoh ni, bangang , cerdik tak boleh nak diikut , bodoh ..............

Tanpa Nama berkata...

si bahalol akan tetap dengan agenda bahalolnya.

muka muka pun gaya bahalol tahap mat rempit.

"welcome to bahalol club yeah"

bila agaknya nak berubah dan matang akal fikiran mereka ini sebab kurangnya minat membaca dari kechik kechik dulu.

Tanpa Nama berkata...

calon drama terbaik 20I3