28 Mac 2013

Menteri-Menteri Bebal Ini Bangga Bergambar Dengan Seorang "Penjenayah" -updated


Polis sahkan Papagomo disabit kesalahan rasuah

Polis hari ini mengesahkan identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dirujuk sebagai Papagomo dalam saman Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, sebagai bekas anggota yang pernah disabit kesalahan rasuah.

Mengikut kenyataan media pada paparan facebook hari ini, Azri pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang antara 1 julai 2002 hingga 30 Novemnber 2004 sebagai seorang konstabel, sebelum ditangkap.

Azri kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya pada 31 Oktober atas kesalahan jenayah yang tidak dinyata dalam kenyataan berkenaan.

Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, menyatakan Azri sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.

Dalam kenyataan yang ditandatangani Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene, Azri dikenakan prosiding tatatertib yang menyebabkan beliau dibuang kerja berkuat kuasa 6 September lalu.

Kandungan kenyataan itu seolah-olah polis tidak mahu dikait dengan aktiviti blogger pro-Umno yang kerap dikait dengan paparan lucah khususnya memfitnah Ketua Umum KEADILAN.

Kenyataan berkenaan juga menerangkan kedudukan Azri sebagai pengundi pos secara ‘panjang lebar’ selepas penamatan perkhidmatan sebagai anggota polis.

Pada 21 Mac lalu, Anwar memfail saman RM100 juta terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan perbuatannya menyebar video seks palsu yang terbit dalam blog Papagomo 16 Mac lalu.



Ulasan GB

Enggang sama enggang, pipit sama pipit - "seorang penjenayah saja yang akan bersama penjenayah yang lain"..

Menteri-menteri termasuk Najib tersenyum riang seolah-olah berbangga dapat bergambar dengan penjenayah yang bernama papagomo itu. Kerana papagomo banyak membantu mereka dan UMNO dalam kerja-kerja menabur fitnah terhadap Anwar dan pakatan Rakyat.

Apatah lagi hampir kesemua menteri-menteri berkenaan adalah terdiri mereka yang buta IT. Jadi dilihatnya "kepakaran" papagomo menggunakan IT menghasilkan tulisan dan video fitnah bagi memburukkan pembangkang sebagai satu aset berguna untuk mereka.

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Papagomo PASTI hancur binasa walaupun dikelilingi menteri dan pendana menteri. Hanya menunggu masa dan ketikanya kecuali beliau bertaubat nasuha.








13 ulasan:

Awanama berkata...

Beliau juga salah seorang
Winnable candidate untuk um no Dalam PRU 13
Antara tempat yang mungkin Bee Ant letakannya sebagai calon ialah melawan 2 Penjuru Dengan datuk husam musa
Atau pun DSAI
Tapi mengikut popeye go more dia lebih berminat menentang LGE...
Berita di petik dari auta son Malaysia

kg senduk berkata...

hahahahaha pemimpin akhir zaman ditipu oleh penjenayah.... itu lah akai pemimpin akhir zaman... dah tak tau nak pikat hati rakyat... patut PRU12 lagi hangpa dah bungkuih... tak apa nanti kita repair balik penjara pudu.... lepaih dah siap kita sumbat ramai2 family hangpa... biaq dok beranak pinak dlm kandang besi ....

Awanama berkata...

ha ha ha
papagomo, dah jadi polis tapi terlibat dgn jenayah, rasuah.

dah jadi blogger, fitnah dan tak bertanggungjawab.

baik kau berhenti jadi org laa lagi baik.

Awanama berkata...

papakedana ni begitu rosak perangai nya sbb tu pemimpin2 umno suka sgt dgn dia, org2 yg rosak lebih layak utk berkwn2 dgn umno..sama2 dah rosak boleh jd ngam2 antaranya

orangpencen berkata...

memang menteri umno majoriti nya bodo..bukan tok wan yg kata, madet yg kata. sebab tu depa tak suka pi masjid, tapi dok lepak dgn perasuah....alahai umno Ku........

Awanama berkata...

HANYA SERIGALA BERKAWAN DENGAN SERIGALA
TENOK DENGAN TENOK
ITULAH HAKIKATNYA........

Awanama berkata...

Elok sangatlah papagomo pnyamun brkawan pula dgn para2 prompak..2x5.

Awanama berkata...

Alhamdullillah !!!!!

Tanda tanda kehancuran puak puak DUMBNO telah jelas muncul.

Moga2 Rakyat Jelata buka mata hati dan memilih kebenaran.

Jangan;ah jadi bahalol se umur hidup.

Awanama berkata...

penjenayah berkawan dengan penjenayah.

Awanama berkata...

sebaik-baik aku tk penah dapat ambk gambar ngan mana2 menteri... heran aku, penjenayah mcm ni senang pulak ye?

Awanama berkata...

Tak masuk penjara ke papagomo ni?

Awanama berkata...

Papagomo penjenayah dan pakar pemfitnah. Kaki kelentong tahap tongtahi.Penjenayah sememangnya setia dengan UMNO/BN. Kalau orang baik2 mana boleh tahan dengan BN.

Awanama berkata...

Gambar paling bawah tu seolah2 mereka tu adik beradik, tak pun sepupu sepapat haha