8 Feb 2013

[BERGAMBAR] Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya...


Melentur buluh biarlah dari rebung bermaksud mendidik anak-anak biarlah sejak kecil lagi kerana apabila besar, majoriti yang sudah tidak mampu 'dilentur' lagi.

Ketika anak-anak masih 'rebung', ia masih 'lembut' dan mudah dilentur dan dibentuk tetapi perlu berhati-hati kerana kerja-kerja melentur kena ada cara dan etikanya.

Kalau tidak 'rebung' yang rapuh boleh patah. Dan apabila sudah menjadi buluh (dewasa), kerja melentur adalah suatu yang mustahil kerana kekuatan buluh sebenarnya mengatasi besi. Jika dilentur ia akan kembali ke sifat asalnya.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ketika anak-anak masih 'rebung', ia masih 'lembut' dan mudah dilentur dan dibentuk tetapi perlu berhati-hati kerana kerja-kerja melentur kena ada cara dan etikanya.

Nak dikatakan disini kalau kita didik anak secara salah, akhlak anak anda akan rosak juga akhirnya. Yang masih bujang persiapkan diri dengan seberapa banyak ilmu agama sebelum anda berumahtangga yang semestinya akan mempunyai anak kelak. Dengan ini anda lebih bersedia untuk membimbing anak apabila mempunyai anak kelak. Pelajarilah ilmu agama demi anak di masa akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Jawatankuasa masjid juga perlu berhemah apabila terdapat kanak-kanak di masjid yang kadangkala membuat bising atau bermain tegurlah mereka dengan cara yg baik & tidak mengherdik mereka...saya pernah mengendalikan kem solat di sebuah masjid tetapi apa yg berlaku jawatankuasa masjid mengherdik anak-anak yang mahu solat dhuha di dalam masjid dengan alasan masjid hendak dibersihkan dan digunakan untuk solat jumaat sedangkan waktu tu baru sahaja jam 10 pagi...cara dan tindakan tersebut seolah-olah anak tersebut tidak layak duduk di masjid..sedangkan mereka masih muda dan perlu dididik...apa ruginya jika teguran tersebut bukan dengan cara yang kasar...ingatlah bahawa masjid bukan hanya untuk cantik tapi yang penting adalah untuk mengimarahkannya...

Tanpa Nama berkata...


Isu pendidikan kanak-kanak di Malaysia masih jauh ketinggalan dari segi menanam akidah keislaman. Tadika, Tabika, pusat didikan dll sepatutnya dijadikan tempat seawal pendedahan pengajaran Islam. Sepatutnya oelatih disitu diadakan ustazah atau ustaz yg akan mengajar asas keimanan, ketakwaan dan belajar tulisan jawi. Kita perlu kreatif dan menyesuaikan keadaan kerana kana-kanak sekarang yg berumur 3-4 tahun dah pandai bercakap.

Tanpa Nama berkata...

Anak2 sekarang bnyk disogok dgn hiburan di tv . . .konsert diluar rumah. . .dgn perangai msyrkt sekeliling yg tidak mnunjukkan nilai baik.

Tanpa Nama berkata...

sejuk mata melihat...bagi aku, makbapak jadi contoh utama, anak2 kena paksa, suruh, ajar,pujuk, kena semua..bru bleh...

Tanpa Nama berkata...

rakyat suka keimanan, pemimpin utama negara bangga dengan gangnam style, apa sudah jadi?

Tanpa Nama berkata...

Program Permata Pintar aadakah menghala ke arah ini? nak tanya UMNO?

Tanpa Nama berkata...

senang cakap ASTRO yang telah merosakkan kebanyakkan anak2 kita di Malaysia...AF lah, Mentor lah...waktu siaran pada waktu yang sepatutnya digunakan anak2 untuk belajar...sebab tu lah anak2 yang sudah lepas upsr, dinasihatkan pergi ke asrama supaya tidak terus hanyut dengan dunia...