14 Feb 2013

Apa Kejadah Kos Satu Bilik Darjah Dibina Umno-BN Bernilai RM1 Juta?


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti jauh lebih efisien dan cekap dalam pengurusan kewangan apabila mampu membina sekolah yang mempunyai 24 bilik darjah serta kelengkapan dewan dan makmal pada kos RM4.9 juta.

Ia berbeza apabila Kerajaan Umno-BN membina sekolah yang mempunyai hanya 12 bilik darjah dengan kos didakwa berjumlah kira-kira RM12 juta.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, pembinaan SJK(T) Ladang Midlands di sini yang dibina dengan kos RM4.9 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 April lalu.

Selama 50 tahun para pelajar di situ terpaksa belajar di dalam bilik darjah berdinding papan dan lantai simen retak dan menanti bantuan untuk mendapatkan bangunan baru bagi keselesaan pembelajaran.

Pembinaan sekolah tersebut yang boleh menempatkan kira-kira 2,000 pelajar tidak menggunakan satu sen pun peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

“SJK(T) Ladang Midlands itu boleh dianggap yang terbaik dan termoden di negara ini malahan mungkin di dunia dengan dewan yang besar dan makmal yang canggih dengan RM4.9juta.

“Berbanding dengan Sekolah Rendah yang hendak dibina di U10 Shah Alam ini yang ada 12 bilik darjah tetapi kosnya adalah RM12 juta yang bermakna setiap darjah itu kosnya adalah RM1juta,” kata Khalid ketika dihubungi TVSelangor.

Ujar beliau lagi, kos pembinaan yang menelan kos RM12 juta itu dianggap tidak munasabah dan memerlukan penjelasan lanjut pihak berkenaan ekoran kos pembinaannya yang jauh lebih tinggi.

“Ianya membuktikan ketidakcekapan dan ketidaktelusan serta kemungkinan projek pembinaan sekolah di U-10 itu diberi secara rundingan terus dan sebagainya.

“Yang jelas kosnya lebih lima kali ganda itu dan terlalu tinggi akan merugikan rakyat,” kata Khalid.

7 ulasan:

Ammy Hassan berkata...

Itulah celakanya NGO-BGO yang menyalak kata undi Pakatan Rakyat haram! Menyalak tak pakai otak, fikir ikut logik akal tidak ikut siasah syariah, heh!

Tanpa Nama berkata...

nnt menteri ameno akn buat statement sekolah yg dibina oleh kerajaan ameno menggunakan bahan berkualiti tggi dan kalis pada bencana alam spt gempa bumi dan sebagainya...huhuhu.. kalau projek xda komisyen bukan ameno namanya sbb tu hrga melambung2 dan x munasabah...

Carlos Santiago berkata...

kalau sikit tu yg pelik...

#BANkami


Amuraria berkata...

bila lantik penyangak,penyamun dan kaki seleweng jadi pemerintah ! ABU saja penyelamat dari penyamun-penyamun tarbus pemimpin korup !

Tanpa Nama berkata...

Slm tuan GB.
Dalam berita harini kecoh Pas Cwgn Taman Equine ikrar nak sokong BN. Haru jugak sbb ade beberapa tu mcm org PAS ori. Kalau ada maklumat mohon share.

Tanpa Nama berkata...

ala jgn percaya, semua yg kuar tu ada yg xkena, salah sorang tu ketua penaja [bukan ketua cawangan] xdpt jd ajk masjid kat sinun. tu meroyan je. takat sepuluh pergi kalau xde quality xde hal. lg syukur ader laa. boleh wat kenduri kesyukuran kat masjid sana. hahah
PS jgn pandang pada jangut and lebai kat kepala sbb zaman sekarang zaman bermuka-muka

Tanpa Nama berkata...

Kos kerja-kerja dilakukan BN jadi amat mahal dan tidak munasabah adalah kerana kontraktor perlu menyediakan banyak ufti-ufti untuk dipersembahkan. Kalau tidak dipersembahakan, kerja-kerja kontrak akan dapat kepada orang lain.

Rakyat sudah tahu.