29 Jan 2013

Pemimpin Rasuah Dihumban Ke Penjara Bila PR Memerintah

Pakatan Rakyat bakal menghumban mana-mana pemimpin terlibat rasuah ke penjara sebagai balasan ke atas jenayah dilakukannya, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, hukuman setimpal itu wajar dilaksana tanpa mengira latar politik dan ia disepakati pimpinan Pakatan untuk membersihkan sistem pentadbiran negara.

“Jika ada pemimpin di mana-mana peringkat yang mengamalkan rasuah, kita akan pastikan mereka bakal menerima hukuman penjara,” katanya di depan 10,000 hadirin pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pekan Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, malam kelmarin.

Beliau menempelak kerajaan Umno BN menggunakan isu agama Islam dan nasib orang Melayu menjadi bahan kempen bagi menghalang pemimpin Pakatan.

Anwar berkata, barisan kepimpinan Pakatan dengan dibantu penyokong perlu melengkapkan diri dengan persiapan mental dan emosi sebagai menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Kita kena muafakat, kita ambil keputusan, kita berhimpun ikhtiar. Kita kukuhkan jentera ikhtiar, kita pakat KEADILAN, PAS, DAP kita ikhtiar. Akhirnya kita bertawakal kepada Allah. Mudah-mudahan Allah beri kita ukhwah,” katanya.

Menurut beliau, sepanjang tempoh mesyuarat Pakatan sebelum ini, tidak pernah terdengar suara dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk membalas dendam jika gabungan itu menang PRU13.

“Kita tidak pernah menyuarakan sekiranya kita menang untuk membalas dendam. Tetapi semuanya sepakat sekiranya kita menang, kita akan pimpin dengan adil dan membela nasib masyarakat,” katanya dipetik Sinar Harian.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani; Pengerusi DAP Negeri, Anthony Loke dan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin. -KD

10 ulasan:

Carlos Santiago berkata...

hahahaha...anuar keluar statemnt mcm tu..lagi la cuak geng2 kaki rasuah..hahaha

BANkami
BANkami

Tanpa Nama berkata...

Tak akan timbul keadilan itu sekadar dipenjara.Kerengat Rakyat terinaya 57 tahun.Mana yang patut hukuman mati dihukum mati terutamanya pada hakim hakim dan menteri menteri ini. Hai baling selipar pada hakim pun kena teruk penjara ini pulakan pengkhianat /pencuri negara.Kalau tak berani cari hakim yang berani jujur dan ikhlas pada kerjayanya.Kalau tak rugi masa buat reformasi.

Tanpa Nama berkata...

Macam Anwar le jugak. Salah guna kuasa Polis, beliau pun dipenjarakan....

Tanpa Nama berkata...

Aku setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sgt2....memang itu yang aku tunggu PR menang.....siapa yang rasuah.....humban terus ke penjara....jangan bagi peluang....orang2 ini lah yang takut sangat kalah dan mengancam akan ada huru hara macam 13 Mei pada hakikatnya mereka2 ini lah yang angkaranya.....takut sangat2 bila PR menang...akan habis la mereka. penyokong2 melayu yang bodoh tuli menyokong sebab melayu lah...agama islam lah......jadi jangan kita jadi bangang kepada mereka2 yang takut kalah ini...Adat bertanding kalah dan menang itu biasa....kalau takut itu rasanya ada masalah la tu.

Tanpa Nama berkata...

hahaha... engko kata anwar dah penjara.. so dia dah kena hukum.. jadi lepas ni ada la menteri2 kena hukum ekk..? haiii... siapa la yg akan kenaaaa... hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Dan yg paaaaaling takut adalah org yg baham harta rakyat siap besmbg ke keturunan dia pulak.. Mana kau nak bawak harta berbillion billion tu.. Harta byk bkn makin senang...Allah itu maha segala2 nya..

Tanpa Nama berkata...

Humban ke penjara tidak memadai lagi memandangkan kroni UMNO masih terlampau banyak dan confirm diaorang akan bantu perasuah dari UMNO ini nanti. Lucutkan kewarganegaraan halaukan mereka keluar dari M'sia seperti negara lain buat supaya diaorang ini tersekat dan tak dapat bantuan daripada siapa - siapa lagi serta ini akan ajar diaorang macam rasa hidup keseorangan terpisah dari semua saudara dan sahabat - handai. Barulah rasa taubat kepada Allah S.W.T muncul kalau hukuman ini dapat dilaksanakan.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !

Moga moga Allah SWT menangkan Pakatan Rakyat....

Tanpa Nama berkata...

BUAT PERHIMPUNAN AMAN LAGI, LAGI RAMAI RAKYAT AKAN HADIR TERMASUK YANG TAK PERNAH HADIR

Tanpa Nama berkata...

Kebangkitan rakyat sudah tiba ayuh rakyat malaysia kita ajar pemberi2 dan penerima2 rasuah ni!!!!!