14 Feb 2013

[PANAS] Deepak Bom Najib Lagi: Rosmah Guna Ilmu Sihir & Bomoh

Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan bomoh untuk menguasai pentadbiran kerajaaan termasuk mengawal kontrak Kementerian Kewangan, kata ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Rosmah guna ilmu sihir untuk menundukkan suaminya, Najib, kata Deepak.

“Rosmah juga menggunakan ilmu sihir terhadap musuh politik, malah menggunakan bagi ‘menundukkan’ suaminya, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak juga mengakui bertanggungjawab membayar dan membawa bomoh berkenaan untuk bertemu Rosmah apabila diminta berbuat demikian.

“Saya yang bawa bomoh itu ke rumah Rosmah di Kuala Lumpur, menyediakan hotel penginapan, tiket perjalanan, malah nombor akaun bomoh itu pun saya ada,” katanya.

Beliau berkata, Rosmah juga menggunakan bomoh berkenaan untuk ‘menundukkan’ sebahagian pemimpin Umno BN yang dirasakannya perlu bagi kepentingan sendiri.

“Bomoh itu digunakan untuk orang akur atau perlu diakurkan. Saya sendiri saksikan upacara perbomohan,” katanya tetapi enggan menjelaskan butiran lanjut.

Deepak juga mengakui memiliki bukti berbentuk gambar, nama, alamat, bayaran berkaitan penggunaan khidmat bomoh yang bakal dimuat dalam buku keduanya.

Beliau yang diketahui umum rapat dengan Rosmah sebelum ini hingga menganggap isteri Perdana Menteri itu sebagai ‘kakak’ bercadang mendedahkan butiran lengkap melalui buku berjudul ‘Black Rose 2.0: Black Magic Women.

’ Katanya, buku setebal 47 halaman itu yang dijadual dimuat naik ke internet mulai 16 Februari ini, bakal memapar kecenderungan Rosmah terhadap amalan ilmu hitam.

“Gambar upacara ilmu hitam itu juga dimuatkan dalam buku berkenaan,” kata Deepak.

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang meminta supaya Najib tidak melayan pendedahannya, Deepak berkata:

“Mereka boleh tak pedulikan saya tapi mereka tidak boleh nafikan kebenaran dan hukuman tuhan.

Saya simpati pada Najib sebab ada isteri sejahat itu,” kata Deepak. -KD

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kata ulama kalau kita terima berita daripda orang fasiq, kena periksa dulu. Saya rasa apa yg di ceritakan oleh Deepak ni jangan dipedulikan sangat. Kena lawan umno dengan fakta.

Tanpa Nama berkata...

ape punya betina neh?siap bomoh-bomoh?tak takut dosa ker?

Tanpa Nama berkata...

Ni mesti kow kow punya bomoh, sebab tu najib jadi tongong, madey jadi nyanyuk dan semua menteri jadi lembu. Tapi mcm biasa benda bathil ni tak kekal, insyallah tak lama lagi tertonggeng la si gemok pendek tu sebab semua mahkluk di bumi dan langit melaknat dia. Tanda2 dah nampak dan masanya Allah dah tentukan.

Tanpa Nama berkata...

Pelik juga bila lihat muka Najib nampak tua dan letih.Rambut Rosmah pula semakin keras, hitam &kembang namun ada kanak2 Tadika terkezut.Rakyat dah tak selera dah tengok poster Najib dij/raya2.Akan jatuh tergolek digolekkm oleh rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Since yang mendedahkan ini adalah saudara deepak bukan beragama Islam, I kena tunggu dulu buku black rose 2.0 keluar + pengesahan daripada orang Islam sendiri baru i boleh menilai cerita deepak mengenai black magic ini. So no komen buat sekarang kerana melibatkan hal akidah.

Tapi kalau sudah disahkan oleh pemimpin beragama Islam dari PR selepas disiasat dan benar dakwaan tersebut, maka UMNO mesti ditumbangkan pada kadar ASAP pada PRU akan datang sebab ini mengesahkan lagi UMNO adalah penyebar agama sesat no.1 di Malaysia kerana mengalakkan ahlinya terlibat dalam black magic.