2 Feb 2013

[EDISI HIPOKRIT] Ini Apasal Guna Murid Sekolah Sambut Menteri?


Jangan politikkan bidang pendidikan - Najib

TUMPAT 20 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan.."

murid2 sekolah dan cikgu2 ni patut berada dalam kelas...belajar! -fb

Yang Ini Lagi Parah!


SAMBUT NAJIB!!! 1000 pelajar sekolah menengah diwajibkan hadir



Esok 3hb Febuari 2013 DS Najib Razak akan melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan dan Sek Men Kebangsaan Taman Dato' Haron Petaling Jaya, Selangor, sempena PROGRAM KESUKARELAWAN-" MY BEAUTIFUL MALAYSIA" yang akan diadakan di padang sekolah berkenaan.

Untuk menanmpakkan agar program ini nampak meriah kerana menyambut najib Razak maka seramai 1,000 murid dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5, dikerah datang secara paksa oleh Pengetua sekolah berkenaan.

Sambil mengugut ianya termasuk dalam silibus pendidikan kokurikulum peringkat kebangsaan dan diambil kira untuk permarkahan dalam penilian kukurikulum PAJSK.

Jadi tidak hairanlah kalau majlis yang dihadiri Najib Razak nampak ramai yang memberikan sambutan.

SUDAH KANTOI!!!!! WAKENA BEB!!!! TEMBELANG SUDAH MELETUP!!!!OMAK KAU
-omakkau

Ulasan GB

Hipokrit... tetapi UMNO terpaksa berbuat demikian... jika tidak menteri termasuk PM akan jalan sendirian....

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang lain tak mahu ikut...inilah gulungan sasaran yang bolih di guna pakai dari dulu kini selamanya.Dan ugutan pemarkahan kokurikulum itu bonus mereka.

Tanpa Nama berkata...

harap faham situasi yang dihadapi oleh golongan guru.Bukan mahu menjadi pak turut.Ramai yang tidak suka atau terpaksa. Oleh itu jika PR berjaya ke Putrajaya, sila pastikan senario ini berubah. JGN DITERUSKAN BUDAYA BUSUK INI.......

Tanpa Nama berkata...

Budak-budak sekolah pun tau menilai sekarang. Terbukti sewaktu anak dikerah untuk sambut TPM di Karak.Payung percuma pun anak tak nak bawa balik..."buat malu je"

Tanpa Nama berkata...

Pelik, kat selangor bebudak tu dapat cuti ganti hari isnin. Kat sekolah kuala lumpur kenapa tak ada pulak cakap boleh ganti hari isnin? Satu skolah kuala lumpur kena hantar 78 budak dengan 4 orang guru.

Peraturan selangor ngan KL berbeza ker?

Jasad Golgi berkata...

pernah melalui kes mcm ni..tak dtg xde markah..mentang2 kite takde kuasa waktu tu..

Tanpa Nama berkata...

UMNO juga guna budak sekokah pakaian biasa angkut dengan bas dan upah dengan motor masa di Kedah sambut najib

Tanpa Nama berkata...

Pelajar IPT tak sokong UMNO, jadi guna pelajar sekolah yang tak tahu apa-apa

Tanpa Nama berkata...

itu budak sekolah je tak termasuk lagi bas yg ntah dr mana datang nye tetiba banyak sgt kt area tmn medan.. bayangkan acara kt tmn dato harun.. parking nya sampai ke tmn medan.. giler sesak td.. memang tak kenal pun sape2 yg dtg tu..

Tanpa Nama berkata...

Cakap pemimpin UMNO/BN tak boleh pakai. Berbohong adalah manifesto mereka.

Tanpa Nama berkata...

Alamak Najib sah jadi bahalol, snak murid pun di aniaya nya.

Tanpa Nama berkata...

Najib oh Najib masa budak sekolah adalah untuk belajar di sekolah. Bukan buang masa suruh semua murid lihat muka Najib yang meloyakan lagi tidak hamsem. Buang masa sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Di Kuantan...UMNO masuk sekolah atas nama ceramah tajuk Pementoran Kakitangan Awam...rupanya 100% ceramah politik ...minta...merayu agar guru-guru sokong dan undi UMNO demi nasib orang melayu.
Guru Besar dan pentadbir sekolah diperdaya dengn tajuk ceramah. Guru-guru diwajibkan hadir. Penceramah menerangkan tentang nasib melayu di ambang kehancuran dengan memaparkan jumlah kerusi orang melayu dan bukan melayu. Kononnya nak beritahu guru yang bangsa lain nak hancurkan melayu.
Penceramah terdiri daripada guru-guru dan pensyarah IAB. Bayaran penceramah dibayar kementerian pelajaran ker? jangan salah guna wang rakyat..