KKemunculan Daniyar Nazarbayev, warga Kazakhstan bersama Perdana Menteri dan anaknya, Nooryana Najwa ketika menikmati nasi kandar di Pulau Pinang malam kelmarin bukti Datuk Seri Najib Razak sorok bakal menantunya itu di negara ini, kata Fariz Musa.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu berkata, kehadiran Daniyar di khalayak mengesahkan dakwaan mengatakan Najib sembunyikan tunang Nooryana, penjenayah paling dikehendaki.
“Najib bukan sahaja menyembunyikan jenayah seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu) tetapi turut melindungi penjenayah. Inilah sebenarnya Najib.
“Sikap diam diri Najib sebelum ini berhubung bakal menantunya sekarang terjawab apabila muncul makan nasi kandar di Pulau Pinang,” kata Fariz ketika dihubungi.
Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan seorang lagi anaknya, Ashman Razak, menjamu selera selama 40 minit di Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling, sempena lawatan kerja dua hari ke negeri itu.
Sebelum ini, Daniyar – mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).
Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri.
Fariz menempelak tiada tindakan polis terhadap penjenayah itu walaupun media antarabangsa mendedahkan penipuan oleh beliau membabitkan puluhan juta ringgit.
“Selama ini, kita yakin beliau bersembunyi di Malaysia atau lebih tepat di kediaman Perdana Menteri.
“Kita syak beliau menggunakan kedudukan bakal bapa mertuanya itu untuk mengelak dari diambil tindakan oleh pihak berkuasa,” ujar Koordinator Jingga 13 itu lagi.
Keadilan Daily sebelum ini juga melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar sedang menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson.
Malah beliau turut muncul pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan, Pahang, 26 Ogos lalu.
Menurut Fariz, Jingga 13 akan mengadakan perbincangan untuk membuat laporan polis dan menghubungi polis antarabangsa (Interpol) supaya mengambil tindakan lanjut.
“Ia menimbulkan kontroversi bagaimana seorang yang terpalit dengan jenayah antarabangsa seperti itu boleh bergerak bebas dalam negara, malahan di kediaman Perdana Menteri,” kata Fariz. -KD
9 ulasan:
repot saja pada makamah mahatant katakan yang binatang tu ada sini.biarlah FBI datang tangkap bagi tau pada depa binatang dok menyorok disini
Sembunyi kat kedai nasi kandaq rupanya... aku ingat kat hutan atau gua manalah tadi
Jaga baik2. Itu bakal PM malaysia tu kalau umno memerintah lagi. Pemuda umno cuma menitis air liur sahaja.
Tak apa apabila PR memerintah kita hantar Najib ke Paris untuk dihadap ke mahkahmah dan menahan menantu dia tu dan hantar dia semula di US. Biar Najib meringkuk di penjara Paris jauh dari keluarganya.
Bapa mertua sipmbunuh dapat menantu pula sipenipu besar elok sangatlah tu.
Mertua borek
menantu HANTU...
altantuya dapat BR1M?
The Beauty and The Beast
Buat juga laporan ke pejabat agama....syariah.....blum kahwin...bersekududukan.....bukan muhrim tinggal serumah.....biar pej agama siasat......jauhkan negara dari di timpa bala!!
Catat Ulasan