12 Mac 2013

Hentikan Segera Bayaran Ufti Kepada Kesultanan Sulu - Karpal Singh


Peguam Karpal Singh berkata kerajaan harus segera menghentikan bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang mendakwa diri keturunan Kesultanan Sulu.

Karpal berpendapat bayaran itu adalah suatu kesilapan terutama selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan berkata keturunan Kesultanan itu tidak mempunyai locus standi bagi menerima bayaran berkenaan.

"Hanya kerajaan Filipina mengambil beberapa langkah dalam membuat tuntutan ke atas hak wilayah Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), namun selepas lawatan rasmi bekas Presiden Ferdinand Marcos pada lewat 1960-an dan perlakuan pentadbiran selepas beliau, mereka sudah mengetepikan tuntutan itu.

"Ini boleh dilihat dengan jelas daripada tindakan kedua-dua kerajaan yang bersetuju mempertingkat hubungan diplomatik daripada status konsulat kepada duta, (yang membuktikan bahawa) kemerdekaan Sabah diiktiraf kerajaan Filipina," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Karpal juga berkata beliau bersetuju dengan pendirian tegas kerajaan yang tidak mahu berunding dengan penceroboh dan penggunaan kekerasan bagi mengusir mereka dari Sabah.

"Pasukan keselamatan tidak seharusnya membenarkan sebarang kesilapan keselamatan selanjutnya dengan bertindak segera menghapus segala unsur ekstremis yang mungkin masih wujud di Sabah," katanya. - Bernama



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bayar Ufti lagi kepada sultan Sulu yang sudah menghantar pemberontak Philipines ke Sabah?? Ini bermakna UMNO menaja pemcerobohan di Sabah secara tidak langsung mengesahkan isu pencerobohan di Sabah satu sandiwara sahaja. Kenapa?? UMNO yang taja secara tidak langsung apa tidaknya.

Jom berjihad pada PRU akan datang. Jangan beri peluang parti Pengganas cap Dacing dari memerintah Malaysia demi selamatkan tanah orang Islam dari diambil pemceroboh Negara Kristian Philipines. Ingat Philipines juga salah satu negara pergerakan FREEMASON terbesar di asia tenggara (Check buku pasal FREEMASON jika tak percaya). No way kita serahkan Sabah kepada negara FREEMASON.

Tanpa Nama berkata...

saya perati dah banyak tabung wira lahad datu yang dikutip sana-sini...
satu perkembangan yang baik...

cuma, takde ke pihak yang nak membantu, rakyat sabah yang terlibat dalam konflik ni. macam penduduk di tanduo, di tanjung labian, tambisan, yang tak dapat keluar cari rezeki, kebanyakan nelayan di situ tak dapat turun ke laut menangkap ikan, yang kediaman mereka kena bom ke...

PR patut bela nasib mereka ini!!

Tanpa Nama berkata...

Dan jangan lupa bantuan juga perlu dipanjangkan kepada keluarga mangsa2 tembakan dalam semak. Yang menembak dah dapat pelarasan gaji baru dari bn sebagai upah, abis yg kena tembak tu apa hal? Hatta kalau yg ditembak tu orang Sulu takdak ic sekalipun apalagi kalau mangsa tembakan adalah penduduk tempatan Sabah yang bersembunyi kerana ketakutan.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
Dan jangan lupa bantuan juga perlu dipanjangkan kepada keluarga mangsa2 tembakan dalam semak. Yang menembak dah dapat pelarasan gaji baru dari bn sebagai upah, abis yg kena tembak tu apa hal? Hatta kalau yg ditembak tu orang Sulu takdak ic sekalipun apalagi kalau mangsa tembakan adalah penduduk tempatan Sabah yang bersembunyi kerana ketakutan.

MARCH 12, 2013 AT 3:04 PM

knp nk salahkan pihak tentera,sedangkan kwsn tu sdh disenaraikan sebgai kwsn larangan utk org awam, smua pnduduk berdekatan sepanjang 2 km sudah di arah keluar ke penempatan yg di sediakan, jd klu ikut kan penduduk kg mmg dh xde kt kwasan tu... klu xtau jgn ckp, sye pn salah seorg penyokong pr, tp sye bce smua perkembangan psl lahad datu ni,

Tanpa Nama berkata...

Aku pernah bertugas sebagai kakitnga felda digugusan felda sahabat ni beberapa tahun lepas. Ada orang tempatan dan ada tausug disitu. Kehidupan mereka amat daif sekadar cukup utk hidup seharian sahaja. Namun bukanlah semuanya begitu. Dari segi maklumat pula kebanyakan drpd mereka tidak tahu apa2 selain drpd lingkungan kehidupan mereka serta pekerjaan mereka sahaja. Dengan kata lain mereka ini boleh digolongkan sebagai simple folk. Jadi kita yg ada macam macam dan terdedah kpd pelbagai perkara ini janganlah terlalu berkira sangat. Dimana rasa kemanusiaan kita? Hidup ini sementara sahaja dan sementara hidup inilah peluang buat kita semua utk berbuat kebajikan sesama insan. Semua yg berlaku itu bersebab kerana dunia ini Darul Asbab.