22 Jan 2013

Jika SPR Masih Degil, BERSIH Mungkin Akan Adakan Himpunan Sekali Lagi


Bersih fokus pantau pilihan raya, tidak menolak anjurkan satu lagi perhimpunan

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak menolak menganjurkan satu lagi perhimpunan menuntut pilihan raya adil, akan tetapi buat masa ini fokus mereka adalah mobilisasi rakyat untuk memantau pilihan raya.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan ditanya hari ini mengenai kemungkinan pergerakkan tersebut menganjurkan satu lagi perhimpunan untuk memastikan mesej mereka didengari.

“Berapa banyak perhimpunan anda anjurkan sebelum mereka menerima mesej? Tetapi saya tidak menolak kemungkinan, tolong jangan silap faham.

“Ia benar-benar bergantung kepada respon yang kami terima akan tetapi buat masa ini masih belum ada rancangan untuk menganjurkan perhimpunan,” katanya kepada pemberita disini.

Beliau menambah, buat masa ini Bersih 2.0 hanya fokus kepada mobilisasi rakyat untuk memantau pilihan raya dan menggalakkan jumlah keluar mengundi tinggi bagi mengelakkan penipuan pilihan raya.

“Rancangan kami adalah untuk turun kebawah, sampaikan mesej tentang pentingnya turun mengundi dan memastikan pemantau kami bersedia,” kata Ambiga merujuk kepada PEMANTAU Bersih 2.0.

Bersih telah menganjurkan tiga perhimpunan beberapa tahun kebelakangan ini bagi mendesak reformasi pilihan raya. -TMI

6 ulasan:

Awanama berkata...

Ayat lazim yg biasa sgt diberikan oleh org umno/bn bila rakyat menuntut sistem pilihanraya yg bebas dan adil ialah :-

"Kalau sistem pilihanraya itu tidak bebas dan adil, kenapa PR berjaya memerintah di 5 buah negeri..."

Jawapan org PR pula adalah :-

"Kalau sistem pilihanraya itu bebas dan adil, sudah lama umno/bn menjadi pembangkang di negara ini"

Pengalisis pula berkata, PR berjaya ambilalih 5 buah negeri pada PRU 2008 kerana lonjakan sokongan tinggi yg luarbiasa sehingga berjaya 'menimbus' sebahagian penipuan yang dijalankan...

Apa pun analisis atau jawapan, pada kali ini rakyat tidak kisah siapa yg akan jadi kerajaan samada BN atau PR, yg penting Sistem Pilihanraya itu perlu dijalankan dengan adil dan bebas utk menghasilkan sebuah kerajaan yg bermoral dan bermaruah...

Awanama berkata...

ini hanyalah persepsi gila, mimpi ngeri, syok sendiri aku hahaha

kalu depa boleh bagi menang depa boleh bagi kalah, soalnya mengapa?

2008 adalah suatu rancangan licik dan jangka panjang

1-sabotaj KJ
2- mendajalkan pembangkang malaysia pada jangka panjang

tengok la kempen dia nak rebut kelantan hahaha, kj tidak boleh diberi merasa DUIT MINYAK kelantan kalu tidak dia akan jadi "mahathir kecil" hahaha, susah warlord2 lama2 nak cari makan hahaha

dalam masa yang sama nak buktikan kepada rakyat malaysia ketidakupayaan pembangkang memerintah, maka untuk jangka masa yang lama imej depa akan jatuh, biar kalah sikit kemudian menang banyak hahaha,

siri2 sabotaj sepanjang masa di semua negeri2 pakatan adalah buktinya yg semua org tau, malangnya pelaksana rancangan tak begitu bagus hahaha,

perak sasaran pertama yang berjaya tapi reaksi rakyat buat depa tersentot sikit hahaha

kedah malangnya agak berjaya hahaha

selangor dan p.pinang pulak pertempuran sengit (hangit?)hahaha

harap2 persepsi aku ni tersasar jauh hahaha

Awanama berkata...

Alhamdullillah !

Rakyat sudah bertambah matang dan berpendidikan.

Mohon puak puak SPR dapat hidayah dari ALLAH SWT untuk menjalankan tugas di amanah dan di bayar gaji rakyat.

Keldai pun kenali pemiliknya, bukan.

Awanama berkata...

Alhamdulillah, ramainya manusia. Bagaimana pulak Padang Mahsyar kelak yer. hmpphh

Saya ini manusia yang memilih untuk bersama PR, tapi sayang saya tak pernah dapat join mana-mana perhimpunan, bukan takut dan bimbang, cuma sy seorang isteri yg perlukan keizinan. Atas komitmen lain, saya bersetuju, mungkin saya salah seorang dari berjuta lagi rakyat yang bersetuju dengan BERSIH, yg mampu melihat dan bersyukur. Teruskan usaha, saya hanya mampu berDOA.

Awanama berkata...

Semoga allah tumpaskan UMNO dan BN yang menipu...

Awanama berkata...

SPR dibawah kawalan UMNO?