7 Jan 2013

Majlis Fatwa MESTI Jemput Ust Hadi - Mufti P.Pinang

Majlis Fatwa Kebangsaan mesti menjemput Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan bagi menyelesaikan kemelut berkaitan dengan apa yang dipanggil Amanat Haji Hadi.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan, isu yang menjadi kontroversi itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan berdasarkan laporan akhbar.

"Ia mesti mengikut prosedur. Datuk Seri Abdul Hadi perlu dijemput untuk berbincang dan bagi mendapatkan penjelasan. Ia tidak boleh diselesaikan mengikut andaian," katanya.

Mengenai fatwa yang dikeluarkan mengenai amanat itu, Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa di peringkat negeri.

Kuasa mengeluarkan fatwa, katanya, adalah kuasa negeri dan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak semestinya satu keputusan mutlak kerana kuasa agama kekal di bawah kuasa negeri.

Beliau menjelaskan, fatwa sesebuah negeri boleh diguna pakai oleh negeri yang menggazetnya.

“Jika fatwa yang dikeluarkan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan hanya di peringkat kebangsaan, dan ia tidak akan dibawa ke negeri, ia tidak menjadi undang-undang keseluruhan kerana ia berperanan menyelaras sahaja,” katanya.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya pula menegaskan tiada fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan secara khusus mengenai Amanat Haji Hadi yang menjadi isu kontroversi itu.

Katanya, beberapa fatwa yang dikeluarkan mengenai isu seumpama itu adalah dibuat oleh majlis fatwa peringkat negeri.

Sebuah daripadanya adalah Majlis Fatwa Negeri Melaka, yang dikeluarkan pada 2002.

Fatwa yang diputuskan di peringkat negeri, katanya, tidak semestinya boleh diguna pakai oleh negeri lain.

“Fatwa yang ada itu ialah mengenai isu kafir-mengkafir, sama seperti fatwa (yang dibuat) oleh Kelantan. Fatwa yang ada dalam laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Melaka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. -SH

5 ulasan:

BaDiN berkata...

syabas Tok Guru.
BERANI KERANA BENAR,
TAKUT KERANA SALAH.

Osama berkata...

1 jam je live di tv!
umno be end apsal gelabah?
ifu amamat la dol ufk ahli2 pas sajee!
takde kena.mengna dgn ali rostam & umno pown!

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya fatwa yang dikeluarkan negeri-negeri dan majlis fatwa kebangsaan perlu diselaraskan kerana hukum Islam hanya satu.

Tanpa Nama berkata...

pendapat berbeda beda tu lumrah manusia,itulah tanda kebesaran, Allah,cuma nak kato sini,kita tak mampu hadapi walau sesaat dalam neraka Allah,katolah nyawa kita di ambil saat ini,dialam sana pasti kita akan,merayu jika di hidupkan kembali ingin lakukan ibadah yg baik saja tak ingat lain,mungkin makan dah lupa,apa yg penting berpesan atas kebenaran,ini adalah kerisauan nabi saw terhadap umatnya,juga kerisauan para ulamak,rasa kasih dan kasihan,kerna islam itu bersaudara,umpama anggota badan,andai ada yg sakit seluruhnya akan tahu dan alami...allahhuallam

Tanpa Nama berkata...

Dunia akhir zaman, dunia diambang kiamat, seperti yg pernah disabdakan oleh Nabi SAW yg bermaksud "Di-akhir zaman nanti umat ku semakin bertambah tetapi LEMAH umpama buih di-laut"....Masa kini sudah jelas akan kebenaran hadis tersebut, org islam semakin lemah, bertelagah dan berperang sesama sendiri, para konon alim ulama terutamanya mufti sudah membisu umpama setan bisu yg kerongkongnya direjam dan umpama abu lahab yg kerongkongnya dibakar oleh kuasa ghaib Allah SWT.