5 Jan 2013

[VIDEO] Himpunan Sejuta Rakyat: Pengurusan Dataran Merdeka Usah Kemuka Alasan Lagi


HKR: Pengurusan stadium diminta percepat kelulusan

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hari ini meminta pihak pengurusan Stadium Merdeka mempercepatkan proses kelulusan menggunakan stadium itu bagi himpunan 12 Januari ini.

Pengerusinya Mohamad Sabu, berkata desakan itu dibuat memandangkan pihaknya mendapat maklumbalas positif dari pihak polis untuk berbincang berhubung penganjuran Himpunan 1 Juta Rakyat itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Mohamad berkata, himpunan di Stadium Merdeka ini menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah menawarkan kepada Bersih 3.0 agar himpunan dibuat di situ.

"Kita menghormati seruan Perdana Menteri untuk membuat Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka," katanya.

Menurut Mohamad, pihaknya telah menghantar surat permohonan kepada pengurusan Stadium Merdeka pada 26 Disember lalu malah dua kali membuat tindakan susulan, malangnya masih belum ada jawapan sehingga kini.

Sebaik ditanya apakah alternatif tempat lain sekiranya pihak pengurusan Stadium Merdeka tidak membenarkan, Mohamad menegaskan pilihan kedua, ketiga dan seterusnya tetap di Stadium Merdeka.

Mohamad turut memberitahu polis Dang Wangi menerima surat pemakluman dan bersedia membuat pertemuan dengan mereka untuk membincangkan soal keselamatan dan perjalanan himpunan.

"Kita hantar surat pada 2 Januari untuk maklumkan kita hendak adakah himpunan, jadi mereka sudah respons dan bersedia membuat perjumpaan,"katanya.

Tambahnya, jam dua petang tadi pihak jawatankuasa telah menghantar surat kepada Ketua Polis Negara meminta mengadakan pertemuan bagi membincangkan soal keselamatan dalam perhimpunan.

Sekali lagi Mohamad menegaskan Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu depan adalah himpunan paling aman dan berkonsep santai juga boleh membawa keluarga.

Mohamad yakin dan percaya himpunan ini bakal memberi keuntungan berganda kepada para peniaga di ibu kota.

"Peniaga di Kuala Lumpur akan lihat rekod peniagaan mereka akan mencatat keuntungan besar-besaran, hotel pun akan penuh,"
katanya.

Beliau turut memaklumkan Pihak jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat telah menyediakan 10,000 anggota keselamatan termasuk Unit Amal, Briged AMK dan Pemuda Sosialis DAP (DAPsy).

Seramai 150 pegawai perubatan dan pembantu, serta pasukan peguam turut bersedia dalam himpunan itu nanti.

Turut bersama dalam sidang media ini, Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin, Aktivis Hishamuddin Rais dan barisan mahasiswa serta beberapa wakil Ngo.



Ulasan GB

Rakyat masih menunggu apa riaksi pengurusan Dataran Merdeka kali ini. Apa lagi alasan yang hendak digunakan untuk menolak permohonan.

Apakah kemungkinan pihak polis akan ke mahkamah lagi untuk mendapatkan waran bagi menghalang perhimpunan kali ini.

GB ingin mengingatkan semua pihak yang cuba menghalang kebangkitan rakyat dengan memetik kata-kata TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang pernah menyatakan bahawa kebangkitan rakyat adalah umpama air yang mengalir dari gunung... dan barangsiapa yang cuba menyekat dan menghalangnya pasti hanyut dan musnah dibawa arus yang deras itu...

8 ulasan:

Osama berkata...

Kita lawan tetaaaap lawan...
lawan secara aman...
melawan bicara cendiakawan...
hinga Putrajaya dapat di tawan!

Homestay Saderi Putrajaya berkata...

kenapa tidak boleh di stadium bukit jalil ye?? lebih besar dan selesa??

Tanpa Nama berkata...

mengapa tidak di sekitar times square bukit bintang? malah boleh diadakan pertunjukan / ceramah serta santai sama keluarga utk membeli belah?

Tanpa Nama berkata...

sudah berapa kali slogan himpun rakyat bangkit menentang umno? sudah berapa juta rakyat berkumpul?
sepatut nya pihak penganjur tahu. cakap kebangkitan rakyat seolah olah apa yg kita laku kan kan sebelum ini tidak pernah ada rakyat bangkit dan tidak pernah sampai sejuta. memalu kan pihak kita aje. penganjur patut bertanggung jawab jika kali ini tidak berjaya. kita perlukan org local dari KL bukan import dari luar. mereka tak faham kerja kita sini!!

awe berkata...

celah gelegar,
bukit jalil tak boleh la , malu besar bn nanti

Tanpa Nama berkata...

Apa ko mgarut nie anon 11.09..

Osama berkata...

kamu ni meroyan tak tentu pasal pehal?
ABU kamu maklum?
Awak Budak UMNO kan?
ABU kamu tau?
Asal Benggong UMNO.. mcm komen awak tu..
ABU kamu kenal?
Aku Benci UMNO..
ABU kamu faham?
Asalkan Bukan UMNO... sokong & menangkan PR!

Tanpa Nama berkata...

Dengar dan lihat Datuk Dr. Hassan Ali membicarakan tentang fatwa Haji Hadi dalam TV lagi mengelirukan. Lebih 50 tahun hidup aman damai, kini isu yang dibangkitkan oleh para pemimpin Malaysia menbuatkan rakyat semakin celaru. Lebih baik duduk diam daripada membincangkan isu yang tidak berfaedah.