3 Feb 2013

[ISU NASHA] Hendak Kekal Dalam PAS Tapi Ikutlah Adab Berjemaah

Nasharudin: Saya akan kekal dalam Pas

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota Pas untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.

Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Pas berkata, statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti.

"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.

"Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bandar Bukit Mahkota, Kajang di sini.

Isnin lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota Pas walaupun dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas, dan Nasharudin juga tidak disenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13.

Nasharudin berkata, beliau menyertai Pas kerana parti itu dahulunya sentiasa konsisten memperjuangkan isu Islam.

"Mutahir ini dilihat kepentingan politik itu diambil kira terlebih dahulu.

Ia semakin melampau apabila semakin menghilangkan identiti Pas sebagai parti yang sentiasa konsisten memperjuangkan Islam, malah mula menenggelamkan suara akar umbi yang mahu perjuangan Islam itu di depan," katanya.

Mengenai pemecatannya daripada Majlis Syura, beliau berkata: "Saya akur dengan keputusan majlis itu, tetapi sehingga kini selepas lebih dua minggu saya hanya mengetahuinya melalui media tanpa apa-apa surat rasmi.... saya juga ingin tahu apa status keanggotaan saya sekarang."

Ditanya adakah pemecatan beliau dan tindakan tidak meletakkan beliau sebagai calon Pas pada PRU13 berkait dengan golongan 'parasit Pas', Nasharudin berkata, pendirian Pas tentang sesuatu isu kini melanggar dasar utama parti hasil perbuatan parasit itu dan tidak menolak kemungkinan pemecatannya memudahkan usaha 'pelanggaran' itu.

Mengulas tindakan beliau mengikut lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dan Makkah tidak lama dahulu sehingga menimbulkan kontrovesi di kalangan penyokong pembangkang, Nasharudin berkata, tindakan itu adalah perjuangan untuk membela nasib umat dan agama Islam.

"Ini adalah sumbangan saya untuk negara, tidak kira Umno, BN (Barisan Nasional) atau Pas, sekiranya ada peluang bagi saya membela nasib umat Islam dan memperjuangkan Islam, saya akan ambil.

"Pihak Umno dan BN menerima pendirian saya ini dengan tangan terbuka, mereka tidak kisah saya orang Pas. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Nasharudin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau menerima habuan daripada Umno dan BN untuk berpaling tadah sambil menegaskan perjuangan Islamnya tidak boleh dijual beli.- Bernama

Ulasan GB

GB rasa keputusan Nasharuddin itu dapat diterima oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS malah kita mengalu-alukannya.

Akan tetapi, apabila kita membuat keputusan untuk bersama dengan jamaah, berarti kita sepatutnya menerima hakikat bahawa:

Dalam hubungan 'amal jama'i setiap ahli hendaklah jelas akan konsep tanzim kita dan keperluan kepada konsep ketaatan kepada keputusan jemaah. Kerja kita di sini adalah kerja yang dihasilkan dari konsep syura dan bukannya pandangan individu.

Seseorang anggota yang telah beriltizam dengan sesuatu organisasi Islam / jamaah itu hendaklah mengekalkan keiltizaman dan kedudukannya tanpa tergugat oleh mana-mana sebab atau situasi yang boleh menyebabkan ianya keluar dari organisasi Islam/jamaah tersebut.

Jangan pula mudah terpedaya dengan habuan kesenangan dan merajuk lantaran kerana terpengaruh dengan situasi dan persekitaran terutama oleh nilai kebendaan.

Sebagai pengajarannya, kita dapati para sahabat di zaman Rasulullah saw tidak sedikitpun berganjak dari kebenaran Islam walaupun terpaksa menerima berbagai ancaman dan azab yang tidak terperi.

Mereka yang memimpin organisasi Islam/jamaah tidak pernah luntur keiltizaman mereka walaupun terdapat beberapa kepincangan di dalam organisasi atau jamaah tersebut. Mereka tetap berusaha memperbaiki dan memperteguhkan kelemahan yang sedang dialami oleh organisasi/jamaah dan bukan menggunakan kesempatan itu untuk menyerang jemaah disamping berbaik-baik pula dengan mereka yang selama ini diketahui sebagai "syaitan yang dikenali".

Renung baik-baik firman Allah swt ini:

“Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati dan satu perjalanan yang dekat dan senang nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata ” Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang - orang yang berdusta”. (Surah at-Taubah:42)

29 ulasan:

Amuraria berkata...

Jemaah oh jemaah ! Teringat USTAZ Md Nur Maulana di ASTRO ISLAM ITU INDAH , ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Nasharudin, kalau nak memperjuangkan Islam tak usah kekal dalam PAS. Anda boleh masuk UMNO. Bukankah UMNO selalu mengatakan hanya UMNO saja dapat mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Islam? Perangai hang ni bail tinggal PAS dan masuk UMNO. Kamu boleh mendapat pulangan lumayan dengan menjual agama dalam UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Jangan jadi duri dalam daging.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Ustaz Nasharuddin boleh mendiami dua alam, benarkan dia.

Kebolehan tinggal di dua alam memerlukan kelicikan yg tinggi, supaya yg dikejar dapat dan yg dikendong tak hilang; kepala tak cepat botak, perut tak cepat buncit, muka tak cepat kembang, mulut tak cepat renyok.

Ia merupakan sendiwara pakar Melayu Islam moden. Berapa lama boleh bertahan, kita tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

Knp perlu masuk UMNO baru leh perjuangkn Islam. PAS skrg ni dh tunggang langgang... nk pertahankn Islam? Ckp sape pn boleh. Yg nk tengok adalah perlaksanaan. Nk buat hudud, smpi hari ni x buat2. Dh tu lak tukar ke negara kebajikan. Lupakn hudud. Tolong la...sudah2 la... ckp x serupa bikin. Yg asyik ulang2...ABU. OK la. Kafir perintah negara pn ape kisah. Org liberal perintah negara pn ape kisah. Asalkn bukan UMNO. Idiot btl.

Tanpa Nama berkata...

ustaz nasha diperakui keilmuannya (sbb tu diLANTIK dlm majlis syuro). jika ulama tak boleh bsuara thdp kpimpinannya, maka siapa yg nak nasihat pemimpin. contohi lah akhlah imam as syafie, imam ahmad dan AKHLAK RASULULLAH. tafsirlah islam menurut al quran dan sunnah. kita marah puok SANA, kita pun nmpknya dah mcm diorg (sptmana blaku d tganu 1999). mngkn benar PAS akan ganti UMNO dlm ertikata yg buruk. nauzubillah.

Carlos Santiago berkata...

aku mah ding dong isu nasha ni..xberani buat statement..tapi hopefully xderla sampai berpecah belah..

Tanpa Nama berkata...

dia lebih sayang Najib Altantuya dari TGNA yang hidup sangat sederhana

Tanpa Nama berkata...

Iblis biasa kawan dengan iblis, malaikat berkawan dengan malaikat, nak bersama Syaitan yang di kenali? jangan pura-pura..

Tanpa Nama berkata...

macam Ibrahim Ali, perangai katak..

Tanpa Nama berkata...

Menentg idealogi umno lebih sukar dr menentang kafirin dan lain2nya tambahn lg mrk berkuasa.. Batasan bentuk penentgn kpd umno ttp ada krn mrk masih mengaku islam.. Mengetepikan umno bukan bermakna ketepi islam krn islam tdk tletak pd umno dan ia berdiri sendiri. Apakah dgn maksud kecairan itu boleh menjadi pekat semula jk kamu cenderong kpd mereka?.. Tiada kecairan dlm erti kata islam yg sebenar jika berlaku melalui syura dan ijtihad yg berpegang dgn tali Allah.. Ilham sebegini inshaAllah dtg drp Allah jk kita terus meminta petunjuknya tambahan ia berlaku dlm persetujuan para ulamak. Negara Kebajikan ke negara islam ke apa sahaje olahan baru adalah dtg dr majlis syura bkn individu..Bg sy kita berada di medan peperangan idealogi jadi mgkn lebih byk ijtihad lg diperlukan utk memastikan islam menang.. Idea besama PR skrg mgkn tdk akan kekal lama jk focus slps ini adalah negara islam pula dsbgnya..tdk mustahil juga jk slps ini DAP adalah musuh pas tp itu adalah perjuangan generasi akan dtg pula.. Pas tampak berusaha gigih kearah itu tp halangan semasanya bkn
dr kafirin tp dr rakan bangsanya sendiri yg punya ajenda2 tsendiri..Apa yg saya harapkan adalah bumi Malaysia ini tdk akan sunyi drp perjuangan para ulamak dr satu generasi kpd satu generasi rugilah kita jk tdk turut serta tp lglah rugi jk kita menentang sebarang suara islam krn pasti Allah tdk akan mmbiarkn buminya sunyi dr suara islam...wallahu 'alam.

Tanpa Nama berkata...

orang UMNO memang bodoh, tiada otak, nak laksana hudud bagaimana kalau tak kePUTRAJAYA(Kerajaan Persekutuan), kami pelajar IPT belajar undang-undang, bahalol punya UMNO, walaupun mak bapak kami UMNO, kami dah kempen sokong Pakatan Rakyat

acop Melaka/Phg berkata...

bila bn hilang 5 negeri lps PRU 12, timbulkan pelakon2 putarbelit @ ezam kotak..brahim katak..lps tu zul kulim..ikutkan hassan kayu jati..kini skrg nasha plak timbul..Allah mencerahkan dan membersihkan PR dr org2 kelam ni..dihati nya condong ke umno aje.Lps PRU 13 ni InsyaAllah semua mereka dan seumpamanya akan terus terbenam dr politik diMalaysia kerana khianat terhadap kwn2 PR yg lain..

Tanpa Nama berkata...

Nasha ini angkoh dan bongkak masih tidak sedar diri dan terus menghina anggota PAS lain. Sikap ini ada di dalam UMNO dulu kini selamanya.

Janganlah cuba membahalolkan orang jika sendiri telah bahalol.

Melayu Melayu....masih ramai bahalol yea.

Tanpa Nama berkata...

Tnggu dan lihat p.13 dah dekat.dia akan becakap belah mna.

Tanpa Nama berkata...

Jangan di simpan ular tedung ini lagi lama lagi banyak RAHSIA dan STRETEGIK pakatan akan di salur ke BN

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullahalazim...masih xnampak kah yg kalau islam tu diperjuangkan-jgn kata bangsa melayu aja-seluruh alam akan sejahtera?

Tanpa Nama berkata...

anwar dah lama dalam UMNO, buat Bank Islam, Universiti Islam akhirnya bila kuat pengaruh kena fitnah liwat pula oleh UMNO, mahathir...

Tanpa Nama berkata...

nasha nak cuba terjun dengan labu-labu UMNOnya, biarkan... biarkan.....

Tanpa Nama berkata...

kembalilah kepada islam, buangkan UMNO yang lebih 50 tahun perintah negara tapi tak mahu islam yang syumul

Tanpa Nama berkata...

aku sokong anon 3:01 PM,
macamana nak laksana HUDUD jika kerajaan persekutuan tak bagi, mahadet yg larang siap ugut lagi.

bodoh, tu lah dengar sgt berita tv3suku dan utusan meloya, tak mau fikir dan baca dr sumber lain. benda simple pun tak paham2.

Tanpa Nama berkata...

Kata dalam jemaah tapi bertindak " one man show"..maklumkn dan minta lah pandangan kepimpinan parti sebelum nak ikut rombongan Najib, dah tau sgt PAS dan PR lawannya BN dan umno...lebih baik tubuh parti sendiri atau tubuh NGO sendiri je..

Tanpa Nama berkata...

tentukanlah kedudukan anda dlm wadah mana yg menjadi pilihan anda,jgn jadi duri dlm daging, gunting dlam lipatan, pimpinan PAS telah menunjukkan jalan keluar, lebih baik menentang secara terang terangan, cukup lah apa yg anda lakukan dan tunjukkan selama ini. Pergi lah dan bersamalah Najib dan UMNO.Bantu lah BN agar meneruskan legasi pentadbiran kroni dan rasuah serta menjalankan hukum Islam mengikut citarasa sendiri tanpa merujuk Al Quran. biar kan PAS dgn pimpinan ulamak yg ada, anda patut muhasabah diri. jgn kerna imbuhan dunia anda jual maruah anda.

Tanpa Nama berkata...

Memang betul...ASAL BUKAN UMNO kerana umno parti khurafat yg menyesatkan jutaan org Melayu Islam dgn ideologi sekularnya.

Tanpa Nama berkata...

Org panggil meeting kau tak datang...bila dah kena tendang..membisu...tapi bila tau x der peluang calon dalam UMNO baru kau tergadah...baru bising tak dapat suratlah..hanya tau dari medialah...poket kau kembung...kau senyap sorang2....aku nak gak sikit...

Budak longkang berkata...

Mamat sorang ni pling bijak dlm semua ahli syuro pas.walaupun yg lain ikut keputusan mesyuarat,dia sorang jer lwn n x ikut.dasat hang nie.jumhur pun ley kao lwn.dlu kao yg beria sgt bentang tahlluf siyasi pebagai.skrg hampeh.blah la kao.kawan la dgn abg hassang mu yg sgt motivasi lg hihuhuhuhuhuuuu pkar wat sedih konon akulah paling akidah sekali.blah blah blh

Tanpa Nama berkata...

Harap TGNA cadang pecat keahlian nasha ni...nti mcm2 dia ckp kt media umno,biar kluar dr pas ,ape dia ckp lps tu x menyakit kn ati ahli2 pas yg lain..keutuhn akar umbi bkn terletak pd pemimpin yg dolakdalih cmni..

The Seven Thing berkata...

nasarudin mat isa dah guna dialog hasan ali...ini dialog lama hasan ali sblm di ceraikan oleh pas...

Tanpa Nama berkata...

ustaz nasha...masuk umno je la.

Pihak PAS pun akan menerima pendirian ini dengan tangan terbuka, mereka tidak kisah saya orang UMNO. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.