Presiden Anak ‘diserang’ di Felda Sungai Tengi
Persiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, beliau `diserang’ oleh kumpulan yang didalangi Umno ketika baru hendak memulakan ucapan di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi.
“Samseng-samseng berkenaan membaling botol air, kerusi, kun dan objek lain. Mereka juga menumbuk dan menendang unit amal PAS.
“Suasana tegang berlaku di Felda Sungai Tengi malam kelmarin. Samseng Umno kacau ceramah. Saya baru beri salam, tiba-tiba hampir 100 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.
“Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit supaya saya keluar dari tapak ceramah. Alhamdulillah, petugas keselamatan dan Unit Amal dapat mengawal suasana dengan baik,” kata aktivis peneroka Felda itu ketika dihubungi hari ini.
“Oleh kerana, samseng-samseng tidak mahu beredar dan bimbang keselamatan hadirin, ceramah di batalkan.
” Mazlan berkata, sebagai warganegara Malaysia, apa hak mereka tidak benarkan saya berucap.
“Menjerit-jerit memaki hamun dan desak saya meninggalkan majlis,” katanya lagi.
`Apa hak mereka’
Beliau juga memberitahu, bahawa laporan polis telah dibuat oleh YDP PAS Kawasan Hulu Selangor.
Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, Mazlan berkata, kumpulan berkenaan sejak 2 petang lagi membuat sekatan untuk menghalang beliau masuk kawasan berkenaan.
“Apa hak dan kuasa mereka, mereka bukan polis. Program ini mendapat kebenaran polis.
“Tetapi saya diberitahu oleh penduduk setempat, sebahagian besar orang luar dan saya yakin mereka diupah untuk buat kekacauan dengan alasan saya menghuruharakan masyarakat Felda.
“Ketika di atas pentas, saya terdengar mereka berkata, orang lain boleh masuk tetapi kami mahu Mazlan keluar (dari Felda).
“Mereka kata saya bawa fitnah,” tambahnya lagi.

Ceramah Anak di Felda Teloi Timur disekat lagi
Ceramah Anak disekat lagi!
Kali ini disekat di pintu masuk Felda Teloi Timur. OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.
Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!
Sekali lagi hak bersuara dinafikan. Saya kesian tengok peneroka Felda Teloi Timur. Tanam semula dah 3 tahun tak siap, hutang sara hidup bertimbun, kami datang nak membantu, disekat pula.
Pengkhianat yang merompak harta peneroka seperti Isa Samad disanjung, manakala Anak dan Pakatan Rakyat yg membela dan mempertahankan hak peneroka dihalang dari menyampaikan maklumat.
Saya dan Sanusi, Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah sempat berucap atas Hilux sebelum membuat laporan polis di IPD Sik.
Alhamdulillah, walaupun ahli PAS dari Sik dan Baling yang datang lebih ramai dari samseng jalanan tajaan Umno; kami tetap sabar.
Kita tinggal beberapa bulan sahaja lagi menawan Putrajaya. Kalau hampir 5 tahun boleh bersabar dengan berbagai ujian dan provokasi Umno, takkan tinggal 2 hingga 3 bulan tidak boleh menahan sabar. Berundur bukan bererti kalah, tapi berpandangan jauh dengan agenda lebih besar setelah menguasai Putrajaya!
Simpati dari warga Felda akan diperolehi. Gelagat samseng jalanan dirakam. Sebagaimana di Felda Sungai Tengi, laman sosial dan media baru menunjukkan aksi-aksi hodoh para samseng ini.
Manusia yang waras tak akan menyokong samseng jalanan ini.
Sesungguhnya, kita bukan jadi kuda tunggangan DAP; tapi samseng jalanan ini sedia diperalat oleh Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad!
Pemimpin Umno seronok beri arahan, dok dalam bilik aircond; peneroka dan generasi 2/3 jadi korban. -gayapeneroka
Kesian sungguh...
3 ulasan:
sek2 beruk makyei x pakai otak... xabih2 isu kalimah Allah... xpuah hati tanya pemimpin hampa la umno/bn sbb apa yg benarkan di sabah & sarawak... bodoh kecik2 tak mau mampiuh bila besaq otak bingai... majlis syura PAS dah keluar keputusan... lg pn cina, india dll dah lama dok sebut kalimah Allah ni dlm lagu negeri masing2 knp x bangkitkan isu ni dulu lg zaman aku sendiri pn blm dilahirkan di dunia ni... hai bangsaku bila la nak merdeka klu x berubah dok mundur tera tu menteri2 kaya raya bangsanya xleh pikir kena ampu menteri utk dpt sedikit rezeki Allah pd hal kuasa di tangan sendiri menteri2 umno/bn yg kaya raya ni sebenarnya hamba rakyat tp mereka rakus melahap khazanah negara utk kroni 55thn merdeka pn dok tera tu... menteri2 bangsa lain depa pandai kekuatannya melalui perpaduan kerjasama yg berpanjangan kukuhkan perpaduan tetapi bangsaku dok aim peluang nak cantas, kerja2 org lain utk kepentingan diri cthnya mcm ni la pada hal xdak apa pn org nak bg ceramah x paksa suruh mai pun yg hampa nak halang pasai pa hampa buat la pulak ceramah patahkan kata2 pembangkang, merdeka bebas bersuara... aduhai bangsa ku
Sebenarnya puak2 ini bukan marah sebab kalimah Allah. Solat pun ade yang tinggal kut! Yang marah sangat tu bukan ape sebab kesedapan dapat BR1M dan rasuah-rasuah menjelang pilihanraya. Takde pulak mana-mana individu berkaliber nak simpulkan bahawa pemberian menjelang saat-saat pilihanraya adalah RASUAH POLITIK... Ini jenis manusia-manusia yang sangat "mengenang budi" bagi je RM50 atau RM100 lima tahun atau sepuluh tahun sekali BN letak khinzir jadi calon pun boleh menang!
bodoh punye puak2 umno nih...korg jgn sebok2 la kenapa xpertahankan isu kalimah allah,pokok pangkalnye hukum allah tu,kamu jaga ke? sembahyang 5 waktu? leher pun berantai,tgn pun bergelang. mana mazhab kamu ikut ni? jaga sembahyang kamu dulu,baru kamu pertahankan agama kamu kalau org itu menentang hukum allah,kalau kamu mati waktu tu insyaallah syahid,klau kamu memperjuangkan isu kalimah allah kerana umno,kerana dibayar..wallahua'lam mati kamu itu..
Catat Ulasan